Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 30 June 2012

| I Love You |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:59 Comments : 0 Labels :


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..


Friday 29 June 2012

| Pesanan Buat Si Dia |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:55 Comments : 0 Labels :



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..



Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…



IKHLAS - RINA

Tentang Dia

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:52 Comments : 0 Labels :



Maafkan jika selama ini ada yang salah
Maafkan jika Kehadiranku menganggu hari-harimu
Maafkan jika menjadi warna kelabu di hatimu

Tetapi rasa ini tak mungkin ku dustai
Tak mungkin aku hilangkan
Walau diri merasa tak layak jiwa ini bertemu
dengan cintamu

Aku tahu engkau tidak boleh
Kerana ada tirai pemisah
Antara engkau dan aku

Tetapi kecintaanmu pada
Tuhan Kita
membuatku makin kagum padamu

Dan aku tak dapat lagi berdusta
bahawa aku mencintaimu…..

Aku hanya berharap saat ini
Izinkan aku menjadi bidadarimu
di jalan Rabb kita
Ya
di jalan itu..

Dan biarkanlah dirimu..
menjadi bintang
yang berkemilau
di LANGIT HATIKU
selamanya..

IKHLAS - RINA

Kisah Tentang Kehidupan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:43 Comments : 0 Labels :


Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya…

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan

IKHLAS-RINA


Apakah Bukti Kejayaan Cinta?

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:41 Comments : 0 Labels :


Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda.

Itulah kejayaan dalam cinta sejati yang amat di idam-idamkan oleh semua orang. Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas.

Jika matlamat cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.
.
Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:

1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda.
2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda.
3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan.
4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah.
5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta.
6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta.

Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak? Anda fikirkan.. :)

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:37 Comments : 0 Labels :



12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.




Thursday 28 June 2012

Mensyukuri segala nikmat Allah S.w.t

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:25 Comments : 0 Labels :



Assalamualaikum, sahabat , para pembaca blog saya, entri kali akan berkisarkan mengenai Nikmat Allah s.w.t. Topik ini di pilih, apabila melihat keadaan sekeliling yang amat menyedihkan. Kita di beri kebijaksanaan , kemewahan dan sebagainya, tapi kita lupa pada Allah, kita lupa segala kemewahan dan kebijakasanaan itu adalah pemberian Allah s.w.t. AWAN tak selalunya cerah, laut bukannya selalu tenang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Skrip hidup kita kadang-kadang tidak seperti yang kita harapkan.Kita sering kali ditimpa rasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas daripada genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.Akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara tempat kita mengejar segala keinginan.Sememangnya manusia diciptakan Allah mempunyai kehendak dan keinginan. Namun tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.Setiap apa yang kita idamkan juga kadang-kadang tidak mampu menjadi kenyataan.Bukan perkara mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.Ramai orang yang tidak sedar hidup ini sebenarnya tidak semestinya berjaya atau bahagia.Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa apa yang mereka miliki itu semuanya pemberian Allah yang Maha Pemurah. Kejayaan itu menyebabkan seseorang menjadi sombong dan bertindak mengikut hawa nafsu.Begitu juga kegagalan, kita dihadapinya dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari pada kegagalan itu ialah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, Allah pasti tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki.Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah dan malapetaka.Tetapi mereka tetap bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan terhadap dirinya. Oleh itu, apabila seorang mukmin berasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Disini , kita dapat lihat , dimana rasa syukur kita, bersyukur hanya bila berjaya, tetapi apabila gagal kita lupa. Di harapkan entri kali dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua. Apa yang penting dalam kehidupan kita ialah terus berusaha, gagal sekali tak semestinya gagal untuk selamanya, Peribahasa menyatakan, sikit - sikit , lama - lama jadi bukit, ilmu kalau di cari sedikit demi sedikit akhirnya akan menjadi banyak. Bersyukur dengan apa yang kita ada, supaya kita tidak terus terleka dengan kemewahan duniawi.

IHLAS - RINA

Ikhlas Dalam Cinta

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:32 Comments : 0 Labels :


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.


"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? (~_~)

penulis mencari sahabat seikhlas ini >.<

IKHLAS - Rina

.:: Secebis Kenangan ::.

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:27 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Kali ini hati terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang agak terpencil .. Membisikkan sesuatu yang mungkin indah bagi seseorang, dan mungkin juga sesuatu yang ingin di lupakan dalam hidup seseorang.. Setiap perkara yang telah berlalu atau peristiwa yang lepas, itulah kenangn .. Setiap apa yang berlaku semalam, itulah kenangan kita pada hari ini .. dan hari ini, kita bakal melakar kenangan untuk hari esok.

Perkara yang paling jauh adalah masa lampau
makin kita kejar, makin jauh ia berlari meninggalkan kita
mustahil untuk kita miliki
menjadi mimpi dalam dunia realiti

Kenangan tetap kenangan, yang berlalu akan terus berlalu, dan mustahil untuk kita mengubah kembali .. Andai waktu dulu titik hitam masih menjalar dalam minda, menghantui tiap langkah pada hari ini, mengertilah ia sebenarnya mengajar kita erti kekuatan. Pernahkah kau bayangkan bertapa kosong dan hambarnya kehidupan tanpa warna warni kenangan silam, suatu saat nanti kau pasti tersenyum sendiri bila memikirkan masa lalu (^_^)

Kenangan ibarat kupu kupu, makin kau mengejar makin ia menghindar..
Kenangan mampu membahagiakan, tapi sering pula menyakitkan ..


Teruskan melangkah walaupun ia tidak semudah mawar menulis, tapi mawar menyeru untuk kamu tetap utuh dalam langkah walau tidak segagah dulu.. Kamu hanya ada hari ini untuk menyuci segala kekotoran di baju usangmu kerana mentari tetap bersinar di luar jendela. Untuk apa kau mengharapkan sinar mengubah takdir itu pada hari esok . Mustahil ... ianya mustahil .. aku benar benar mengharap agar kita sama sama merasai keindahan hari esok dengan senyuman ..

Namun, usah kau terpegun dengan warna gelap.. Andai kau ceria, pasti hidupmu penuh dengan wana keindahan.. Kini, coretkan kenangan terindah di usia muda untuk tatapan hati di usia tua kelak..

 Penghujung lakaran, Sejarah hitam tak beerti ia melelahkan .. Tapi itulah titik titik yang membuat kita terus berhati hati pada hari ini ... esok .. dan selamanya .. Orang yang berjaya tidak menjadikan kenangn lalu sebagai penghalang untuk terus maju .



IKHLAS - RINA

Mereka Berkata, Aku Mendengar

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:12 Comments : 0 Labels :


Andai dunia sepi tanpa kata, aku tak lagi mendengar bisikan suara teman teman yang ada kalanya menghiburkan hati. Tapi mengapa kali ini aku benar benar mengharapkan seolah olah dunia ini bisu tanpa kata kata?
Tahukah kamu, lidah mereka lebih berbisa dari ular, lebih tajam dar pisau, tanpa sebarang sentuhan ia mampu mematikan degepuan jantung kamu, mematahkan semangat kamu dari terus bangun! Benar, adakalanya ungkapan mereka ibarat racun.



Saat ini, aku cuba menyendiri, ruang yang agak terpencil menjadi saksi aku bermonolog sendiri memikirkan kata mereka. Sungguh aku hanya memdengar ungkapan mereka kerana aku tidak betah untuk turut serta kerana aku khuatir terlanjur kata.

Dulu, aku petah berkata kata. Hari ini tragedi itu "mematikan" aku yang dulu. Ada sesuatu yang aku belajar dari situ. Jangan mudah membongkarkan prihal diri kamu kepada seseorang. Seseorang yang mungkin baik dengan kamu kerana "sesuatu".

Maka besabarlah kamu atas apa yang mereka katakan
dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu
sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
bertasbihlah pula pada waktu waktu malam dan siang
supaya kamu merasa senang. (130) Taha~

Manusia macam kita memang pandai bercakap, cetusan idea dari minda tak pernah kurang, begitu mudah menyalahkan orang lain, mengutuk orang lain, pelekehkan orang lain, merendahkan orang lain. Apa yang mereka peroleh hanya kepuasan hati, hati yang kian gelap. Hilang keindahan sinar kebaikan. Mereka tetap tidak peduli.

Maafkan aku sekiranya hati ini mudah curiga, tapi aku tetap belajar sesuatu dari kamu. Kau hancurkan kepercayaan yang aku hulurkan. Siapa pun aku, kau tak berhak berkata sebelum kau tahu akan hal yang sebenarnya.

Benar itu hak kamu untuk berbicara, namun ada perkara yang perlu kamu tahu bahawa ungkapan kamu menyakitkan hati hati yang menilai, membingitkan telinga yang mendengar. Pertimbangkanlah tindakan nuranimu ..

Ikhlas - Rina

Monday 25 June 2012

Jodoh - Jgn Mengharap Yang Terlalu Sempurna

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:20 Comments : 0 Labels :



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...
Setelah kamu mberi bnyk PENGHARAPAN kpd seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU..
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula..
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya..
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
TERIMALAH seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA..
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan. Berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah..
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi..
dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

IKHLAS-RINA

| Jodohku |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:18 Comments : 0 Labels :

Apa Khabar Jodohku? Apa khabar jodohku? 
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup.
Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? ..
dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu,
bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu.
Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang,
dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?
Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?
Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya? Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini,
mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu.
Janganlah hatimubersedih, senyumlah..
kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah..
dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya.
tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?
Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu.
Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu
yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku.. Adakah kau juga rindu padaku?.
Bagaimana dengan Quranmu?.
Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?.
Apa yang kau fahami dari surah itu?.
Ceritakanlah kepadaku..
ingin aku mendengarnya. ..

Dan begitu juga dengan keluhanmu,
aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?.
Semakin baikkah?.
Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku,
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu,
agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang,
waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
dan ingatlah sayangku,
janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku,
dengan perbagai kebaikan yang nantinya
akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama..
kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus
dan redha menerima segala kekuranganku
dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu ..
dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu.
Aku yakin kau adalah seorang yang sabar,
seorang yang cekal,
seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak
dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan..
kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu..
pejamkanlah matamu dengan buaian doa,
dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang,
aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab,
seiring berjalannya waktu..
dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.
Amin

IKHLAS - RINA

| Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:05 Comments : 0 Labels :


Cinta.....

Satu rasa yang lumrah dalam diri manusia...
satu rasa yang dikatakan...
setiap yang bernyawa pastikan merasanya...
setiap yang bernafas pastikan melaluinya....

diciptakan hawa...
menjadi tulang rusuk adam...
dijadikan hawa...
penguat tika suka duka nya adam..
bersama satu ikatan batin...
ikatan kasih sayang...
yang di mana hadirnya rasa itu..
bermakna ada Allah di hati....

Cinta....
hanya kuat buat-Nya...
baginya hanya satu untuk-Nya....
berusaha agar sentiasa dia yang teragung di hatinya..
meski kekadang tersasar jua..
namun kini..
ia kembali menongkah awan..
menggapai cinta-Nya...

Cinta duniawi??
ya....mustahil tidak pernah dia inginkan semua itu..
namun....dia takut...dia gentar...
andai bila dia mencintai...
cintanya melebihi dari cinta kepada-Nya...
cintanya jatuh pada insan yang menjauhkan dia dariNya...
cintanya membuat dia hilang cinta yang teragung duniawi ukhrawi...

hidup dan matinya kini hanya untuk illahi...
dia percaya..
andai sudah tertulis jodohnya...
pasti akan ketemu jua suatu hari nanti..
andai sudah tercipata seseorang buatnya...
pasti ia akn hadir sendiri..
tanpa perlu menghadapi kemurkaan dari-NYA....

CINTA...
ANDAI BENAR KAU ADA..
KAU HADIR...
KAU WUJUD....
DI ANTARA MEREKA..
BERSAMA ILLAHI...
MOGA SEMUANYA BAKAL DIRESTUI..
HINGGA SYURGA SANA...

IKHLAS -RINA

| Sandiwara Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:56 Comments : 0 Labels :


Sandiwara cinta sungguh mempesona
Diri ini menjadi berbeda
Diri menjadi tak berdaya
Memang cinta hanya sandiwara
Sekedar tipuan di wajah
Elakan pandang di mata
Kikir kata di bibir
Seakan tubuh kompak kan memendam rasa
Memang cinta hanya sandiwara
Sandiwara yang kan ada tamat ceritanya
Saat cinta kepada-Nya bersenandung
Saat cinta yang halal di jalan-Nya telah berlangsung
Kan ku bersabar memainkan sandiwara ini
Hingga selesai suatu saat nanti
Saat cinta sejati itu mulai menari-nari
Maka kan indah dan elok di pandang hati

IKHLAS-RINA


| Cinta Yang Dicari Pati Akan Pergi |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:53 Comments : 0 Labels :


Telah terbukti kini...
cinta jika dipaksa kehadirannya.
.cinta jika dipaksa berkekalannya...
cinta jika penuh dengan ranjau berduri..
bukanlah satu petanda.
agar lebih mencintai,...
bukan jua satu petanda..
agar mengikat ikatan cinta dengan lebih kukuh..
agar tercapai kata-kata pujangga...
"cinta tidak mengenal api dan bara...
cinta tidak mengenal laut atau gunung...
cinta hanya mengenal perjuangan..
mengenal kebahgiaan..
dan jua kesetiaan.."
apa itu semua??
hanya satu dusta tanpa hukuman semata-mata..
ramai telah jatuh jurang perangkapnya..
ramai telah terpedaya halus permainannya..
permainan yang besalutkan sandiwara..
permainan yang bermandikan kepalsuan...
pada hakikatnya..
cinta manakah yang lebih agung melainkan bertandang dengan sendirinya..?
terbukti di malam ini..
bertemankan bulan sebagai saksi...
bertemankan bintang sebagai penonton.
cinta yang dicari tidakkan pernah subur dari kehinaan sebuah dusta...
kerna akhirnya..
cinta yang dicari itu..
PASTI AKAN PERGI....

IKHLAS - RINA

| Aku Ingin Setia |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:42 Comments : 0 Labels :


Allah....
satu perkataan yang penuh dengan sejuta keindahan...
satu nur yang penuh dengan kehebatan...
kerna Dia lah adanya aku
karna Dia lah adanya dunia

Allah.....
sungguh Maha Penyayang tuhanku itu...
sungguh Maha pengasih Rabbku itu..
setiap nafasku sentiasa ada udara dianugerahkanNya..
setiap dinginku pasti ada hangat diberikanNya..
setiap lelahku pasti ada penawar dikirimNya...
namun seringkali ku tak menyadarinya...

Allah...
karna cahaya Mu hati bisa bergetar
tatkala namamu disebut
aku mencari cari rasa itu ya Allah
tapi manakan untuk ku temui??

Allah....
ku tahu....
di setiap langkahku...
di setiap tingkahku...
Kau memerhati...
kau mendengar....
namun mengapa masih lagi aku sombong...
seolahh olah dunia aku yang punya.....
kemanakah sifat seorang hamba pada tuannya dalam diriku tuhan

ya Allah.....
aku tahu aku hamba yang derhaka ya Allah...
aku tahu aku hamba yang banyak khilafnya....
namun aku tahu Engkau mengerti...
aku takut sekali akan djulang marak nerakaMu
tak terbayang rasanya
andai diriku hangus dijilat api tuhan
kemudian Kau bentukku semula
lalu terbakar lagi
sungguh
luka sedikit di tangan sudah cukup untukku menjerit kesakitan
inikan pula api nerakaMu
yang setetes apinya mampu mencairkan gunung2 dunia..

SubhanaAllah..
ya Allah.....
pimpinkan lah aku selalu ya Allah...
dunia ini penuh dengan pancaroba...
imanku terkadang hebat
terkadang jatuh
tak mampu aku berseorangan tanpa rahmatMu
aku mendamba cintaMu tuhan
lembutkan hatiku
agar dapat ku menjadi hambaMu yang paling setia

ramai yang telah mungkar
ramai yang telah ingkar
ramai yang telah berpaling
kupinta
jangan aku tergolong dalam kalangan mereka
sayangi aku Ya Allah..
cintai aku...
seperti mana aku berusaha mencintaiMu...
kerna Engkau lah..
cinta yang paling kekal..
lagi abadi..
jadikanlah aku..
hamba yang paling setia....

IKHLAS-RINA

| Biar Aku Bicara Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:40 Comments : 0 Labels :


Biarkan aku bicara cinta,
Tak terdefinisi, seperti angin yang tak berwujud namun dapat dirasa,
Ia dapat memuliakan dan dapat juga menghinakan,
Cinta adalah mozaik tentang kesetiaan,
Pertemuan rindu diantara sunyi senyap alam dan riuh gemericik dunia,

Biarkan aku bicara cinta,
Tak dapat dilenyapkan diantara jejak kehidupan,
Ia harus dipertahankan,
Karena dengan cinta kita dapat mempelajari segalanya,
Resah dan gelisah yang mampu mengalirkan cinta,
Membuatnya terkelola, agar kita tetap bijaksana,


Biarkan aku bicara cinta,
Kekuatanya gegap gempita,
Mengangkat kita pada titik yang menggelora,
Nafasnya menggebu-gebu,
Yang berbeda pada mukmin adalah,
Cinta mereka setia pada jalurnya,
Cinta mereka tidak merusak indahnya cinta,
Cinta mereka teramat menyala-nyala,
Cinta mereka teramat memesona,
Seperti Rasulullah menduniakan ajaran islam.

IKHLAS-RINA


| Cinta Ilahi |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:24 Comments : 0 Labels :



Udara pagi menghentakan diri...
Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata...
Tersadar termenung dimanakah jiwa ini...
Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana... Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini...
Saat cinta Nya merasuki jiwa...
Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad...
Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta...
Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci...
Diiringi bisikan rindu bergemuruh...
Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta...
Semoga dipertemukan dalam tali kesucian...
Benang keridhaan...
Jiwa keikhlasan...
Dalam kehidupan kelak...
Bersama Nya.. .
Amin ya robbal alamin

ikhlas-Rina

Mencoba Untuk Setia

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:15 Comments : 0 Labels :



Rabb..
setiakanlah aku dalam mengukir namaMu...
menjadi yang terindah dalam tiap bait puitis hatiku....
setiakanlah aku dalam memanggil mahabbahmu...
dalam tiap hela nafas yang sela stiap inci kehidupanku..

Rabb...
dunia ini pemisah antara kita..
tak bisa kita bersua lagi ya Allah..
sesungguhnya hati ini terlalu...
terlalu rindu ingin bertemu Mu tuhanku..
meski aku tahu aku mungkin tidak layak untuk itu...

Rabb...
setiakanlah aku...
menabur jalan jalan dakwah di atas muka bumi mu ini...
agar dapat aku besama saudara2ku..
melangkah laju menuju jannah mu satu hari 6t tuhan.....
meski itu bukan sebegitu mudah...
namun rahmatMu pemudah segalaNya..

Rabb..
aku tahu aku bukan yang paling setia..
namun bantulah aku agar bisa seperti itu..

hari ini dan esok...
aku bakal terus bernafas...
namun andai terhenti nafasku..
kasihanilah aku dan yang lain tuhan...
lindungi kami dari segala kesulitan di alam sana ya Allah.
hanya padaMu kami memohon...

IKHLAS-RINA

Sunday 24 June 2012

Buat Dia Yang Ditakdirkan Untukku

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:36 Comments : 0 Labels :



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan
 begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti
yang mungkin kau harapkan..

Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

P/S:PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT PADA SEORANG SAHABAT


  IKHLAS-RINA

Buat Cintaku

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:35 Comments : 0 Labels :



Rabb..
setiakanlah aku dalam mengukir namaMu...
menjadi yang terindah dalam tiap bait puitis hatiku....
setiakanlah aku dalam memanggil mahabbahmu...
dalam tiap hela nafas yang sela stiap inci kehidupanku..

Rabb...
dunia ini pemisah antara kita..
tak bisa kita bersua lagi ya Allah..
sesungguhnya hati ini terlalu...
terlalu rindu ingin bertemu Mu tuhanku..
meski aku tahu aku mungkin tidak layak untuk itu...

Rabb...
setiakanlah aku...
menabur jalan jalan dakwah di atas muka bumi mu ini...
agar dapat aku besama saudara2ku..
melangkah laju menuju jannah mu satu hari 6t tuhan.....
meski itu bukan sebegitu mudah...
namun rahmatMu pemudah segalaNya..

Rabb..
aku tahu aku bukan yang paling setia..
namun bantulah aku agar bisa seperti itu..

hari ini dan esok...
aku bakal terus bernafas...
namun andai terhenti nafasku..
kasihanilah aku dan yang lain tuhan...
lindungi kami dari segala kesulitan di alam sana ya Allah.
hanya padaMu kami memohon...

IKHLAS-RINA

Cerita Sebuah Hati

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:34 Comments : 0 Labels :



Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu kami
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik iman kami
Dimanakah kami tanpa kecintaan padaMU
kami runsing Ya ALLAH
kami berlari ke sana dan ke sini
kami mencari dan terus mencari
Dimanakah kami tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus kami bayar nikmat yang Kau beri
Sedang kami tidak diuji
Maka saat kami tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa kami berbicara denganMU
Dan kami harap Kau mendengar pengaduan kami
Sungguh kami bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hati kami
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….
Ampuni kami Ya ALLAH
kami lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
kami tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit kami…
Belenggu ini menghiburkan hati kami
Sehingga kami senang denganya
Sehingga kami takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…
Sungguh kami tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuh kami mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkah kami
Selayaknya dimanakah tempat kami
Atas redhaMU ya Rabbi..
kami hanya menuruti
Andai kami diseksa, kan kami patuhi
Asalkan Kau meredhai hidup kami ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri kami
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduan kami
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama dengan kami
tak kira apa keadaan iman kami
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ini hanya milikMU…

IKHLAS-RINA

Saturday 23 June 2012

Aku Ingin Menangis

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:31 Comments : 0 Labels :


Puisi ini bukan saya tulis. Bukan karya saya. Tapi karya seseorang hamba Allah...Sedap bunyinya, bermain-main irama di hati. Berlagu-lagu merentap diri....:')



Aku ingin menangis,

Menurutkan hati yang dilanda gerimis,
Mematuhi fitrah yang jelas tertulis,
Segenggam takdir tak mungkin terhakis,
Menyangkal pengertian ungkapan egois,
Benarkah seorang manusia itu layak menangis?

Aku ingin menangis,

Akalku tidak setajam Khalid di medan Mu’tah,
Matlamat hidupku tidak setepat panahan Hamzah,
Suara jiwaku tidak selantang Bilal di subuh mencerah,
Pendirianku tidak sehebat Sulaiman membina wilayah,
Apakah ini bisikan dayus atau diriku yang mudah mengalah?

Aku ingin menangis,

Mengimbau kembali sejarah hidupku,
Pentasan dunia bersulam waktu,
Merentasi hari menagih kurniaanMu,
Termenung sejenak diriku terpaku,
Apakah sumbanganku pada agamaMu?

Aku ingin menangis,

Ketika derai tawa menghiasi hariku,
Ketika indah mentari menemani pagiku,
Ketika garis sang pelangi menghiburkan petangku,
Ketika hening malam menemani tidurku,
Apakah terpacul dari bibirku hamburan syukur diriku padaMu?

Aku ingin menangis,

Kutahu ajal mautku tertulis ditanganMu,
Kusedar segunung doa tak mampu memutar waktu,
Namun kuyakini Engkau selalu mendengarkan aku,
Ya Allah kau biarkanlah air mata ini berlalu,
Kembalikan diriku ke jalan redhaMu..

IKHLAS-RINA


Saturday 16 June 2012

Allah..do love us back..:")

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:59 Comments : 0 Labels :


Allah your our lord and we're your servant.
Oh Allah you have given us the greatest test in our life so far,
and we need you more than anything,
we need you to stand by side, to catch us when we fall,
to show us the right way, to heal our broken heart,
to purify our heart and show us your mercy and your love.

Without you in our life we're completely lost.
You make us smile, happy, cry, every breath is from you.
we beg you please don’t leave us for a second
not even a blink of an eye.
O Allah we will get down on our knees
and raise our hands towards the heaven
and ask u to forgive us and just to hold us tight
and never let us go,
we need you so much………………………..
we need you…:')

insyaAllah...

IKHLAS-RINA







The Purity Of Love..:)

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:48 Comments : 0 Labels :



If you love me, don’t confess your love to me through haram ways,
This won’t please me and will instead drive me away!
Love games don’t attract me.
If you love me, have sabr and I will knock on your door when the time is right.
Don’t give me privileges which I don’t deserve.
Keep me away from you, and I will approach you.
If you approach me, I will stay away from you.
Don’t love me, for I want you ignorant in love.
I want to teach you love when the right time comes and when you will be mine,
Only when we are joined together under our Creator’s satisfaction
Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you.
I am a man who does not want to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind her family’s back.
I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.
Put me under limits that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you inside me.
Preserve what is beautiful inside you.
I want you innocent, chaste, pure.
I want you my love, but with Allah’s blessings and not shaytan’s whisperings.
And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you,
Don’t be easy because then, I may not value you.
Don’t love me now, so I won’t hate you!
My heart wants you and doesn’t want to lose you.
I don’t want you to be just a passing fancy for me,
I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with.
How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity?
How would I be faithful to you if I push you to betray your family?
How could I trust a love which grew under Allah’s wrath ?
To make you mine through niqah is Islam’s way,
Till then wait patiently and donot dismay.
To love you means to protect you,
To Love you is to bring you closer to Allah and HIS deen
To preserve you not to kill what is beautiful inside you.

-Your Husband-to-be (Insha’Allah!)




If you love me, don’t confess your love to me through haram ways,
This won’t please me and will instead drive me away!
Love games don’t attract me.
If you love me, have sabr and I will knock on your door when the time is right.
Don’t give me privileges which I don’t deserve.
Keep me away from you, and I will approach you.
If you approach me, I will stay away from you.
Don’t love me, for I want you ignorant in love.
I want to teach you love when the right time comes and when you will be mine,
Only when we are joined together under our Creator’s satisfaction
Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you.
I am a man who does not want to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind her family’s back.
I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.
Put me under limits that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you inside me.
Preserve what is beautiful inside you.
I want you innocent, chaste, pure.
I want you my love, but with Allah’s blessings and not shaytan’s whisperings.
And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you,
Don’t be easy because then, I may not value you.
Don’t love me now, so I won’t hate you!
My heart wants you and doesn’t want to lose you.
I don’t want you to be just a passing fancy for me,
I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with.
How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity?
How would I be faithful to you if I push you to betray your family?
How could I trust a love which grew under Allah’s wrath ?
To make you mine through niqah is Islam’s way,
Till then wait patiently and donot dismay.
To love you means to protect you,
To Love you is to bring you closer to Allah and HIS deen
To preserve you not to kill what is beautiful inside you.

-Your Husband-to-be (Insha’Allah!)

 sincerely-Rina