Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Sunday 3 February 2013

| Indah Kenangan Ada Pahitnya |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 20:11 Comments : 0 Labels :



"What hurts the most is that the memories I used to hold so close to me are now the memories I wish I could forget FOREVER... "
Mengapa cipta kenangan jika suatu hari nanti kamu pasti pergi.. Mengapa kenangan indah itu akhirnya bertukar kenangan yang patut saya sematkan dalam hati selamanya. Atau mungkin biar ia pupus selamanya. seindah-indah kenangan itu, akhirnya pasti pahit jua. kerna ianya menjadi bayangan.. Bayangan rindu mungkin?

"Times Will Never Change The Things U Told Me"
Benar.. Biar masa berganti masa. Kata-kata itu tidak akan berubah. Tapi manusia berubah. hati jua berubah. dan aku perlu tetapkan semula hati ini. Agar ianya menjadi kosong. Dan saya juga merubah hati saya. lihat? mudahkan kata-kata untuk merubah.. mampukah? *itu soalnya*

Saya insan yang gemar tersenyum.. kata orang, senyum itu memberi seribu makna. jangan kerna lihat saya tersenyum bermaksud saya bahagia. Hatiku berbunga-bunga. hati yang gundah tak siapa yang mengetahuinya. lihat ke mata.. dan kamu akan mengertinya.



Mudahkan kita menipu hati sendiri.. Mencarik dan lukakan hati sendiri. sekadar untuk tampil lebih tabah dimata mereka. Kerna hidup ini umpama gelanggang pengadilan. Itu ini hendak diadili. Soal hati kita siapa yang tahu?

*Terlalu banyak bermadah. ini diri aku.. Madah diungkap sekadar melegakan hati. kerna tiada siapa yang mampu menjaga hati. malah aku sendiri mengambil risiko untuk menyakiti hati. kasihan kau hati. :)

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

| Nasihat Seorang Teman |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 17:35 Comments : 0 Labels :


Salam. Bismillah..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..



“Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku..”

“Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan” – Imam Syafie

Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita..

Walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah. setiap ujian itu mgharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar digambarkan dengan mata. Fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya. Bersemangatlah..


Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua. InsyaAllah.. Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku.Redhakanlah kami. Amin ya Rabb. Tabahkan hatiku.. :)

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.