Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Wednesday 23 January 2013

| Selamat Menyambut Hari Lahir Kekasih Allah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:40 Comments : 0 Labels :



Assalamualaikum..kali ni saya nak ucapakan Selamat Menyambut Hari Lahir Kekasih Allah!! ataupun lebih dikenali dalam Bahasa Arab sebagai Maulidur Rasul atau Maulud Nabi. Kalau kita sayangkan seseorang, kita mesti selalu teringat kat dia kan. Macam tu la jugak kalau kita sayangkan Nabi Muhammad s.a.w. Kita mesti kena selalu mengingati dirinya dan kalau teringatkan dirinya, kita mesti lah berselawat tanda cinta kita kepadanya sebagai seorang Nabi kita. Kemudian, kalau betul kita ni cinta dan sayang kepada Nabi, apa buktinya..kita juga mesti kena tau latar belakang Nabi, sejarah hidupnya, pengorbanannya dalam menyebarkan Islam. Bukan hanya sekadar mengucapkan kata-kata Salam Maulidur Rasul. Bak kata orang " Tak kenal, maka tak cinta..

Cara yang paling mudah untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada baginda ialah dengan cara berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarga baginda dengan lafaz

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم

Ada hadith mengatakan mafhumnya bahawa :

"Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat ke atasku, akan di tulis oleh Allah s.w.t 10 kebaikan dan akan di padam 10 kejahatan dan ditingkatkan darjatnya 10 darjat serta dikembalikan keatasnya seumpama dengannya"

( Riwayat Ahmad, Nasa'i, Ibnu Hibban, dan Tabarani )

Tanpa kita sedari, betapa besarnya pahala dan kelebihan selawat ke atas Nabi s.a.w. Mudah-mudahan apabila kita sering berselawat ke ats baginda, di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat agung daripada baginda s.a.w. Amin~

Begitu besar dan dalamnya cinta Nabi kepada kita sebagai umatnya..sedarkah kita?? Nabi amat sayang kepada kita sehingga baginda sanggup berkorban segala-galanya dan sehingga nyawa ingin di angkat oleh Allah pun Nabi masih menyebut "Ummati, Ummati, Ummati" yang bermaksud Umatku, Umatku, Umatku. Betapa risau nya Nabi untuk meninggalkan kita sebagai umatnya. Namun, kita pada hari ini..betapa besar kah pengorbanan yang kita telah berikan untuk agama? Berapa banyak kah sunnah Nabi yang telah kita amalkan untuk menunjukkan kecintaan kita kepadanya? Tepuk dada, tanyalah iman~

Jika kita benar-benar sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..maka perbanyakkanlah berselawat ke atas baginda dan ahli keluarga baginda!!

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Saturday 5 January 2013

| 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:10 Comments : 0 Labels :



Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, sama-samalah kita menyebarkan dakwah islam walaupun sepatah kata-kata.

Syukran Jazilan for reading.

| Rahsia Rasulullah Kawal Emosi |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:03 Comments : 0 Labels :



Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita melakukan pergerakan fizikal bagi mengawal emosi marah adalah bertujuan melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak...

“Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”

Itulah hikmah ketika marah berdiri perlu duduk, ketika duduk perlu berbaring. Dan air wudhu' pula mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya...

 Emosi marah juga terhapus dengan istighfar yang berterusan..

Syukran Jazilan for reading.

| Kisah Isteri Memandikan Jenazah Suaminya |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:00 Comments : 0 Labels :



Pada Suatu Hari....

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
Syukran Jazilan for reading.

| Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:04 Comments : 0 Labels :



Awak inginkan tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja awak berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan Surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.



Prihatin sesama kita. 
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

Jujur, amanah
.
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

Tepati waktu.
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa A+ dalam SPM yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya. Belajar kerana Allah, bukan kerana Peperiksaan!
p/s: Mohon maaf atas segala kesilpan yang berlaku. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Mohon seribu kemaafan kepada semua.

Syukran Jazilan for reading.