Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Sunday 29 April 2012

| Charge hidup kita...Jom |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:31 Comments : 0 Labels :


Apa khabar semua? sehat-sehat la hendaknye ye.. !

Kita hidup ni, ada pasang dan surutnya jugak kan? kira macam air laut la jugak..
kejap pasang, kejap surut.. itu kira lumrah alam la.. macam iman kita juga..ada naek turun ny jugak..kita bukannya malaikat..iman statik je an…
ada jugak orang kata hidup kita ni macam roda.. sometimes kita kat atas, and
sometimes pulak kita kat bawah..putaran hidup, macam tu la..xkan kat atas je sokmo an..:)
tapi for me, hidup ni macam bateri handphone jugak au..nak tahu x kenape??hee

sebab nya…
handphone kiter kejap FULL, kejap karang dia ZERO pulak..
so, hidup ni kita kena RECHARGE every now and then.. kena selalu CHARGE la kirenya..
handphone,walau secanggih mana pun,walau secantik mana pun warna dia,walau seunik mana pun
bentuk dia,jika tidak dicharge,ia tidak memberi manfaat pun kepada tuannya jika kehabisan bateri..
silap hari bulan..boleh HI HI BYE-BYE terus…sebabnya NO BATTERY !
then mula la kalut cari charger yang kiter pun ah tak ingat letak dekat mana… :P

persoalannya kat sini.. macam mane nak CHARGE kan?
haaa.. kat sini la kita memerlukan our LIFE CHARGER….
Lw handphone NOKIA..mesti kena gune charger yang NOKIA..baru match an..
Kalau kiter pulak camne ek..haaa.. Seharian kite bergelumang dengan masalah duniawi & dosa disane
sini hari ni, ape kate same2 kite mengecas diri & iman kite yang dah makin slow ni..em..:’(

Actually kan…setiap seorang dari kita ada their own life charger…
maybe, IBU kita, AYAH kita, KAWAN BAIK kita, SUAMI, ISTERI, or siapa-siapa je lah.. yang ni korang lagi
tahu tu dari Cik Ain… tepuk dada..tanye diri masing2…
Yang paling penting sebenarnya LIFE CHARGER kiter yang sebenar ialah our ALMIGHTY ALLAH SWT !
yang ni semua orang sama.. ALLAH pasti available untuk kita all the time..
bila2 sahaje kita perlukan DIA, inshaAllah DIA PASTI ada..an :’)
bila kita berada dalam keadaan LEMAH.. bateri korang pon dah KOSONG, and tambah pulak korang
lonely sesangat.. rasa macam takda siapa yang boleh faham korang, boleh tolong kita…kita kena yakin
yang ALLAH ada bersama-sama dengan korang.. DIA tak pernah tinggal hamaba-hambaNYA, sesaat pun
tak pernah..kita ni je lah hamba yang sering alpa, leka, terlupa, and terlalai dari mengingati DIA..

So,ada apa-apa nak mintak, mintaklah dari ALLAH.. mohonlah darinya dengan SABAR.. inshaAllah DIA
akan kabulkan permintaan hamba-hambanya yang sabar.. mohon KEKUATAN untuk terus hidup..untuk
RECHARGE bateri korang yang dah lemah tu..okie.. (^_^)
Okies..sebelum Cik Ain nak tutup entry for today..jom kiter tengok list yang boleh charge diri kita & our
Imaan..let’s check it out..huu :
1.Membaca al-quran
2.Berzikir
3.Solat sunat
4.Bersedekah
5.Majlis ilmu

At last, jom 'charge' diri kita dengan solat & segala amalan yang dapat mendekatkan kita dengan
mengingatiNya. kerna... Dia membisikkan pada kita dalam bait-bait ayat cintanya (ar-Ra'd:28)
'Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi TENANG'
siapa yang tak inginkan ketenangan?an :)

oke..stop right there…nak pergi mengecas..heee..kbai,SALAM ~~

Nota Hati 1 : Biar putus cinta dengan manusia, asalkan tak putus cinta dengan Allah. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, namun jika putus cinta dengan DIA, apa lagi yang nak digantikan?

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ryna ! ♥

Wednesday 25 April 2012

Wordless Wednesday #1 | I'm Not Perfect |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:54 Comments : 0 Labels :

Kita tahu itu salah, kita sedar itu tak betul, malah kita faham itu dosa,
sedangkan sebesar-besar dosa adalah apabila kita rasa berdosa ketika melakukannya..
 Emmm, dan lebih malang lagi Rina lah antara kita itu .... =(

Pernah terfikir, bilalah diri ni nak berubah,
dalam erti kata lain menjadi muslimah sebenar.
Bukan sekadar pakai tudung, solat 5 waktu sehari, puasa cukup !
Tapi, mengimpikan untuk menjadi wanita solehah...
Penyejuk hati semua orang...
 Emm ... walau orang kata nak seribu daya , tapi bagi Rina tak semudah itu .....
Orang yang sudah dapat hidayah, atau lahiriahnya memiliki sekeping hati yang tulus ,
mungkin anggap perkara ini mudah.
 Tapi, bagi orang yang tak sebaik macam Rina anggap perkara ni susah.
 Allah, banyak malah terlalu banyak dosaku padaMu ....... Saya mintak maaf kpd , Abng Fajrul ,dan Abng Nabil...

so...Sorry, I can't be perfect .....
definitely never be perfect....

Sesungguhnya mencari kesempurnaan itu terlalu meletihkan .....
Sekian,

Salam.

Nota Hati 1 : Andai bisa ku mengulang, waktu hilang dan terbuang ....
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi ...
Tapi waktu tak berhenti , tapi detik tak kembali ...
Harap ampunkan hambaMu ini ...
.
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ryna! ♥

Sunday 22 April 2012

| Trying |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:06 Comments : 0 Labels :

ntah kenape lah air mata neh laju jaa kuar mcm air paip yg dibuka tahap maksimum...
tertiba kenangan dulu datang bertandang tanpa di jemput...

harap harap malam neh tdo dengan air mata yg akan hilang bila bangun besok pagi..
dan memory dulu hilang dan takan kembali dah....
plisshhh pergi jauh jauh perasaan neh... tamaw ingat dah.... T.T

air mata..kenapa kau mengalir..
aku tak sedar,pipi ku dibasahi hujan air mata..
terasa hangat..
kenapa?
aku tahu kenapa..
kerana..aku merindui dia..
ye..aku rindu dia...
tapi mengapa?aku tak de sebab kenapa aku mesti rindu dia..
perlu ke sebab?
bagi aku..itu tak penting..sebab...ia adalah satu perasaan..
yang tak mampu aku ungkaikan dengan kata-kata...
aku terasa ingin berada di sisi dia..aku terasa bahagia bila begitu..
namun,mungkin itu lah sayang..
sayang aku pada nya..sayang yang tak mampu aku huraikan dengan perkataan...
rindukah dia pada aku?
biarlah mimpi menjawab segalanya...

H= HANYA
A= AKU
T= TAHU
I= ISI HATI KU....

Rindu dia . My dear , Brother :(

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ryna ! ♥






| Si Air Mata |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:46 Comments : 0 Labels :


Peace upon to all..
Semoga semuanya baik2 aje..
inshaAllah ^^

air mata ni pelik bin ajaib kan..
time sedih dia mengalir..
time marah dia mengalir..
time rindu pun dia mengalir..
dan time kita hepi pun dia nak mengalir jugak..
itulah dia AIR MATA..kan

Actually , bagi orang yang kuat menangis macam Ryna ni, air mata adalah satu anugerah..
betol…hee..cheewahh :)
sebab dengan menangislah Ryna akan merasa sedikit ketenangan, mengubat kedukaan, meredakan
kemarahan dan juga menyalurkan kerinduan kepada seseorang…
Dan air mata jugalah terapi yang paling terhebat yang dianugerahkan Allah kepada semua perempuan.
Kan…angguk2 yaa semua perempuan kat luar saner..heee

Tapi an orang selalu kata :
“ Jangan menangis… cengeng namew nya tu “
“ Don’t ever you cry if u are strong “
tapi bagi Ryna an:
menangislah lau memang rasa nak menangis..
just cry when you feel like crying, then inshaAllah you will feel better and better..
bagi seorang perempuan especially Ryna, apabila dia menangis,
dia akan melepaskan apa yang terpendam dalam hati yang tidak mampu diluahkan dengan kata kata.
Tapi ada jugak kan perempuan yang bersedih, tapi tidak mampu mengalirkan air mata,
Dat’s mean perempuan itu menangis dalam hati lar an..
( pandai2 je Ryna buat statement…heee )
Satu perkara yang anda perlu tahu tentang ryna ialah, Ryna tak suka menangis di hadapan orang,
seboleh-bolehnya Ryna akan mencari tempat yang tersorok..
tapi jika air mata sudah xdapat tertahan maka ia akan tertumpah jua...sob sob sob
manje kew Ryna ni..heee..no komen..tuut tuuut ^^

Ok..last word before ends dis entry today..
Jangan terlalu ego untuk mengalirkan air mata....
Jangan sampai hati kita ni menjadi beku macam ais...
Jangan berasa segan untuk mengalirkan air mata apabila mengigati kebesaran Allah SWT yang maha kuasa..
Jangan berasa malu untuk mengalirkan air mata keinsafan, iaitu menyesali segala dosa-dosa yang lalu..
Dan jangan kedekut untuk menangis penuh keinsafan
kerana kealpaan dan kelalaian kamu terhadap Allah SWT.
" Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. "
[Al-Baqarah, 2:152]

Oke..dat’s all for today..
Salam sayang dari Ryna..
Kbai…Salam.^^




Nota Hati 1 : Berikanlah cintamu kepada Allah SWT sebelum kamu memberi rasa cintamu kepada manusia,
maka dengan itu kamu tidak akan berasa kecewa apabila perhubungan itu terlerai di tengah jalan.
Semuanya kerana kamu berasa yakin bahawa kamu masih punya cinta daripada Tuhan Yang Maha Kuasa...
Nota Hati 2 : Tuhan, aku mohon, jagakan dia buatku..
berharap, moga kita saling mendoakan..:')

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ryna ! ♥

Saturday 21 April 2012

| Copy Paste from Hearty |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 22:05 Comments : 0 Labels :



Kita sakitkan dia......Xpelah, dia maafkan..
Hari ini dia ada......Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada......Kita mainkan dia..Xpelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada......Kita buat dia sampai jatuh sakit..Xpelah, dia cakap ubat ada...

Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..
Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..Tapi terlambat

Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...

Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita..

Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu.......................ORANG YANG KITA CARI-CARI SELAMA INI.................TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA.

"Sometimes people choose to leave not because of selfish reason.
But they just know that things wiil get worse If they stay"

Perasaan manusia berbeza, semua tidak sama..kadang-kadang kita ingin sampaikan sesuatu,tapi tidak kesampaian..sehinggakan disalah anggap. tapi pernah kah kita terfikir, ada baiknya kita lepaskan sesuatu untuk kebaikan bersama atau hanya dia? biarkan dia terus berteka teki dari kita membiarkan perkara itu menjadi lebih buruk.biarkan dia bahagia,biarkan dia gembira dari kita terus menyiksa mereka.mungkin seksaan kita tidak nampak di dunia yang nyata,mungkin di akhirat nanti.
so,tak salah lepaskan sesuatu untuk kebaikan nya kan.
Dat’s all from my chienta heartie..Salam .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ryna ! ♥

Thursday 19 April 2012

RENUNG-RENUNGKAN

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:48 Comments : 0 Labels :


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

| Amalan idaman hati~~jom istiqamah ! |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:30 Comments : 0 Labels :

Hurm, semakin hari kita belajar, dekat dengan ilmu, semakin terasa betapa kerdilnya diri ini. lebih-lebih lagi dalam mengutip setiap satu ilmu-ilmuNya.

Kadang-kala terasa diri ni sungguh lemah ya Allah. Yup, lemah untuk memahami, menjalani dan mencepatkan segala kerja baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan. Dengan erti kata yang mudah, dalam diri penuh dengan virus sifat MALAS. Astaghfirullah ! exam pulak is in coming…siapa lar ada jual anti virus MALAS ni..nak bli 1..hee.. Ya Allah, jauhkan sikap kemalasan dalam diriku ini plizzz. Permudahkan segala urusanku !

Okie~ let’s straight to the point..today saya nak share amalan baru yang menjadi idaman hati saya. Moga akan tetap kukuh menjadi rutin harian dan terus istiqamah sebab mencari istiqamah tu lah yang paling payah sebenarnya. Dan semoga hati akan sekuat mungkin, rezeki akan melimpah ruah, ketenangan datang menerpa, sentiasa positif dengan aturanNya ! ameen~ yukk kita sama2 kita jadikan amalan2 berikut sebagai rutian harian kita :

1) Membaca Al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar
2) Membaca zikir harian
3) Bacaan Al-Quran setiap hari
4) Solat hajat seminggu sekali
5) Banyakkan membaca buku2 agama
6) Sentiasa muhasabah diri.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Permudahkan perubahan ini Ya Allah dan semoga kita istiqamah dalam melaksanakan amalan2 kebaikan :) biarlah perkara/amalan yang kita lakukan sedikit asalkan kita berterusan melakukannya..daripada amalan yang banyak tapi hanyalah sementara..an..jangan pandang pada kuantiti tapi pandanglah pada kualitinya..biar sedikit asal diberkati..daripada banyak tapi memudaratkan hati.. so kepada mereka yang di luar..sape-sape saje yang ingin berubah.. jangan TAKOT atau MALU my dears..kita tak keseorangan...kita ade ALLAH..itu yang penting! kaloo kite ikhlas,inshaallah ALLAH akan tolong kite tolong luruskan jalan kite dan iman kite supaya teguh untuk berubah dan istiqamah! Saya tahu Saya pun bukannya baik sangat pun.. masih nipis lagi iman saya…xsemua orang sempurna an..tapi,mari kita berusaha mencari kembali ALLAH... kita boleh k..fitrah manusia sentiasa mahu kebaikan…jadi takpe....kuatkan semangat dan mula mencari dan berusaha ! dan mudah2an amalan2 yang nampak susah dilakukan seperti dalam checklist kat atas tu akan nampak mudah dengan niat ikhlas lillahi taala !

At last.....jangan tungu lama2..tapi berubahlah sekarang.. sebab kita tak tau bile malaikat IZRAIL akan jemput kite satu hari nanti..takkan kite nak cakap dengan malaikat.."emm jap eyh,nak berubah lahh..."…huhuhuhu..so,mari berubah sekarang...=)

Nota Hati 1 : Kadang2 kita hambaNYA yang penuh dengan kekurangan menganggap segala amal yang perlu kita lakukan sangat sulit dari meniti sehelai rambut .. tapi bila buat kejahatan sangat2 senang... T_T.

Monday 9 April 2012

Birthday Gifts

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:01 Comments : 0 Labels :



♥ Father + Mother ♥


My Sisters ♥


Friend : Nabil :)



Friend : Fhazrill  :)


Friend : Yasmin :)


Friend : Farah :)


Friend : Yusri  :)


Friend : Aqila :)
P/s :Terima kasih kepada semua yang telah bagi hadiah kepada saya..Saya sangat2 menghargai hadiah yang telah diberi..Dan yang wich birthday kat sy ,, terima kasih jugak :) . Ahamdulillah saye sngat bersyukur.
Sayng korang semua :)

Saturday 7 April 2012

Tanda-tanda Kiamat Semakin Banyak..Insaflah Wahai Manusia

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:40 Comments : 0 Labels :



Sebelum tu, saya nak kongsikan dengan kawan-kawan satu ayat Al-Quran yang bermaksud :

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". - Ar Rum 41

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kita sebuah alam yang sangat indah dan sempurna, seimbang dari segi ekosistemnya dan lain-lain. Akan tetapi, manusia itu sendiri yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab yang Allah telah berikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini menyebabkan Allah s.w.t membalas perbuatan tersebut dengan menurunkan bala bencana kepada manusia supaya manusia sedar dan insaf akan kesilapannya. Tugas kita untuk memelihara alam adalah WAJIB dan BERDOSA sekiranya kita tidak menjalankan amanah tersebut dengan baik.

Sebagai contoh kita dapat lihat kebocoran Loji Nuklear di Jepun..mungkin dari satu sudut, nuklear membawa kebaikan akan tetapi, keburukan daripadanya adalah lebih banyak dan besar berbanding kebaikannya. Atas kelalaian dan kecuaian manusia menyebabkan kesan buruk itu kembali kepada manusia semula.Hari Isnin (semalam) baru je lepas mengajar dalam Makro Teaching tentang adab memelihara alam. (Tingkatan 5).

Selain daripada kelalaian dan kecuaian manusia, namun kita perlu ingat bahawa ada satu lagi perkara penting iaitu HARI KIAMAT. Waktu di sekolah dulu, kita semua pernah belajar tanda-tanda kiamat kan. Terbahagi kepada 2 iaitu kecil dan besar.Cuba kita berfikir sejenak, merenung kembali..cuba kita semak semula tanda-tanda tersebut, mungkin ada yang telah berlaku~

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.


Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Sumber
Setiap yang bernyawa, setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t pasti ada permulaan dan pengakhirannya. Bumi tempat kita menetap ini pun sama, termasuklah diri kita sendiri. Semua makhluk pasti akan mati. Kullu nafsin zaiqatul maut~ Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat-ingat bahawa hidup di dunia ini merupakan satu persinggahan sementara, tempat yang abadi di akhirat kelak. Jangan letakkan dunia di dalam hatimu, tetapi letakkan sahaja di tapak tanganmu supaya kamu tidak terleka dengan tipu daya dunia.

P/s : Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dari semasa ke semasa. Hidup di dunia bukan untuk bersuka ria, akan tetapi kita telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang Hamba Allah dan Khalifah di muka bumi sebalum meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya (Alam Kubur). Upgrade iman sentiasa~
Wallahua'alam

Mahram..

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:30 Comments : 0 Labels :


Mahram bererti yang diharamkan. Yang dimaksudkan dengan yang dihramkan disini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki. Perkataan ini berbeza dengan "muhrim" yang bererti orang yang berihram dalam ibadah haji.

Lelaki yang diharamkan berkahwin dengan wanita terbahagi kepada 2 iaitu haram muabbad (kekal) dan haram muaqqat (sementara). Haram muabbad terdiri daripada pertalian darah,susuan dan mushaharah.

Antara contoh haram muabbad bagi pertalian darah ialah ibu,anak,adik beradik,ibu saudara sebelah bapa,ibu saudara sebelah ibu,anak saudara yang lelaki dan anak saudara yang perempuan.
Antara contoh haram muabbad bagi susuan ialah ibu dan ayah susuan,saudara-saudara perempuan susuan (golongan seperti ini sama dengan golongan yang pertama iaitu secara nasab).
Antara contoh haram muabbad bagi mushaharah pula ialah ibu mentua,isteri bapa kamu(ibu tiri),menantu,anak perempuan isteri dari suami lain (rabaib).
Haram Muaqqat pula tertakluk kepada satu tempoh masa dan keadaan-keadaan tertentu.

Apabila keadaan berubah,hukum juga turut berubah. Mereka ialah adik ipar atau kakak ipar serta isteri bapa saudara.
Hukum berkaitan dengan haram muabbad ialah boleh bermusafir bersama mahramnya,boleh bersentuhan seperti berjabat tangan,auratnya ialah antara pusat hingga lutut bagi lelaki manakala wanita ialah sesuatu yang zahir seperti rambut,leher dan sebagainya. Diharamkan berkahwin sesama mahram.

Namun,bagi mahram muaqqat pula ialah hukum mereka sama seperti ajnabi,iaitu tidak boleh melihat aurat,tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh bermusafir bersama. Cuma tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan yang ada masih wujud...

Wednesday 4 April 2012

Berguru dengan Pokok Semalu

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:25 Comments : 0 Labels :


Alangkah cantik dan uniknya pokok semalu ni kan. Daunnya akan mengembang, menguncup, serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Pokok semalu akan tertutup bila kita pegang adalah disebabkan untuk melindungi dirinya daripada dirosakkan.

Kita sebagai wanita, kita perlu berguru dengan pokok semalu. Pokok semalu akan menguncup bila disentuh kerana ada sifat malu. Sama juga kepada para wanita yang pakai tudung kerana mereka memiliki sifat malu, dan disamping itu mereka tidak membenarkan dirinya disentuh dan dirosakkan oleh orang yang tidak baik. Itulah sifat yang perlu dipelajari dan diteladani oleh kaum wanita.

Selain itu, apabila menjelang senja pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah dan pelihara aurat diri.

Menutup aurat bagi kaum wanita itu adalah wajib. Setiap suruhan yang datang daripada Allah pasti ada sebab musababnya. Jadi, ambillah ibrah atau pengajaran daripada Pokok Semalu. Jika masih ada lagi yang mengganggu walaupun kita sudah cuba melindungi diri, pasti orang yang tersebut akan menerima hukuman dan azab yang pedih dari Allah s.w.t.

Apa yang penting, kita jalankan suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh iaitu pelihara aurat dan maruah diri. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Amin

Menutup Aurat itu Fitrah

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:23 Comments : 0 Labels :


Hasil daripada pembacaan saya dalam sebuah buku, maka sy rasa eloklah jika saya berkongsi sedikit apa yg sy baca di blog ini. Fitrah bermaksud semulajadi. Oleh itu, menutup aurat sama ada lelaki dan wanita itu adalah satu perkara yang semulajadi. Ia juga menjadi kayu ukur keimanan, pembeza antara hamba yang taat dengan insan yang derhaka. Namun tidak kurang juga yang menyangkal dan membangkang, membawa hujah bahawa keimanan letaknya dalam dada, bukan pada penampilan luaran yang boleh dinilai oleh mata.

Bagi mereka yang berpegang teguh kepada hak asasi manusia dan kebebasan membuat pilihan, ketetapan menutup aurat sebagaimana yg dikehendaki oleh Islam, khususnya dalam kalangan wanita ditakrifkan sebagai satu bentuk diskriminasi yang harus ditentang habis-habisan. Kelompok yang mendabik dada, menjulang diri mereka kononnya sebagai "pejuang hak asasi wanita" ini menyeru agar wanita Islam untuk membuang hijab dan mendedahkan aurat sebagai satu langkah berani, lambang pembebasan diri daripada cengkaman penindasan golongan lelaki selama ini.

Apabila seorang wanita itu menutup aurat dengan betul, maka dirinya akan rasa selamat, terpelihara, dan merdeka apabila berhijab, satu suasana dan perasaan yang tidak hadir sebelum itu. Perkara ini membawa satu kesimpulan bahawa menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam ini adalah satu keperluan fitrah yang wajar dipatuhi demi menyuburkan satu persekitaran interaksi yang harmoni, saling menghormati, selamat dan sihat. Apabila sebelah pihak serius memelihara dan menjaga aurat serta tingkah lakunya, mahu tidak mahu, pihak yang satu lagi (golongan lelaki) akan terdorong menunjukkan sikap yang lebih menghormati dan santun dalam interaksi mereka.

Analogi :Ibarat bonggol di jalan dan di lorong yang bertujuan mengurangkan speed (kelajuan kenderaan). Bonggol jalan yang mendapat jolokan "polis tidur" kerana kewujudannya menyebabkan semua kenderaan yang melaluinya terpaksa mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan kerosakan atau ketidakselesaan pemandu. Akhirnya, tingkah laku dan sikap pemandu dapat diseragamkan dan menghasilkan suasana yang selamat kepada semua pengguna jalan raya.

Maksud analogi :
Boleh dikatakan bahawa penutupan aurat sebagai pengatur (regulator), bertujuan untuk menjadikan interaksi sesama manusia berjalan dengan baik dan sejahtera. Dalam konteks yang sama, jika satu pihak sengaja mendedahkan aurat tanpa segan silu, kemungkinan besar sebelah pihak lagi yang berinteraksi dengannya juga akan hilang rasa segan dan malu, serta mungkin cenderung melakukan sesuatu yang kurang sopan kepada individu tersebut.

Oleh itu, apakah yang menyebabkan banyak masalah jenayah atau gangguan seksual yang timbul pada masa kini? Adakah disebabkan oleh wanita yang tidak pandai menjaga diri atau golongan lelaki yang semakin liar? Jom kita fikirkan sama-sama..

Fenomena masa kini :
Pendedahan aurat menjadi kebanggaan, dipromosikan malah diberikan pengiktirafan. Semakin berani seseorang mendedahkan auratnya untuk ditatap oleh pandangan umum, semakin tinggilah penghargaan diri dan tahap keyakinannya.

Mungkin sekarang sudah akhir zaman, semua yang berlaku bertentangan dengan fitrah manusia...

Bagi mereka yang sudah menutup aurat pula, jangan riyak dan sombong. Jangan menganggap pula bahawa penampilan mereka menjadi satu ukuran terhadap keimanan yang tinggi dan mantap dalam dada. Jangan juga mencemuh orang lain yang sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna..yang paling penting, taqwa kita kepadaNya. Menutup aurat dan menjaga akhlak serta tingkah laku.


P/s : Sedikit tambahan dan pengubahsuaian dengan ayat saya sendiri, diambil daripada penulisan Dr. Harlina . Semoga bermanfaat~