Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Sunday 29 December 2013

| Ikhlas |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:42 Comments : 0 Labels :


Ikhlas...
well, ikhlas tu senang je cakap tapi sesudah kita hendak lakukannya, susah..
Ikhlas tu kite kena buat kerana Allah..

Semua perkara yang hendak kita lakukan kita hendaklah ikhlas Lillahi ta'ala(kerana Allah Ta'ala).
Dengan Ikhlas kita boleh meraih Mardhatillah... cakap je senang kan..?
Ana pun same jugak masih dalam proses untuk belajar Ikhlas kerana ana sangat-sangat ingin meraih Mardhatillah, sejak ana mula mengenali Islam, ana sangat-sangat ingin mendapatkan redha dan cinta Allah...
Sungguh susah tapi ana sentiasa tetapkan dalam diri ana yang ana akan sentiasa mengejar dan berusaha meraih redha dan cinta Allah, walaupun usaha ana tidak seberapa berbanding orang sekeliling ana..
Tapi ana kuatkan hati ana untuk berusaha dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..


Korang tahu tak, Jannah Allah tu jika kita hendak memasukkinya kita hendaklah mendapatkan RedhaNya..
Korang tahu tak yang ana baru tahu dari cikgu ana, kita gelar dia ustazah, dia cakap keikhlasan kita dalam membuat sesuatu perkara tu hanya kita dan Allah saja yang tahu, dan kedua malaikat yang mencatit segala amal kebaikkan dan keburukkan kita tidak tahu jika kita tu ikhlas atau tidak..
Sungguh, dan pada hari kiamat kelak disana kita akan diberi perhitungan..

ketika ustazah kongsi tentang Ikhlas tu dia ada menyelitkan cerita tentang 3 golongan yang akan masuk neraka terlebih dahulu,
ketika semua makhlukNya berkumpul dan sudah dibahagikan kepada golongan-golongan yang tertentu,
yang mula-mula dipanggil kehadapan ialah:
1.Golongan orang alim
2.Golongan orang kaya
3.Golongan orang yang berjihad

Golongan pertama yang dipanggil; Golongan orang alim; Allah bertanya"apakah yang kamu buat ketika kamu di bumi?" mereka menjawab:"Kami mengerjakan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu" dan Allah berkata:"Kamu berdusta" dan mereka diseret masuk kedalam nereka jahanam. Allah berkata demikian kerana mereka melakukan segala perintah dan meninggalkan laranganNya adalah kerana ingin mendapatkan title "orang alim" bukan kerana ingin mendapat Redha Allah...

Golongan kedua; Golongan orang kaya; Allah bertanya kepada mereka:"Apakah yang kamu lakukan ketikan kamu masih dibumi?" mereka menjawab:"Kami menginfakkan harta kami kerana mengikuti perintahMu" dan Allah berkata:"Kamu berdusta" dan mereka juga diseret masuk kedalam neraka jahanam Kerana meraka menginfakkan harta mereka hanya kerana mereka ingin mendapatkan title "dermawan" bukan kerana ingin menolong orang yang susah dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah..

Golongan ketiga pula; Golongan Orang yang berjihad; Allah bertanya"Apakah amalan yang kamu lakukan ketika di bumi?" mereka menjawab:"Kami pergi berperang atas perintahMu" Allah berkata:"Kamu berdusta" dan mereka juga diseret kedalam neraka jahanam kerana mereka hanya ikut berperang kerana inginkan title yang "mengatakan mereka mengikuti perang" bukan kerana berperang untuk berjihad diJalanNya dan juga untuk mendapatkkan redhaNya..

*Assif ana menulis tetang Allah bercakap sedemikan walhal ana masih jahil jika Allah mengatakan begitu rupa atau tidak* *Ana hanya menulis apa yang ustazah ana cakapkan*

Dan cerita tersebut memberi pengajaran kepada kita bahawa betapa pentingnya Redha Allah itu..
Jika kita ingin belajar ikhlas kita hendaklah memulakan dengan perkara yang kecil seperti Ikhlas jika kita di marahi.. maksud jangan memarahi balik orang yang memarahi kita tu, baik dengan menggunakan mulut kita atau melalui hati kita... dalam erti kata lain sabar..

MasyaAllah! Alhamdulillah ana masih boleh kongsi sedikit Ilmu yang ana dapat dari ustazah ana.. Dan itu saja yang ana dapat tulis..
semoga bermanfaat...
Yang menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca coretan yang ditulis.. :)

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Selalu Bersyukur Kepada Allah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:40 Comments : 0 Labels :



Seperti yang kita ketahui bahawa bersyukur tu sama seperti kita memuji dan memuja Tuhan Yang Maha Esa..
Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi oleh-Nya.
MasyaAllah! jika kita kira nikmat yang telah diberi oleh Allah tu, tidak akan terkira oleh kita kerana terlampau banyak Allah telah beri nikmat kepada kita...
Sungguh Allah tu sangat sayang akan hamba-hamba-Nya...


Untuk renungan bersama,
cuba kita fikir sejenak tentang nikmat yang telah Allah berikan dan pinjamkan dekat kita;
secara zahirnya kita akan terfikir, rezeki berupa harta dan makanan, rupa dan physical kita..
secara batinnya kita akan terfikir, kesihatan kita, sifat-sifat yang ada dalam diri kita, sahabat sejati dan keluarga yang telah Allah pinjamkan kat kita..

Cuba kita fikir tentang rezeki yang berupa harta dan makanan, jika dikira berapa banyak makanan yang telah Allah berikan kepada kita, kita tidak akan terkira kerana sejak kita didalam rahim ibu sudah Allah memberi kita makanan melalui ibu kita.. Jika dikira berapa banyak harta yang telah Allah beri sungguh kita juga tidak akan terkira berapa banyaknya, kerana sejak kita sudah dilahirkan kita disarung dengan berbagai macam pakaian, kita diberi perlindungan dengan adanya rumah untuk tempat kita berteduh, kenderaan untuk pergi ke tempat yang hendak ditujui..

Jadi kita hendaklah bersyukur kepadaNya..

Cuba kita fikir pula tentang rupa dan physical yang telah Allah pinjamkan kepada kita.. betapa sempurnanya wajah dan badan kita kerana mempunyai sepasang mata, hidung, mulut, sepasang telinga, bulu kening yang membuat mata kita nampak cantik, sepasang tangan untuk membuat segala pekerjaan, sepasang kaki yang digunakan untuk berjalan menuju ke hala yang hendak ditujui, Allah pinjamkan kita otak untuk berfikir, jantung untuk menandakan kita tu masih hidup, perut untuk mengisi segala macam makanan dan minuman untuk membuat kita terus hidup dan darah yang mengalir didalam badan kita untuk membuatkan kita hidup..

Masihkan kita belum bersyukur?

Kita fikir pula tentang kesehatan kita yang diberikan kepada kita, jika kita sehat kita mampu membuat perkara yang kita sukai, dengan badan kita sehat kita juga mampu untuk mencari rezeki dengan titik peluh kita.. Tetapi jika kita sakit Allah tetap akan menghapuskan dosa-dosa kita dan memberi kita pahala kepada kita..

Sungguh Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun..

Kita fikir tentang sifat-sifat yang diberikan kepada kita, ada bermacam-macam sifat yang ada dalam diri seseorang sama ada sifat yang terpuji atau sifat yang keji... Jika kita tidak mempunyai satu pun sifat-sifat tersebut kita tidak akan tahu apa yang patut kita perbaiki dalam diri kita dan sifat yang patut kita tingkatkan lagi dalam diri kita, jika sifat terpuji kita boleh katakan banyak, ianya boleh menolong kita untuk meraih Mardhatillah dengan cepat..

Masihkah kita tidak bersyukur?

Kita fikir pula tentang sahabat yang dipertemukan oleh Allah kepada kita, sahabat yang akan sentiasa berada disisi kita jika kita memerlukan mereka, sahabat yang ada bersama kita saat suka dan duka kita, sama-sama bergembira dan bersedih... Apa lagi keluarga kita, tanpa mereka kita tidak akan berada didunia ini dalam keadaan apa pun.. mereka akan tetap bersama kita dan kita tidak boleh menolak pinjaman yang telah Allah berikan kepada kita..

Sungguh nikmat yang telah Allah berikan itu sangat banyak..

Banyak lagi yang perlu kita renungkan dan yang ana senaraikan itu hanya pada yang nampak saja..
Jadi, masihkah kita belum bersyukur?
Susahkah?
Allah hanya minta kita untuk mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya..
Itu saja, tidak banyak Allah pinta, tapi kita tidak pandai bersyukur dengan segala pinjamanNya..
Cuba bayangkan jika Allah tarik semua pinjaman yang Dia pinjamkan kepada kita, menangis tak kita meminta balik segala pinjamanNya itu semula dan memberikan janji yang kita akan membuat segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya dan sesudah kita mendapatkan balik pinjaman Allah tersebut, adakah kita akan bersyukur kepadaNya terus-terusan atau adakah kita akan berubah semula menjadi seorang yang tidak bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa kita..

Nauzubillah, minta sangat-sangat dekat Allah untuk menjauhkan kita daripada mempunyai sifat sombong kerana tidak pandai bersyukur kepada Allah..

Start membaca coretan ini, Sama-sama kita tanamkan didalam diri kita untuk terus menjadi seorang yang bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan atau pinjamkan dekat kita...
Syukur kepada Allah kerana masih membagi ana peluang untuk mencoret coretan ini untuk menjadi renungan kita bersama...
Syukur kepada Allah juga kerana masih memberi ana peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya..
Yang mencoret coretan ini tidak semestinya lebih baik dari yang membaca coretan ini..
Alhamdulillah, Syukur kepadaNya... :)

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Amalan Yang Dibawa Selepas Mati |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:35 Comments : 0 Labels :


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya
."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Nikmat Syurga |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:29 Comments : 0 Labels :

Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.

Ibn Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.

Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

Dalam riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun. Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum. Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran. Ertinya:-

1.Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
2.Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
3.Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
5.Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
6.Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
7.Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
8.Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
9.Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
10.Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.
2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.
3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.
5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya: Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?

Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan harga murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.

Yahya bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud:

Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God


Thursday 5 December 2013

| Dimana Dia Di Hatiku |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:44 Comments : 0 Labels :




Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa

Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta



Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur

Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah


Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam

Dengan kurnia..
banyakkan syukur

Dengan bala..
janganlah kufur


Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas
Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..
"Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sedikit, tetapi yang harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah."

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God



| Sahaja Aku Mencintaimu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:35 Comments : 0 Labels :



If you're hurt or betrayed, if you're Hurt by people, who share the same blood as you, remember Yussuf a.s, who was betrayed by his own brothers.

If you find your Parents opposing you, remember Ibrahim a.s, whose father led him to the fire.

If you're Stuck with a problem where there's no way out, remember Yunus a.s stuck in the belly of a whale.

If you're ill & your body cries with Pain, remember Ayyub a.s who was more ill than you.

If someone Slanders you, remember Ai'shah a.s who was slandered throughout the city.

If you're Lonely, recall Adam a.s who was created alone.

If you Can't see any Logic around you, think of Nuh a.s who built an ark without questioning.

If you are Mocked by your own relatives; think of Prophet Muhammad s.a.w.
take a lesson of patience & perseverance from them..


"When we put our problems in God's hands, He puts His peace in our hearts" [Anonymous, 2013].

Lain orang lain ujiannya.
Ada orang, Allah uji dengan kekayaan harta. Ada orang, Allah uji dengan kemiskinan harta.
Ada orang, Allah uji dengan kejayaan hidupnya. Ada orang, Allah uji dengan kesempitan hidupnya.
Ada orang Allah uji keseronokan. Ada orang Allah uji dengan kesepian.
Allah sumber ketenangan.

Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Jangan pernah berhenti mohon secebis ketenangan dari Dia untuk terus kuat melangkah. Jangan diminta ujian dikecilkan hatta dihapuskan tetapi mintalah sebuah kekuatan. Kerana dari ujian kita mampu belajar. Kerana dari ujian, kita tahu bahawa kita yang dipilih Allah untuk ujian itu. Bukan orang lain, tetapi kita.
Ya, kita!
Kita, kau & aku..
Dalam keramaian hamba yang diciptakan Dia, kita yang dipilih Allah. Tak rasa tersentuh? :')



Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Amatlah rugi.
Sangatlah rugi bagi sesiapa yang assumed bahawasanya Allah menyeksa dia disaat dia sakit diuji, saat dia dihina, saat dia kesepian, disaat doanya masih belum dikabulkan. Bukan Allah tak kabulkan. Allah nak tengok sejauh mana level sabar kita, level pergantungan kita pada Dia & level keikhlasan kita dalam meminta..

Ujian adalah medium. Medium untuk kita kumpul pahala. Medium untuk kita lebih dekat dengan Dia. Sangat dekat. Takkan seorang lebih mengetahui masalah kita & penyelesaiannya melainkan Allah. Ya, hanya Allah.

Kaunselor, psychologist, psychiatrist belajar tinggi tinggi,
kaji sana kaji sini,
dia cuba sedaya upaya untuk cari penyelesaian untuk para pesakit. Tetapi dia sendiri ada masalah & dia sendiri pun akan berbalik kepada Allah pada setiap saat & waktu. Bukan waktu sempit je malah pada waktu senang & lapang juga.

Melaui ujian, kita, kau & aku akan belajar erti sebuah tanggungjawab.
Banyakkan doa. Banyakkan istighfar.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Beruntunglah mereka yang di dalam catatan amalnya ditemukan banyak sekali istighfar."

Hud:3
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat
kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan
memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada
waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap
orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu
berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari
kiamat."

Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat yang dilimpahkan.
Melalui nikmat yang Kau limpahkan tergambar kasih sayang yang tak terbanding

Aku panjatkan setingi-tinggi kesyukuran atas segala ujian yang ditimpakan.
Melalui ujian yang Kau timpakan terselit perhatian & cinta yang tak bertepi
“Sometimes we become overtaken by sadness to the degree that we forget that there are many things in life that can make us happy” [Mufti Menk, 2013]

Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”



Ku cinta pada-MU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...



Trials will drive you to Allah or away from Allah. The choice is yours.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Lihatlah , Pujilah , Hargailah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:10 Comments : 0 Labels :



Satu cara untuk menghidupkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat ialah dengan memberi perhatian & penghargaan kepada hal-hal yang baik. Kalau kita lebih cakna, kita akan dapati bahawa kebanyakan tindakan & ucapan kita ialah untuk membuat orang lain berasa selesa & berasa bahagia :)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Biarlah seseorang itu menghampiri masyarakatnya sebagaimana dia mahu masyarakat menghampirinya."

Bermakna kita seharusnya melayan orang disekeliling kita sebagaimana yang kita idamkan mereka melayan kita. Puji memuji adalah satu kaedah untuk mewangikan jalinan ukhuwwah yang dibina. Pada awal penghijrahan saya menutup aurat memakai tudung, seorang teman saya memberi komen,
"Engkau dah pakai tudung. Tak tahulah bila masa aku pula nak pakai tudung."

Saya hanya tersenyum & menjawab dengan rasa yang sangat kerdil di dalam diri,
"Insya Allah.. Apabila tiba waktunya, awak akan bertudung.."
Dan beberapa bulan kemudian saya bertembung dengannya yang memaka skaf untuk menutup rambutnya. masih ada sedikit anak rambut berjuntaian di dahi. Saya mendakapnya seerat mungkin & membisikkan ke telinganya,
"Awak sangat cantik & manis bila bertudung."

Dia ketawa ringan tetapi saya dapat merasakan kebahagian bergelora pada canda tawanya. Dan selang beberapa bulan, saya berpeluang menjumpainya yang pada ketika itu dia sudah pun bertudung litup sempurna. Alhamdulillah. Masya Allah, saya sangat kagum dengan ketrampilannya.
"Awak macam bidadari syurga,"
saya membisikkan ke telinganya lagi :)


Rasulullah s.a.w memiliki personaliti luar biasa - prihatin, penyayang terutamanya kepada mereka yang lemah & miskin. Baginda akan membuat mereka berasa sangat dihargai & kehadirannya membawa erti yang besar dalam kehidupan Baginda. Tanpa segan silu, Baginda akan menyatakan rindu kepada mereka jika sudah sekian lama tidak berjumpa. Jasa baik mereka akan diperkatakan dengan pujian yang sewajarnya. Maka sahabat sahabat Baginda akan meneladani apa yang Baginda lakukan.

Di Madinah, ada seorang wanita berkulit hitam yang beriman. Biasanya wanita ini akan membersihkan masjid. Rasulullah akan menemuinya sekali sekala & memuji tentang kerajinannya. Selepas beberapa ketika, Rasulullah tidak lagi nampak wanita tersebut membersihkan masjid.

Baginda bertanya kepada sahabat sahabat tentang wanita berkulit hitam tersebut. Baginda amat terkejut apabila diberitahu bahawa wanita itu sudah meninggal dunia. Rasa dukacita menyelubungi Baginda kerana tidak diberitahu tentang kematian wanita itu.

Baginda dibujuk oleh sahabat sahabat dengan mengatakan bahawa wanita itu meninggal pada waktu tengah malam & mereka tidak mahu menyusahkan Baginda. Apatah lagi, wanita itu bukanlah orang yang berpangkat, berpengaruh & bukan seorang yang penting dalam masyarakat.

Tetapi bagi Rasulullah, jasa wanita itu yang membersihkan masjid ialah jasa yang amat tinggi nilainya di sisi Allah meskipun tidak diketahui ramai, mahupun dihargai. Baginda mengarahkan supaya Baginda dibawa ke pusara wanita itu. Baginda menyembahyangkan pusara itu. Baginda bersabda,
"Pusara pusara di sini dalam keadaan zulmat bagi penghuninya, tetapi Allah akan menerangkan pusara ini setelah aku menyembahyangkannya."

Demikian sekali Rasulullah menghargai jasa seorang wanita berkulit hitam yang lemah lagi miskin. Jasanya membersihkan masjid itu meninggikan tarafnya di mata Rasulullah s.a.w & memuliakannya di sisi Allah.


Begitu juga jika seseorang memberi hadiah kepada kita. hadiah itu tidak semestinya mahal atau besar. Sehelai tudung yang berharga tidak sampai RM20 akan membuat pemberinya amat bahagia apabila kita memakai pemberiannya itu.

Sebentuk cincin yang bukan emas tulen, bukan platinum, bukan berbatu rubi, mutiara atau delima mahupun zamrud akan berjaya memancarkan warna kebahagian pada wajah si pemberi yang memberi kita hadiah tersebut. Pakailah cincin itu apabila menemuinya, lihatlah wajahnya yang tiba-tiba berseri dengan pancaran kebahagiaan. Yang mahal itu tidak terletak pada jenama atau harganya,
tetapi terukir pada sebuah penghargaan & pujian ikhlas terhadap pemberian tersebut.

Ada banyak perkara yang dapat dilihat keindahannya & sewajarnya diberi penghargaan. Apabila melihat seorang anak menyuap ibunya makan di hospital, kenapa tidak kita memberikan komen yang menggembirakan kepada anak itu?

Apabila seorang anak muda memberikan tempat duduknya di dalam komuter atau bas, alangkah indahnya jika ucapan 'terima kasih' diucapkan kepada anak muda itu dengan senyuman yang paling manisss. rugi ke dalam memuji? pujilah. teman & sahabat kita akan rasa bahagia. kita pula? rasailah kebahagian itu. Percayalah :)

Tetapi jangan pula menujiberlebihan sehingga timbul rasa pelik. Dipuji dengan ikhlas bukan berpura-pura memuji tidak berasas. Aneh namanya tu~

Hidupkan aura kasih sayang dengan membawa kebahagiaan & menghargai jasa orang lain. kebahagiaan jangan susah payah, penat lelah dicari sehingga ke hujung dunia.
Sebarkanlah kebahagian kepada mereka di sekeliling kita.
insya Allah, kau akan temui juga kebahagian itu :)


JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Pelayaran Secebis Keinsafan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:01 Comments : 0 Labels :




Selalunya manusia cenderung untuk selalu share dengan orang yang disekeliling mereka
sesuatu apa yang dia suka, cinta, minat & sayang

Ada orang gilakan biru
habis semua shampoo, peti ais, botol pencuci muka, atap rumah warna biru

Ada orang cintakan rumput
habis keliling laman rumah dia berumput hijau sikit pun tak bersimen

Ada orang suka ikan
setiap hari, minggu, bulan, tahun & seumur hidup dia tiada lauk lain melainkan hanyalah ikan

Ada orang minat harimau
tudung, carpet, langsir, beg tangan, cadar tilam semuanya original dari kulit harimau

Betul kan? Bukan tu je. Percayalah. Dia akan selalu juga mengaitkan sesuatu yang dia sukai, cintai, minati & sayangi dalam kehidupan sehariannya

Kita mengaku kita cintakan Allah, Rasulullah
Tapi kita ada selalu kaitkan apa yang kita lakukan dengan Dia & kekasih-Nya?
sobs sobs sobs

Allah selalu beri apa yang aku minta
aku minta bukan sahaja setiap kali selepas solat malah setiap masa
kerja sekolah tak siap, aku berdoa moga cikgu tak masuk
baju kurung aku hilang, aku berdoa moga hati ibu dilembutkan
tak kira masa, tempat & keadaan aku berdoa
semua benda aku nak
tamak kan?

Tetapi kita sepatutnya bersyukur
hanya Islam..
hanya dalam Islam Allah mengasihi hamba-Nya yang selalu meminta dalam doanya dalam keadaan merendah diri
sikit pun Allah tak rasa benci atau annoying bila kita asyik berdoa
malah Allah makin sayang! :'(

Bukan itu je
apa yang aku tak minta pun
Allah bagi juga
banyak sangat..
sampaikan aku tak termampu nak kira
malunya..
dah buat dosa pun
Allah bagi juga aku rezeki yang tak pernah putus dengan bekalan makan setiap hari walaupun hanya sebungkus oat :'(

jadi takkan bila
Allah uji sikit
Allah ambil sikit
Allah sentuh sikit
aku nak putus asa?

Lagipun itu bukan hak aku
Itukan milik Allah?
Segalanya
Semuanya
Sedangkan aku ini sepenuhnya milik Dia..
Aku mana ada apa-apa
Tiada manusia yang tidak pernah teruji

Hidup ini memang ujian
Kita hidup memang untuk diuji
Diuji sama ada beriman atau tidak
Nampak luaran sepertinya dia sudah sempurna
Tetapi siapa tahu dia sedang bertarung dengan ujian yang kita sendiri tidak pernah sangka?

Alhamdullillah atas nikmat-Nya untuk aku terus bersyukur
Alhamdulillah atas ujian-Nya untuk aku terus mensyukuri & menghargai

Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi & petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu & para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."
[Al-Ahzab, 33: 41-43]

Kalau benar kita cintakan sesuatu, buktikan.
Cinta tanpa membuktikannya is nothing. Kalau benar kita cintakan Allah & Rasulullah, buktikan. Ya, buktikannya agar kehidupan lebih terarah..

Moga Allah redha tiap langkah, keputusan yang kita ambil..



Trials will drive us to Allah or away from Allah.
The choice is ours.



JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Friday 8 November 2013

| Pilihan Allah Atau Manusia |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 21:03 Comments : 0 Labels :


Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.
Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.
 Sebenarnya pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman. Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu. Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengan cara kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui? Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.



Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.
Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?
Dalam ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan perintah-Nya.
Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu?
Akhirnya melahirkan perasaan yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan, samada secara realiti atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi sebagai ‘bukti’ cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati. Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu.
Tindakan wanita itu mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu penyesalan adalah sia-sia.
Sememangnya banyak pilihan yang berlaku dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha Allah, maka kita tidak mungkin rugi, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya tidak.
Kita boleh membuat pilihan, tetapi tidak boleh memilih akibat pilihan itu.

Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata.



JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Sunday 20 October 2013

| Kisah Arwah Ibu Ziarah Jenazah Anak |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:04 Comments : 0 Labels :



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu.”Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.”Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.”Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. “kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,”Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.

Dia memang anak yang baik.Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,”Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,”Orang tua mana pula?” katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya.”Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Friday 27 September 2013

| Don't judge me ! |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:18 Comments : 0 Labels :


Judging ? People always like to judging before they know . Oh why ? *sigh ~



Maybe from the way we talk , the way we walk , the way we eat and all "the way" we do -_- Oh but do you know behind my name ? Did you know behind my smile there is a story that you never know . Oh friend , well judging people doesn't mean you perfect easily .
Let's Allah judge me , not you . You can advice me , but you can't judge me and spread all the bad rumor about me ! Maybe you think bad about me but did you ever ask me ? Did you ever know me ? *Sigh again -_-


This picture has nothing to do with this entry :3


 What will you do if people judge you the way you judge me ? The way you judge mE. As we know , all people like to judge other but why ? Why must judge before you know them ?
It is funny to judge people ? Please mind yourself . You may spread bad rumor which it not true and yet you got sins from what have you done . So better watch out dear :)
I'm just not only reminding people but also reminding myself . As a human , we need to give advice in order to improve ourself too right :)



JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Dont Judge Someone |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:10 Comments : 0 Labels :



Narrated Jabir bin Abdullah that the Prophet Muhammad (Sallahu alaihi wasallam) said, "Enjoining all that is good is a Sadaqa." (Hadith - Sahih Al-Bukhari 8.50)

Did you think I was supporting this idea? No, I don't and I have certain evidences that would also change your mind. If not, even then I have some evidences that might at least change your hearts may you declare it out loud or not.

Majority of the Muslims have a belief in this idea so that they can justify their sins and keep on sinning. By saying this they expect to have a great distance from people who might stop them from doing so. After all who likes to be reminded of their sins constantly? No one does!

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “All human beings without exception are sinful, but the best sinners are those who repent the most.” [Tirmidhi]

No one is perfect. Perfect and Kaamil is Allah alone.

There are four types of people:
1. one who sins secretly and hides his sins while hoping for the forgiveness of Allah. He is shameful of his sins and is struggling from them.
2. one who sins openly and declares it to everyone trying to justify themselves rather than being shameful of their acts.
3. one who sins secretly and pretends to be righteous in front of people so that they can please people. (hypocrites)
4. one who sins openly and is also shameful of their sins but can't control their nafs and souls. They are struggling too.


Ibn Qayyim said:

"The one who commits sin in secret is doing something less serious than one who commits sin openly and broadcasts it. The one who keeps quiet about it commits a less serious sin than one who tells people about it. Such a one is far removed from the forgiveness of Allaah, as the Prophet (Peace and blessings be upon him) said: “All of my ummah may be forgiven except those who commit sin openly…”

[Ighaathat al-Lahfaan, 2/147]


Which one these people are we?

Ok, we all sin, yes we do, no one is proud of that. But is the idea of "DON'T JUDGE SOMEONE JUST BECAUSE THEY SIN DIFFERENTLY THAN YOU" Justified??
Actually, NO.
If we all are sinners and no one is worthy of taking up that position of judging others (stopping bad deeds), then who will actually let us know that we are doing wrong? We can't keep on justifying our sins so much so that we risk Hell in our Destiny.


Allah subhanAllah wa Ta'al says in Surah Al Maida Verse 104:
"Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good (Islam), enjoining Al-Ma'ruf (i.e. Islamic Monotheism and all that Islâm orders one to do) and forbidding Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islâm has forbidden). And it is they who are the successful"


It is the duty of every single Muslim to Order others to do what Islam asks us to do and forbid what Islam prohibits us to do.

Majority of the people say,
"You don't do hijab, so don't tell me not to listen to music! See your inner evil deeds before you judge others"
"You smoke weed or cigarette, so don't tell me not to drink alcohol"
"Just because you enjoyed your whole life sinning doesn't mean you'll stop me from doing what I want"



Aren't these just the words of shaitaan or to be less harsh, the tricks of shaitaan to make us believe that we can sin too if others are?

I was never a righteous person, neither am I now, But whenever I stopped others from doing mistakes just like I did before or didn't do before, they actually made me feel guilty of the past sins I never did or for the sins I've already repented for!! Can't a muslim advise another muslim of doing what is good and forbiding what is evil?

Allah subhanAllah wa Ta'ala says in Surah Al-Tauba Verse:71
"The Believers, men and women, are protectors one of another: they enjoin what is just, and forbid what is evil: they observe regular prayers, practise regular charity, and obey Allah and His Messenger. On them will Allah pour His mercy: for Allah is Exalted in power, Wise. "
If muslims are having problems in stopping other muslims from sinning, then that is the biggest problem ever! No wonder muslims are in the worst of conditions right now.

And apart from these are those who support others in sinning and consider it ok to do so and they are considered to be the good guys who never judge others on their wrong deeds. What is the say on them?

Allah subhanAllah wa Ta'ala says in Surah Al- Maida:79
"They used not to forbid one another from the Munkar (wrong, evildoing, sins, polytheism, disbelief, etc.) which they committed. Evil indeed was what they used to do."

These aren't my words, but the truth definitely comes from the Qur'an itself, The Kalaam Of ALLAH.

My only sincere advise is that, stop justifying your sins.
If you know you sin, either you accept it and hide it from others so that others don't inspire from your sins and follow your footsteps meanwhile repenting at the same time. Or just Let the ones who enjoin good and forbid evil do what they do best rather than claiming them the bad guys and the "judgmental" ones here.

On the authority of Abu Sa`id (radhiallahu `anhu) that the Prophet sallallahu `alayhi wa sallam said, "Whoever sees something evil should change it with his hand. If he cannot, then with his tongue; and if he cannot do even that, then in his heart. That is the weakest degree of faith." (Sahih Muslim)

However, those who enjoin good and forbid evil need to be super kind and polite to others while doing so rather than sounding totally arrogant and belittling others. The best way for us to do that is by not sinning and leaving a good example on others. This way we won't be called hypocrites which is a completely different topic.


I hope my point is clear. No one is perfect. All we can do is repent and seek forgiveness from Allah (The Always all Merciful and the Most forgiving) and try our best to leave evil rather justifying our acts. inshaAllah!

May Allah make us real muslims rather than the Modernists. May He make us understand Islam the way it should be understood rather than choosing to do what we will and leaving what doesn't please us. Ameen

Watch this video to find out where did this idea originated from.

JazakumuAllah hu khairan for reading this. 

| FITNAH |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 17:51 Comments : 0 Labels :



Fitnah itu menghitamkan hati. Fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Ya, kamu tahu makanya jangan amalkan. Kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Terlajak perahu boleh diundur, tapi bila terlajak kata?

  • Apa yang kita pelu buat semasa menghadapi FITNAH 

    Firstly, sabarlah. Sabar itu sebuah kekuatan. Sabar bukan hanya berdiam diri, tapi membangun kekuatan diri. Jangan terburu-buru, jangan terlalu emosi tapi ignore kan saja dia yang memfitnah.

    Secondly, don't be shy untuk minta nasihat dari orang yang baik amalnya.
    Minta nasihat untuk korang up kan balik semangat yang tengah down tu untuk terus hadapi dugaan yang Allah beri. Jangan lupa untuk solat sunat hajat pada tengah malam iaitu waktu paling mustajab dan InsyaAllah dimakbulkan.

    Thirdly, think positive! Always think positive setiap masa.
    Jangan biarkan aura negatif menghantui diri korang. Trust me, bila kita think positive hati kita akan tenang, kurang tekanan even time tu aura negatif sedaya upaya untuk masuk dalam diri. So, kita kasi tepis dan ingatlah Allah sedang menduga kita sebab Allah sayangkan kita. Dugaan macam ni menguatkan kita bukan melemahkan jiwa.
  • Dari Segi Agama

    Mangsa perlu bersabar. Please, jangan lakukan fitnah balas kepada pemfitnah korang atau kepada pihak ketiga. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda s.a.w sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh. 
  • APABILA TERKENA FITNAH ATAU MUSIBAH              

    Ingatlah, ia bukan 100% keburukan. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud:



Aku cuma berharap , biarlah hati nya dapat hidayah dari ALLAH SWT . Kalau kau baca entry aku yang tak seberapa ini . kalau kau nak tulis entry pasal aku . Aku da tak kisah la . sebab aku tahu . kau tak tahu perkara sebenar .



 Dan yang mulut2 anasir tuduh or fitnah tu, sudah2 la ek ? walau saya tak nampak , tapi tuhan sentiasa tengok kamu buat apa . malaikat sentiasa tulis kejahatan kamu dan kebaikan kamu. INGAT ITU .

 Bak kata SAHABAT , rela putus silaturahim dari masih berkawan dengan beliau yang sentiasa menjatuhkan dia .

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..