Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Thursday 25 April 2013

| Takbur vs Tawadhu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:19 Comments : 0 Labels :



Perjalanan hidup kita sebagai manusia di atas bumi ini sudah ditentukan oleh Allah. Bagaimana rezekinya, ajalnya dan sebagainya adalah ketetapan daripada Allah. begitu juga dengan segala yang kita miliki merupakan nikmat dan kurniaan dari Allah. Sama ada Allah memberinya dalam bentuk nikmat ataupun istidraj, ia tetap milik Allah Subhanahuwata'ala. Maka sebagai hambaNya yang kerdil lagi hina, sifat merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri kita agar dapat mengelakkan kita drpd merasa riak dan takbur.

Rasulullah adalah contoh terbaik yang mempunyai sifat rendah diri. Sepertimana yg kita tahu, baginda merupakan insan yang paling agung dan mulia, tetapi sifat merendah diri tidak pernah hilang dan luntur dari dirinya. Sabda baginda :

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Begitulah rendah dirinya seorang insan mulia seperti Rasulullah. Tetapi, ada di antara kita apabila diberikan sedikit kekayaan, kita sudah mula mempamerkan sifat riak, takbur dan sombong. Walaupun sifat takbur ini secara fizikalnya tidak menyakitkan atau memberi kesan kepada orang lain, tetapi secara zahirnya kata-kata yang terluah daripada mulut mereka ini mampu menyinggung perasaan saudaranya yang lain.

ALLAH membenci manusia yang mempunyai sifat sombong ini. Di dunia ini akan di sisih ALLAH, apatah lagi di akhirat kelak bersesuaian dengan firmanNYA yang bermaksud :

"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-A'raf: 146)

"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mu'min: 60)

Dan ini diperkukuhkan lagi dengan dua buah hadis yang berbunyi :

(1) "Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."
(2)"Tidak akan masuk syurga seseorang yang bakhil dan berbuat sewenang-wenang (kerana kesombongannya)."

Elakkanlah diri kita daripada mempunyai perasaan takbur ini kerana dengan mempunyai perasaan takbur dan riak dalam diri, bimbang jika ALLAH menutup pintu hati kita daripada menerima hidayahNYA sepertimana firmanNYA yang berbunyi :

"Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35)

Sedangkan Rasulullah yang mulia itu pun memilih untuk bersifat rendah diri dan tawadhu', mengapa kita manusia biasa ini mampu untuk bersikap sombong dan takbur? Tidakkah kita malu pada ALLAH dan RasulNYA? Ingatlah, kita hanya manusia yang kerdil. Segala yang kita miliki sekarang, semuanya pinjaman daripada ALLAH jua. DIAlah yang layak memiliki sifat sombong kerana DIAlah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi bahkan seluruh cakerawala ini.

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Dan kita sebagai manusia, harus menanamkan diri kita dengan sifat rendah diri dan tawadhu' kerana dengan sifat inilah mampu mengangkat darjat manusia di sisi ALLAH Subhanahu wa ta'ala.

"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."(Hadis Nabi Salallahu'AlaihiWasallam)

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:17 Comments : 0 Labels :



Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

 Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Awas, Bahaya Radiasi Telefon Bimbit |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:14 Comments : 0 Labels :



Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Video kajian bahayanya gelombang telefon bimbit melalui ujikaji keatas telur.

Soalan-soalan Lazim:

Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Cerita Kaabah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:04 Comments : 0 Labels :



Seorang Tuan Guru telah menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As-Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Monday 8 April 2013

| Usia Bertambah,Adakah Amalan Bertambah? |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 03:45 Comments : 0 Labels :


Alhamdulilah Allah masih hidupkn diri hari ni:)...umur kita setiap tahun akan bertambah angka..tapi adakah amalan kita juga bertambah:"(..Nauzubillah..
Setiap tahun time birthday korang mesti korang happy kan:)... korang tau tak sebenarnya kita ada dua tarikh lahir..satu kalendar hijrah and satu lagi dalam kalendar masihi..Dalam kalendar hijrah saya lahir 8 Ramadan 1414...Nak tau tak kenapa Rasulullah selalu puasa hari isnin?..sebab nya..nabi lahir hari isnin..so,lepas ni kalau time birthday kita ikut kalendar islam or masihi..jom kita ikut cara nabi..berpuasa sunat agar umur kita diberkati Allah:)


Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke hari akhirat. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.





Sahabat yang dimuliakan,
Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah ibu ayah ,rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan 'amal salih yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)



Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi s.a.w menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.

Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah s.w.t. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.

Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.



Sahabat dirahmati Allah,
Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Saturday 6 April 2013

| Sakit Penghapus Dosa |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:11 Comments : 0 Labels :

Kalau sakit kita pergi mana..ngadu kat sape?Mesti ngadu kat mak kan..takpun gi hospital..jumpa doktor

cakap dgn doktor.." saya sakitl"...La.. baru sakit sikit da mengada-ngada(cakap kat diri sendiri)..hehe..

Xpela..Allah nak uji..da nak balik kolej demam..xpela...say Alhamdulilah..sebab Allah bagi kita sakit ni

ada hikmahnya..so,jgn mengeluh..tapi bersyukurlah..Allah bagi kita sakit sebab nak hapuskan dosa kita..

macam dalam hadis ni nabi ada bersabda "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit &

sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti

pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..Ada lagi

hikmah Allah nak bagi kat kita..Allah nak ingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat

yang Allah bagi kat kita..mungkin kita lupa...Allah bagi kita sihat tubuh badan..


Kita Boleh Belajar


Boleh Makan Sedap-Sedap

Tapi bila kita sakit...nak belajar..rasa cam berat sangat kepala..macam ada batu..nak makan pun tak
selera..rasa cam pahit je semua makanan...Nape Allah bagi ujian tu?Hikmah nya...
supaya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..maybe kita lupa..nak ucap Alhamdulilah bila
dapat nikmat..kita makan pun kadang-kadang terlupa baca doa..ish2..bila kita bangun tidur pun
kadang-kadang lupa nak baca doa and lupa say Alhamdulilah sebab dok sibuk fikir nak wat pe pagi tu,
sibuk fikir pakwe or makwe da bangun belum..ish2..tak boleh camtu..sepatutnya setiap hari banyakkan
ucap Alhamdulilah..Allah bagi kita oksigen setiap hari,bagi kita kejayaan..tu semua nikmat Allah bagi
kat kita..Ni Allah baru bagi sikit ujian da lemah...Allah nak uji kita boleh sabar ke tak..baru kena uji sikit..
demam je..mangsa peperangan kat Gaza,Palestin tu..kena bom..kena tembak..lagi sakit..sedih kan..
kesian diorang...kecik2 lagi da kena tembak..kita demam sikit da ngada2(terasa kat diri sendiri)...ish2..



So,ape kita kena buat bila tengok keadaan mereka..Kita perlu tengok dan cakap kesian je....cepat
bertindak!!!...sebab mereka saudara seislam kita..seperti
hadis nabi.."Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi
dirinya sendiri(Riwayat Al-Bukhari &Muslim)

Kadang-kadang kalau kita sakit..mesti kita tak selera nak makan...betul tak?Sepatutnya kita bersyukurlah
Allah still bagi kita rezeki..sedangkan mangsa2 kelaparan di Somalia tu..nak dapat makanan pun susah..
kesian kat diorang..



Jangan lupe doakan diorang tau..and makan tu jgn membazir..jgn buang2..kesian kat diorang
kelaparan..kita ada makanan tapi selalu membazir..bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi kat kita
Kalau kita sakit..jangan mengeluh tapi bersyukur..sebab Allah nak bagi kita lagi sihat..kalau kita sihat je..
mesti kita dah tak jaga kesihatan kita..bila sakit barulah..beriya-iya jaga kesihatan.lagipun,.dari sudut
biologi,bila kita sakit.ada.virus yang attack body kita..so, body kita akan hasilkan antibodies utk lawan
virus tu...body kita akan hasilkan lagi tinggi antibodies and boleh elakkan kita diserang virus lagi nant
Eh,faham tak pe saya cakap ni.hehe..
so,jgn risau..kita sakit maknenya kita makin sihat
Allah memang Maha Penyayang..Allah nak bagi kita lagi sihat..sbab tu bagi kita sakit..Alhamdulilah..
so,kalau sakit jangan sedih2..tapi kita kena bersyukur dan happy..Allah sayang kita sebab tu
Allah uji kita...So,lepas ni kalau sakit jgn mengeluh tau..doa banyak2 supaya cepat sembuh..kalau sakit

baca doa ni.
.1. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahwa beliau berkata kepada Tsabit Al-Bunani: “Maukah engkau aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?” Tsabit menjawab: “Ya”. Maka Anas membaca


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari)
Kalau kita melawat orang yang sakit..kita ucapkan lah..syafaakillah(perempuan yg sakit)..syafaakallah

(lelaki yg sakit)..maksudnya..".moga Allah menyembuhkan kamu"..kita doakanlah orang yang sakit tu..



Eh,demam2 pun boleh tulis blog..hehe..ummi saya pesan..kalau sakit jangan manjakan diri..kita kena
lawan sakit tu..buat2 macam tak sakit..padahal pening je kepala ni..huhu..ujian..takpe sabar..In Sha
Allah ade hikmah & kebaikan..Allah bagi kita sakit ni sebab nak suruh kita muhasabah diri &
dekatkan lagi diri dgn Allah...saya tulis ni pun sebab nak ingatkan diri yang selalu lupa ni..Wallahualam..

..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Monday 1 April 2013

| Nota hati ku |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:50 Comments : 0 Labels :


Bila terjatuh, baru teringat mengadu pada tuhan..
bila tersungkur, mula rebah hilang pedoman..
maafkan aku ya Allah..

ujian itu tanda Dia sayangkan hambaNya..
meningkatkan iman membina jiwa..
membawa hambaNya kembali ke jalan redha..

terima kasih ya Allah..
Kau mengisi kekosongan hati ini..
tiada lagi resah dihati..
kekuatan itu terasa melindungi..
pada redhaMu segalanya berpaksi..

tapi ya Allah ikhlaskan hati ini..
beramal beribadah cuma untukMu ya Rabbi..
jangan ada rasa riak dan ujub dihati..
salah niat, amal tiada berguna lagi..

Pstt :
Aku tidak sehebat Khadijah yang amat Rasulullah sayangi,aku tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara demi meraih cintaMu, aku juga tidak sesolehah Fatimah, penghulu bidadari syurga..
juga aku tidak sekuat Sumaiyyah dan Asiah, jauh sekali seperti Hajar dan Sarah..
lalu bantulah aku Ya Allah.. teguhkan imanku.. sentiasalah bersamaku dalam mengharungi kehidupan ini.. :’(

..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Gift of Love |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:40 Comments : 0 Labels :



He is a gift from Allah

The Gift of Love

A note from The Most Merciful

- Appriciate My gift
- Cherish My gift
- Function of the gift :

i. will listen to anything you want,
( as you crying deeply to Me every night, keep asking Me question, n you prefer a direct respond, here he is ^^ ) I hope u like him.

ii. will share anything with you (according to My rules), will cherish you n encourage you in life.

iii. will always advising you to make you sure on doing good or bad things.

iv. will love you as you are. <3

v. make your heart in peace.. ^^

vi. will try his best to be there whenever you need him. (but still, I'm Always The Nearest to both of you)

vii. He can make your life like the rainbow's color, you will experience them all. Happy, Sad, Angry, Weird, you name it all ^^

Well some Disadvantage from My gift :

i. Will test you (iman)
ii. somehow he can make you forgot about Me so be careful
iii. The duration of 'borrowing' to this gift is unspecified
iv. Status : Only Me knows whats best for you ^^
v. I will take him back if you dont want him anymore.

My commision,
Dont cry anymore, n cheer up ^^ have a full of smile n enjoy your life with my gift, please handle him with care, and yeah, Dont forget about Me..

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.