Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 26 March 2013

| Kehebatan Berdoa |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 22:07 Comments : 0 Labels :



Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............


Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....



(Sumber: Hadis Kudsi).
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan............
..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Saturday 23 March 2013

| BerikaKu Kekuatan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:15 Comments : 0 Labels :



Masih jauh lagi perlu saya lalui.. byk sungguh ujian yang mampir.. adakala rasa lelah utk hadapi tapi saya yakin semuanya kehendakMU.. cara kasih sayangMU kepadaku agar jadi insan yang sempurna.. tapi di sebalik semua itu Ya Tuhan.. Kau hadirkan kekuatan dalam diri hamba yang KAU pilih ini.. KAU tetapkan hati ku.. kau hadirkan hati yang mampu menerima segala rasa yang kau hadirkan..
rasa takut…
rasa sedih…
rasa gembira…
rasa teruja…
rasa terharu…
rasa benci..
rasa sakit..
dan macam2 rasa yang kau titipkan ke dalam hati ini..
Agar rasa itu mampu utk menambahkan rasa sayangku terhadapMU..
Ujian IMAN MU mmg adakalanya rasa tidak mampu utk ku hadapi..
Tapi saya tetap dan cuba utk REDHA atas semuanya kerana saya tau KAU hanya menurunkan segala rasa itu atas kemampuan diriku sendiri

Ya Tuhan..
Berilah aku peluang utk terus berbakti ke jalanMU…
Amin….

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

| Kini |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:11 Comments : 0 Labels :



Saya belajar sesuatu dari setiap perkara yang berlaku pada aku setiap hari…
Terima kasih kepadaNYA kerana tidak jemu utk terus mengajar saya…
Walaupun ada kala saya suka mengikut kata hati…
Tapi bila dilihat dari sudut yang lain…
Ya.. aku sedang di ajar bukan di uji…
Syukur Alhamdulillah… ^_^

Saya harus terus belajar untuk terus fokus setiap hari dalam semua hal…
Dan saya tidak perlu risau akan ketentuan masa akan datang..
Hanya laluinya sahaja…
Kerana hanya hari ini menjadi hak saya.. bukan esok hari yang menjadi hakNYA..
Kerana apa pun yang akan terjadi pada masa depan,
Satu minit dari saat ini, satu jam dan satu hari berikutnya,
Dan satu tahun kedepan adalah semua efek dari apa yang saya lakukan dan tidak saya lakukan saat ini….

Hidup ini adalah satu pilihan..
Terlalu banyak jalan yang terhampar di depan kita…
Terlalu banyak kesempatan untuk kita melakukan atau tidak melakukan..
Terpulanglah kepada kita bagaimana kita ingin jalaninya..
Sama ada kita hendak meneruskan atau mengabaikan..
Sama ada kita mahu terus menunggu atau membiarkan dan mundur…
Dan segala sesuatunya akan berakhir walau pada awalnya berbeza…
Bahkan akhirnya mungkin juga berbeza walau ada yang telah menjadi ketetapan di langit..

Orang yang paling bahagia adalah orang yang sentiasa mensyukuri apa yang dimiliki..
Bukan yang dimiliki oleh orang lain..
Dan bukan yang kita ciptakan dalam mimpi-mimpi dan angan-angan yang bisa buat kita kalut dan risau…
Sehingga mengganggu diri sendiri dan kehidupan orang lain…
Bahagia untuk memilih bukan hanya menunggu dan mengharapkan bulan jatuh ke riba…
Bahagia untuk menerima bukan hanya mengeluh dan menangisi keadaan…
Hiduplah bersederhana…
Tetapkan hati..

*Moga pengajaran yang saya perolehi setiap saat dan waktu saya simpan sebagai pengajaran utk saat-saat yang mendatang...

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

| Padamu Ku Berserah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:22 Comments : 0 Labels :



✿ PADA-MU KU BERSERAH ✿

Jika kau merasa kecewa,
pandangkah ke sungai..
airnya tetap mengalir,
biarpun beribu batu menghalang..

Jika kau merasa sedih,
dongakkan kepalamu ke atas dan pandanglah langit..
kau akan sedar,
bahawa Allah S.W.T sentiasa bersamamu tidak kira dimana dan bila masanya..

Jangan hanya teringatkan Allah apabila sedih dan kecewa..
Didiklah diri kita untuk sentiasa mengingati Allah..
masa susah atau senang, suka atau duka, gembira atau sedih..
kecewa atau senang hati..

Utamakan Allah S.W.T kerana Dialah yang mencipta kita dan
hanya Dialah yang benar-benar mengenali diri kita dan memahami diri kita...

_______________________________________________________________

Wahai hati bagaimana keadaanmu saat ini.
Sudahkah memaafkan dia yang menyakitimu,
mendzalimi dan menggoreskan luka didalamnya.
Sudahkah mendoakan kebaikan untuk dia yang membuatmu menangis.
Sungguh tak ada kebaikan pada hati yang mendendam.
Hati bukan tempat untuk nafsu dan syaitan bersemayam,
yang akan membuat diri terhijab dariNYA...

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Thursday 21 March 2013

| Semalam , Hari Ini Dan Esok |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:26 Comments : 0 Labels :



Hari ini akan berjalan tanpa henti. Membina kenangan, mencantum pengalaman, maka lahirlah kuntuman kehidupan. Bukan senang untuk mengisi hari dengan sebaik mungkin. Kadang kala terkial, tersilap langkah, tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Kita kan manusia, tak semestinya sempurna. Ada silap dan salah yang perlu diperbetulkan, yang perlu diambil iktibar dan pengajaran. Sebab itulah Tuhan kurniakan kesalahan, supaya kita belajar daripadanya.

Mungkin hari ini tak sebaik hari semalam. Mungkin juga hari ini lebih baik dari semalam. Semua itu adalah ketetapan yang kita sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan sahajalah yang menentukan perancangan itu. Bahkan, perancangan DIA lah sebaik-baik perancangan.

Esok masih lagi dalam kelam. Dalam gelap. Tiada siapa yang tahu tentang hari esok. Entahkan baik, entahkan buruk. Berdoa untuk hari esok lebih bermakna, lebih baik, dan lebih sempurna daripada hari ini. Memohon, agar perjalanan hari esok, dipermudahkan, walaupun tidak sempurna yang diharapkan.Rasa gementar untuk hari esok kerana esok adelah hari final untuk pertandingan piano,,arhhh,,gementar, Doakan saya ye semua,,Hrap hari esok akan baik2 saja.

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Thursday 7 March 2013

| Moga Allah Meredhai |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:52 Comments : 0 Labels :




Ingatlah wahai hamba Allah.

Walaupun kamu megah berjaya.
Keberjayaan kamu itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Walaupun kamu disanjung penduduk dunia,
Sanjungan itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Redha Allah.
Itu yang utama.

Ingat.
Itulah tujuan insan.
Tiada yang lain.

Andai lain menjadi tujuan.
Takutlah akan Allah.
Bimbanglah akan pengadilan-Nya.

Dengan niat yang tersasar.
Bagaimana kamu mahu bertemu dengan-Nya kelak?
Kamu yakin akan mampu menjawab dihadapan-Nya?
Atau kamu rasa akan menjadi kelu sekelunya.

Kekuatanmu itu usah dibazirkan untuk manusia.
Tidak akan pernah sama keredhaan manusia dan keredhaan Allah.
Tidak akan pernah sama!
Sama sekali tidak akan sama!

Bunga kebahagian itu
Akan tetap mekar
Akan tetap segar
Akan tetap mewangi
Bila redha Allah mengiringi.

Hati - hati jaga hatimu.
Luruskan niat.
Siap siaga.

Kerahkanlah tenagamu jua fikiranmu
Menuju redha-Nya!

"Para pahlawan mukmin sejati tidak akan membuang energi mereka untuk memikirkan seperti apa ia akan ditempatkan dalam sejarah manusia. Yang mereka pikirkan adalah bagaimana mereka meraih posisi paling terhormat di sisi Allah swt. Itulah sejarah yang sebenarnya. Ridha Allah dan tempat yang terhormat di sisi-Nya. Itulah cita-cita sejati para pahlawan mukmin. Itulah ambisi yang sebenarnya, ambisi yang disyariatkan"
- Anis Matta (Presiden PKS)-



Ya Allah, moga kamu terima amal soleh kami, luruskanlah niat kami, bantulah kami daripada tertarik dengan godaan dunia yang menipu..

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Sunday 3 March 2013

| Orang Cakap |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:27 Comments : 0 Labels :

Orang cakap..
.Kenapa la poyo sangat nak tunjuk baik.
. Kenapa la nak ajak-ajak orang buat kebaikan.
. Aik? Dah taubat ke?
. Wah, buat amal jariah ke? Macam tak lama je lagi ni. (cakap jela mati hak alah)
. Fuyo pergi solat masjid dah skang.
. Peh back up lecturer. Dah tak join kutuk sekaki.
. Kamon la, kita remaja kot. Kena enjoy habis-habisan.
. Cey dah study je skang ni mana nak lepak-lepak dah.
. Takpayah la nak tunjuk alim dekat sini. Pergi masuk masjid sana.
. Nak berdakwah pun diri sendiri belum tentu baik. Piiirah!
. Eh jaga tepi kain sendiri la!
. Kubur masing-masing kot. Dosa pun masing-masing! Jangan busy body la.
. Mak ayah aku tak bising k0 nak bising pehal?
. Kau siapa nak nasihat aku? Dah bagus sangat?


Yang bercakap tu satu agama dengan kita ke bukan? Muhasabah diri, kalau diri sendiri tu asik nak mengata/memaki je baik back off daripada tambah dosa. Cuci dosa, minta ampun pada Allah kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, dan minta maaf dekat ibubapa/guru-guru/rakan-rakan/orang sekeliling kita.

Dan cuba postitif serta matang sikit. Umur dah belas-belasan dan dah ada gak yg puluhan. Takkan selama hidup ni nak enjoy je, memang tak a. Haish remaja-remaja, berubahlah. Kita yg bangkitkan agama nanti tahu tak. Kalau bukan kita siapa lagi? Ibu bapa kita? Orang-orang yg lagi tua drpd kita? Habis kalau dorang dah takde nanti sape nak ganti dorang? Ye tepat sekali bebeh sekalian, kita la sape lagi en en en.



Ayuh rakan dan taulan (wakaka takleh blah rasa nak tonyoh muka kat bantal) kita mula berubah dengan:-

1) Menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui menjaga solat. Memasing dah handsome dan cantik dan tomei takkan la hadap Allah pun takmau. Aipp hang biaq betoi, hang jangan buat gila (ceh). Ala 10 minit je pun pastu yang bestnya lepas solat boleh doa! Minta je pape kat Allah. Minta la masuk syurga! :D bestnya. Minta dengan tulus biaq sampai nangis, biaq sampai hiba. Biaq sampai menyesal. Allahuakhbar, romantik gile masa nangis tu. Rasa macam Allah ada bebetul depan kita dan kita lepaskan segala beban dekat Dia. Masha Allah, dekat sungguh Allah dengan kita, malah lebih dekat drpd urat leher kita sendiri! Power kan!

2) Menjaga hubungan dengan ibu/bapa. Kalau dulu selalu jap jap jap jap masa mak suh gi kedai lepas ni takpayah jap dah. Kalau dulu selalu tinggi suara, sekarang toksah bersuara hahaha. Takdelah, rendahkan suara. Dia mak kita kot, dia yg lahirkan kita kot. Hormat la sikit. Syurga di bawah tapak kaki ibu (bagi lelaki). Bagi perempuan? Malas a cakap. Korang ni kalau cakap pasal suami ha mula ah. Pastu belajar la hargai ibu dan bapa kita. Oh btw, hari Ahad haritu kitorang kat kolej ada program apa benda tah for uitm tau. Pastu ada satu part ni fasilitator ( suruh semua keluarkan satu kertas, pastu tulis wasiat untuk ibubapa. Wei, kita yg tulis wasiat ok. Masa tu kita dah kat hujung nyawa dah, dah nak K.O dah pastu kena tulis apa benda yg kita nak sampaikan dekat parents kita. Aku takleh betul la kalau dorang sentuh bab parents ni, aku mcm tersentuh sangat. Tulis 2 perkataan, pap air mata jatuh. Murah gile air mata aku. Tulis satu perenggan ha amek k0 basah kot kertas hahaha. Tacing tak tacing gak la masa tu. Yela dah lah suh bayangkan yg kita dah nak mati dah. Kalau dah nak mati.. Allah, matikan hambaMu ini dalam keadaan yg beriman :') in sya Allah.

3) Menjaga hubungan dengan guru. Paham-paham la ek sebab kebanyakan viewersz blog ni adalah hadek-hadek yg masih tomei dan bersekolah. Ceh yeke, aku teka jela. Sowi a kalau salah sobs.

4) Menjaga hubungan dengan rakan-rakan/ orang yg hidup di persekitaran kita.

In sya Allah segalanya akan berjalan dengan lancar, in sya Allah. Ujian tu biasa lah kan, jangan give up pulak! :D ingat apa ganjarannya nanti. Ingat yg janji Allah SWT itu pasti!

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

| "We are what we wear." |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:20 Comments : 0 Labels :


Saya suka tengok orang. Tapi tak lah sampai tetiba datang depan muka dia pastu teliti atas-bawah-atas-bawah. Memang setepek kena lepuk dengan terompah.

sayasuka fesyen yang cantik yang kemas yang macam aaaa cantiknya comelnya tapi sayang, fesyen tu tidak berlandaskan hukum hakam Allah SWT. Saya suka (jujur) leggings/jeggings yang ada corak yg cantik-cantik. Saya suka sebab cantik, hello guys am a gurl ok suka benda cantik tu dah memang nafsu saya kahkah..

Tapi.

Kita pakai benda macam tu yg boleh menampakkan tubuh badan kita yg cantik/tubuh badan kita yg hawt/kaki kita yg 'omg jelesnya'/kaki kita yg tomei hanya untuk mengujakan manusia ke? Cuma nak bagi orang lain cemburu? Dengki hati? Untuk apa? Untuk jadikan kamu sebagai tontonan umum yg kamu punyai bentuk badan yg menarik? Yg orang lain takde? Yg cuma kamu je ada? Kamu nak bagitahu yg kamu bertuah? Untuk apa? Supaya dikagumi? Supaya manusia lain cinta pada kamu? Supaya manusia lain memuja-muja kamu? Supaya manusia lain berasa iri dengan kamu? Ketuk hati kamu, tanya balik hati. Hati oh hati kenapa ya buat macam ni? Kenapa ya saya pilih jalan begini? Kenapa ya kenapa? Adakah Allah SWT redha dengan apa yg saya lakukan ini? Adakah Allah SWT redha dengan pakaian saya ini? Adakah pakaian saya ini pakaian yg dituntut dalam Islam? Apakah pakaian ini cerminan buat agamaku sendiri?

Dan ingat, siapa yg mencipta kamu? Yg mencipta saya? Yg mencipta kita? Siapa yg perlu menurut perintah? Yg di atas atau yg di bawah? Dia siapa kita untuk membantah?



Jalannya satu, muhasabah dan berubah dan minta pengampunan Allah dan istiqamah.

Memang perempuan sangat sukakan benda yg cantik tapi berpada-pada lah. Kalau suka pun beli la then pakai kat rumah, bukan susah pun. Apa? Beli mahal-mahal then pakai kat rumah? Ha kalau camtu takyah la pakai. Daripada beli baju yg kurang kainnya apa kata beli pakaian yg cukup kainnya, yg tutup auratnya. Ha kan tantek! Cey cey vn_n

Seriously rasa selamat dan rasa Ya Allah terima kasih kerana lindungi hambaMu ini. Tak rugi pun, orang nak maki? Pedulikan lah, nama pun orang dan selamanya pasti orang takkan berubah menjadi tuhan. Allah uji kerana Allah sayang cinta dan kasih kepada kita. Orang maki kita? Itu ujian, tandanya Allah sa? Sa-yang. Bagus sayang-sayangku.

Rimas tak dengan lelaki yg usha kita atas bawah? Rasa nak cocok mata diorang tak? Takpayah la cocok, kita ubah diri kita. Jangan jamu mereka dengan aurat kita. Aurat itu maruah kita kan muslimah sekalian? :D



“As a woman, Islam tells me, I’m not here on display and my body is not for public consumption. I’m not to allow anyone to reduce me to an object. I am a soul, a mind, a servant of GOD. I don’t worship beauty standards, and don’t submit to fashion sense. My submission is to something higher. My worth is defined by the beauty of my soul, my heart, my moral character, and so when you look at me, that character is all you should see, NOT my body. With my veil I put my faith on display, rather than my beauty, because my value as a human being is defined by my relationship with god, and so I cover the irrelevant, and when you look at me, you view me only as what I am, a servant of the Creator.”
-Yasmin Mogahed.

Allah SWT juga ada berkata dalam surah AN-NUR; 31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Supaya kamu berjaya. Berjaya di mana? Di dunia dan akhirat.

Jika ada yg terkesan di hati Alhamdulilah tandanya Allah masih sayang pada kita :D

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.


Saturday 2 March 2013

| Sampai Bila? |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:57 Comments : 0 Labels :
Dengan nama Allah penguasa langit dan bumi, yg Maha Mengetahui segala sesuatu, yg Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.


Kebanyakkan orang tak minat bila saudara/saudari dia memperingatkan kepadanya tentang kematian. Yelah usia baru berapa belas, belum patpuloh lagi so kena la enjoy dulu ek? Ek lah sangat. Enjoy lah sangat. Bila cakap pasal mati, mula lah menggelabah. Mula la cakap..

"k0 kal0 nak mekak pasal mati, bek k0 gi masjid tu. Hid0p aq, lyfe aq s0 jgn nk ms0k camp0 ek. Kubur masing2x k0t!!! k0 id0p pun lum tentu ms0k syurge br0."

Habistu taknak kejar syurga ke? Nak redha je jadi jahat, gitu? Allah SWT berkata:-

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Alasan 'hidayah belum sampai, hati belum terbukak' dan sebagainya aku anggap alasan tu alasan kuno. Saya anggap alasan tu alasan orang pemalas, alasan orang yg tidak berani/mahu terima kenyataan.

Tidak cukup ke dengan apa yg Allah SWT telah bagi pada kita? Allah bagi kita kehidupan yang baik, Allah bagi kita rezeki yg cukup, Allah bagi kita rupa paras yg elok, Allah bagi kita nikmat lahir sebagai Islam! Allahuakhbar, SubhanAllah, MashaAllah. Tak rasa beruntung ke lahir sebagai seorang yg beragama Islam? Seorang yg beragama benar, seorang yg beragama suci? Tak rasa beruntung ke? Allah beri semua tu tanpa tarik apa-apa nikmat even kita tidak patuh padanya? Tak rasa malu ke? Kita pinjam semuanya daripada Allah. SEMUANYA. Dan kita pulak tak patuh padaNya. Takde rasa malu even seciput??

Ok camni, saya pinjam korang punya buku tapi dengan syarat kalau saya pinjam, saya kena siapkan homework korang. Masa pinjam tu saya dah janji tapi bila dah dapat pinjam saya tak buat. Korang marah tak? Allah bagi kita pinjam segalanya tapi kita tak laksanakan perintahNya, korang rasa Allah murka tak? Korang rasa hidup ni diredhai tak?

Kuliah maghrib Selasa lepas, ustaz ada cerita pasal keadaan kita semua dalam alam rahim (ketika kita dalam kandung and yep jangan nak bajet cakap oh ye aku ingat apa benda yg aku ckp masa dlm perut mak aku. Tayah nak membongak). Ketika kita di alam rahim, Allah tanya kita. Berapa lama kita nak hidup. Berapa banyak rezeki kita nak dan sebagainya. Dan, ketika di alam rahim jugaklah kita telah berjanji dengan Allah yg kita akan taat dan patuh pada perintahNya. Maha Kuasa Allah, Dia tak bagi kita ingat satu pun perbicaraan kita dalam alam rahim iaitu alam yg paling selamat. SubhanAllah.

So, kesimpulannya kita telah pun berjanji dengan Allah. Kita ukur diri kita balik, saya dah tunaikan janji saya dekat Allah ke belum ek? Allah suruh saya buat macam ni, saya buat ke tak ek? Allah suruh saya solat, saya solat tak? Allah suruh saya tutup aurat, saya tutup tak? Ingat, diri ini cuma pinjaman. Satu masa nanti nyawa akan dicabut dan bila nak pulangkan balik diri ni dekat Allah, kita mestilah pulangkan dalam keadaan yg baik. Bukan dalam keadaan yg rosak, yg busuk. Cintanya Allah pada kita bila Dia hantar orang-orang yg sentiasa mengingatkan kita. Saling ingat-mengingati, saling sayang-menyayangi.

Kita bukan nak masuk syurga sorang-sorang kan? :-)



Bila kita sayang seseorang kita sanggup buat apa-apa untuk si dia kan? Bila kita sayang Allah, kita sanggup buat apa-apa pun untuk Allah. Jadi, sayang Allah tak? Jadilah hambaNya yg taat dan patuh. Semoga Allah pimpin hati kita dan sama-sama kita menuju syurganya, amin ya rabbal alamin.
                                                             May Allah grant us Jannah.

                                                  ..Sekian...Syukran Jazilan for reading.