Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 25 June 2013

| Tabahnya Dirimu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:12 Comments : 0 Labels :



Saya duduk diam merenung.
Dia senyum.
Dia ketawa.
Dia diam.

Di hati.
Dia menangis sendirian.

Dia cuba menceriakan keadaan. Dia cuba menyuntik semangatnya dengan senyuman. Dia cuba untuk bertahan dengan dugaan. Dia cuba menjernihkan wajah dari kesuraman. Kerana dia begitu gigih mencuba - air mata ana jadi bergenang, dada ana berasa sebak, lidah ana kelu untuk berbicara.

Betapa dia cuba untuk menjadi kuat, melonjakkan nilai ketabahan.

Persis melihat diri Saya.
Saya sebak, sungguh.

Walau diri hanya mampu terduduk diam di sisi,
Diri ini merasai sendu mu di hati,
moga kekuatan dari Ilahi,
akan mencukupi.

Iya, makin lama saya merenung wajah-wajah tabah ini,
makin sebak tak terkata,
lalu saya diam saja.

Doa mengiringi sentiasa,
moga Allah pelihara,
semuanya.

Saya mengasihimu, saudara seagamaku.
Teguhkan hati dan imanmu :')

Selagi mana Saya mampu, tangan ini akan sentiasa ada untuk memegang erat tanganmu di saat dirimu hampir tersadung, mengusap lembut deraian air mata yang gugur, mendakap erat jiwa yang memerlukan sisa kekuatan, menepuk bahumu di kala terluka... Bahu ini masih sedia untuk dipinjamkan... Telinga ini masih setia mendengar setiap keluh kesah.. Bibir ini sedayanya cuba menenangkan resah dengan bicara nasihat yang selayaknya... Hati ini masih luas terbuka untuk mengisi ruang bagi insan tersayang berkongsi rasa hiba mahupun bahagia.. InsyaAllah, selagi mana Allah mengizinkan :')



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Selagi Ada Allah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:04 Comments : 0 Labels :



Bingkisan tanpa suara,
Bingkisan yang hanya bermain di jiwa,
Bingkisan yang terukir senyum disebaliknya,
Senyum penuh tabah buat dia, kamu, mereka.

Sahabat,

Andai mencari kekuatan, tidak ku punya walau secebis pun, kerna diri ini juga meminta-minta padaNya, Ya Rahman. Andai mencari pegangan, langkah kaki ini juga kadangkala tersadung penuh alpa. Andai mencari nasihat, hati ini juga kadangkala berdusta dengan bicara, kerana jujur, yang terucap belum tentu terlaksana.

Namun bahu ini masih ada untuk disandarkan, tangan ini masih ada untuk menyambut tangan yang memerlukan, menyeka air mata yang tumpah, hati ini masih ada untuk dilapangkan, telinga ini masih ada untuk mendengar rintihan.

Ingatlah, Allah lebih lagi,
sentiasa ada buat hambaNya.

Makin ku tepuk bahu sahabat agar kuat, makin diasak penuh ujian. Makin ku genggam erat tangan sahabat agar tenang hatinya, makin diriku jua sakit melihat dirinya, tanpa mampu mengurangkan bebannya, tanpa mampu berbuat apa-apa. Makin ku tiupkan kata semangat buat sahabat, makin lekas hati terasa mahu menangis dalam diam. Namun, hikmah terunggul dariNya, Allah mengajarku erti ukhuwah keranaNya, hingga tersungkur jua dalam deraian air mata saat memohon pada Penciptaku, kerana Dia tahu apa impiku buat mereka.

Ayuh sahabat,

Tidak Allah menguji melainkan untuk merasai halawatul iman, kemanisan iman yang tiada tara, atas tiket redha dengan ketentuanNya. Sungguh, ayuh sahabat! Diri ini sedang mengajakmu... Untuk terus tabah, kerana jalan ini jalan menuju redhaNya, maka redhalah akan tiap ujian yang sering ada buat hamba yang punya iman dalam hatinya. Sabar sahahat, sabar wahai hamba, sabar wahai khalifah :')

Tidak mahu mengajakmu mengejar dunia, hanya mahu dirimu meniti jambatan dunia dengan penuh sabar, kerana di hujung sana akhirat menanti, tiada lagi persinggahan saat detik itu hadir, kerana itulah destinasi terakhir, yang pasti, yang abadi.

Ana terkenang kata-kata seorang sahabat Rasulullah, Abdullah bin Zubair, antara pejuang Islam semasa Perang Uhud, hingga mengalir air mata saat membaca bait pesannya buat para pemanah yang tinggal di puncak bukit. Katanya...

"Bertarunglah sehingga titisan darah yang terakhir,
wahai rakan-rakanku.
Kita berjumpa kembali di syurga nanti!"

Dan beliau gugur syahid. *menangis*

Mantapkan langkah :)

Selagi kita ada Allah,
kita masih punya segala.

Fi hifzillah...



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Monday 24 June 2013

| Bertemu & Berpisah KeranaMu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:58 Comments : 0 Labels :



Suatu saat nanti, suatu saat yang pasti. Tangan yang ku genggam erat terpaksa ku lepaskan. Bahu yang seringkali ku pinjamkan, terpaksa meninggalkan. Pelukan erat yang membahagiakan, terpaksa ku leraikan. Langkah yang sentiasa menemani, terpaksa ku teruskan berjalan. Senyum tangis yang acapkali mengiringi, terpaksa ku hentikan.

Namun diri ini mengetahui.

Doa masih tetap mengiringi.
Hati masih sentiasa menyayangi.
Sayang masih mekar mengharumi.
Ukhuwah masih kekal atas dasar Ilahi.

Ya, hingga suatu saat nanti,
Pasti, aku akan melangkah pergi.
Atas ketentuanNya.
Pulang ke pangkuan Ilahi.

Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui,
Ya Rabbi.

 Bertemu dan berpisah keranaMu :')

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Wednesday 12 June 2013

| Menyiram Jiwa Dengan Ketenangan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:32 Comments : 0 Labels :




Saat ini ana tak mampu berbicara.
Ana cuba mencoretkan sesuatu.
Namun tak mampu.

Lalu terjumpa surat seorang kakak.
Yang ana terima sebelum cuti bermula.
Terletak kemas di meja belajar.

Menyiram jiwa dengan ketenangan.


"Bismillah....

Tika ini Allah masih memberi kesempatan... Menghirup lagi udara segar ciptaanNya... Adikku, sayang, dalam kembara menjadi solehah ini, ada banyak jiwa yang akan kita temui. Jiwa yang ketandusan, jiwa yang kehausan, jiwa yang penuh keimanan, jiwa yang yakin dengan janji Tuhan, jiwa yang melihat kehidupan dengan mata hati yang berkesan... Dan kita?

Dalam perjalanan ini kita bermula dengan titik sifar... Tidak punya rasa dalam jiwa. Lalu bertemankan bayang sekeliling yang punya pelbagai jiwa, maka dari situlah kita mula meneguk pelbagai jenis rasa, mula menyua jiwa dengan jalan mana, ada yang memilih meneguk jiwa ketandusan, kerna kononnya tiada cahaya Tuhan yang pernah singgah dalam diari kehidupan. Maka dalam siang pun, masih terasa pekatnya malam. Ada yang memilih meneguk jiwa yang kehausan kerna disisinya punya pelbagai rencam yang melorongkan ke arah itu. Ada pula insan yang memilih jiwa yang penuh rasa keimanan, kerna mereka insan yang melihat perjalanan kehidupan bukan semata-mata berakhir dengan keduniaan. Dalam jiwa mereka, ada Tuhan.. Tuhan.. Tuhan... mereka insan yang tak takut pada celaan dan sentiasa mencuba menambah ciri kesempurnaan, agar kelak bila ditoleh dalam lipatan kenangan, nama mereka tersenarai antara yang syahid di sisi Tuhan.. ALLAHUAKBAR! Hebatnya Tuhan! Mengajar dan menghantar manusia yang pelbagai untuk kita menilai dengan mata hati, jiwa mana yang harus disebatikan dengan diri.

Adik...
Akak bersyukur, mampu tersenyum lewat ini, mampu menangis penuh rasa kehambaan.. Kerna Allah masih sudi memberi walaupun banyak kali memaling dari pandangan cinta Ilahi... Allah masih meletakkan diri dalam lingkungan jiwa yang penuh keimanan... Agar kita tak terjebak rindu, pada maksiat yang tumbuh selalu...

Untuk yang tandus jiwanya?
Tugas kita untuk beri mereka hak yang sepatutnya.

Untuk jiwa yang kehausan jiwanya?
Tugas kita untuk beri air keimanan pada mereka.

Dan...
Untuk yang penuh keimanan jiwanya?
Tugas kita untuk belajar sesuatu dari mereka.

Tambah kekuatan diri dengan melihat pergantungan yang hebat oleh mereka,
pergantungan hanya pada yang HAK! "

-Salam sayang-
-NE @ NS-

Merindui kakak itu :')
Moga Allah pelihara



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Surat cinta dari Langit |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:26 Comments : 0 Labels :

Susur jalan ini,
susuk tubuh terus mencari alasan konkrit,
Namun sukar ditemu,
kerana apa yang aku mahu,
damai jiwa bersama-Nya.

Yang menggembirakan hati dikala sunyi menyapa,
mukjizat dari langit,
alunan tanpa henti,
biarpun belum mengerti setiap butir bicara-Nya,
cukup menyenangkan,
daripada alunan melodi hujan,
alunan deruan ombak,
alunan cinta persis ini aku bahagia.

Teman,
sesibuk waktu kau miliki,
singgahlah sebentar untuk menelaah surat dari langit ini,
Kau kira, kau tidak punya waktu,
ketahuilah teman ,
waktu yang kau laburkan untuk Tuhan akan menjadi lebih bermakna.

Kuseru jiwa ini, jiwamu,
Moga Al-quran bisa menjadi penolong kita untuk ke syurga.



Saat kau buka surat cinta itu, moga bahagia hadir ke dalam kamar hatimu :)

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Saat Yang Tepat |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:24 Comments : 0 Labels :



Sungguh.
Allah makbulkan doa pada saat yang tepat.
Tak pernah terlalu cepat.
Tidak pula terlewat sesaat.

Percayalah
Apa yang berlaku saat ini
Adalah lantunan doamu suatu saat dulu

Allahu Rabbi..

Sejak kebelakangan ini, Allah tunjuk terlalu banyak perkara yang dapat ana jadikan ibrah. Allah makbulkan doa-doa yang tertunda di saat ana BENAR-BENAR memerlukannya. Sungguh tepat saat itu hingga hati ana begitu terkesan dengannya.

Ya Rabb, benarlah sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa dan rintihan hambaMu.

Syukur Alhamdulillah :')



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Pada Kesabaran Itu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:12 Comments : 0 Labels :


Dalam kita menempuh liku hidup yang bersisa-sisa ini, dugaan tidak pernah sepi. Hadir tidak mengikut musim. Namun iman dalam hati muslim itu yang bermusim. Kadang ,basah disiram tarbiyah, kukuh dengan benteng iman. Kadang, kering tandus. Mudah rapuh, tidak kukuh. Ujian itu datang mengukur iman di hati, mengukur cinta kita pada-Nya. Namun, itu buat muslim yang berfikir dengan minda dan celik hati.

Pada permulaan ujian itu, jiwa dilanda taufan dahsyat. Emosi tidak terkawal. Bertekak dengan bisikan syaitan yang tidak putus asa. Kita lupa agaknya, ujian itu datang dari Allah, maka pada Dia kita patut mengadu. Ujian itu juga datang kerana diri kita yang sudah lupa bahawa kita HAMBA. Allah dengan rasa kasihan dengan kita, yang hanyut dengan pesona dunia. Dia menarik kita kembali kedalam lembayung kasih-Nya dengan menghantarkan cinta berupa ujian.

Membina benteng kesabaran dengan bongkah kekuatan tidak mudah. Melainkan kau masih punya harapan pada-Nya, masih percaya pada-Nya, dan masih berpegang dengan iman yang tersisa. Pentingnya sabar pada permulaan. Pada pertengahan kau sudah mula kuat, pada akhirnya..kau mula bangkit dan redha.
Dua situasi insan yang dilanda ujian ; pertama, redha dan makin dekat dengan Allah. Kedua, bangkit dan makin jauh dengan Allah.

Life is test. Live well or live hell. You choose
 Kerna itu, adakalanya kita melihat seseorang yang dilanda ujian, mereka kerap berdiam diri. Kerana mereka memerlukan masa untuk mencipta kekuatan, mereka memerlukan masa untuk berkomunikasi dengan hati sendiri dan mengadu pada-Nya.



Kita perlu mendengar karenah rintihan hujan, pada waktu kita memerlukan terik matahari dan indah pelangi.
Kerana apa yang kita mahu, kita perlu mencintai apa yang ada dahulu.
dan,
Saat lamanya memendam kesabaran dengan iman, Allah tidak sia-siakan.
Pada akhir kesabaran itu, semua akan terlihat indah..

dengan izin-Nya..

Ku kira dugaan ini menjauhkanku dariMu, Namun tidak. Aku tersenyum

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| First-Second-Third-Fourth Reminder |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:03 Comments : 0 Labels :



Assalammualaikum wahai kesayangan, moga dalam rahmat Tuhan.
Moga masih rasa nikmat Islam dan Iman :')


#FirstReminder

For every single problem , they have a solution. Find it and work it.

Even the world never give a chance to make yourself better, even people keep give bad opinions to you, remember in Allah 's hand, everything in this world you're deserve to get . BUT, you have to get up and keep trying even the hukum dunia told that YOU CAN'T! This trial, have the way. You have to find it.


#SecondReminder.

Pada Allah itu ada harapan yang Maha Luas, meski realiti sukar nak digapai.

Human gives hope then leave it. Allah's hope, stay with us and you have to hike the impossibility with the great faith in Him. Keep trying hard --> pray hard --> Tawakal. Don't loses of this trial. You should give your mine a try. This time, change you're mainstream #Inikalilah. #eh! FIGHT FOR WHAT YOU WANT.
Look at the bright side. Allah will give the best , even that is not what we're really want. The key, REDHA.

#ThirdReminder

Cinta akan Allah, redha dan percaya apa yang Allah tulis di lahulmahfuz sana

Jangan merajuk dengan caturan Allah. Kita mudah merajuk dengan ketetapan Allah kerana kita masih belum lihat disebaliknya, Allah hamparkan keindahan. Bukan harta, bukan permata, tetapi syurga. Ketetapan Allah ini sudah lama Allah karang di 'sana' sebelum wujudnya sebaik-baik makhluk, yakni kita. Jodoh, maut, pertemuan,perpisahan dan rezeki ada tertulis di lauhul mahfuz sana. Redha dan percaya lah, ini semua kerana cinta Allah pada hamba. Meski kita manusia hamba yang dinoda dosa T.T


#FourthReminder

Rasa rindu itu fitrah, jangan diracunkannya dengan fitnah.

 Pada masa-masa yang akan berlalu, perasaan yang kosong akan dihinggap rindu. Ini satu anugerah. Saat rindu bertamu, tapiskannya dengan tapisan bersama iman, agar tidak lalai akan anugerahnya yang satu ini. Moga rindu yang bertamu dalam hati kalian tidak melalaikan rindu pada Tuhan dan kepada Rasul junjungan jiwa. Pada jiwa yang dibasahi rindu, basahkan lidah dengan memuja dan menganggungkan kalimah Tuhan yang Esa agar jiwa tertanam juga rindu mendalam pada Dia.
senyum.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

Saturday 8 June 2013

♥ | Cinta High Class| ♥

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:52 Comments : 0 Labels :



Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secarahigh class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high classjuga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki.
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah.

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

P/S: "Bantu ana urus fitrah. Urus fitrah dengan Zikir dan Fikir. Fitrah apa ? Fitrah hati yang mengasihi dan merindui :) -Cahaya Kesabaran-

Uhibbukum lillahi 'azza wa jalla

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..


Friday 7 June 2013

| Kerana Agamamu Aku Jatuh Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:59 Comments : 0 Labels :

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu"
(Imam Nawawi)

Rasulullah SAW bersabda :
“Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”
(HR. Bukhari Muslim)



Kerana agama, aku memilih dikau. Kerana agama, bukan rupa, bukan harta..tetapi agama.


Saya pernah terbaca, hadith tersebut bukan sahaja kita gunakan sebagai kriteria pemilihan isteri bahkan juga seorang suami. Meskipun tak dinafikan harta itu penting, paras rupa itu penting, keturunan itu penting..tetapi, syarat paling utama ialah ketaatan nya dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Jika itu menjadi dasar yang paling penting, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah seperti dimurahkan rezeki sama ada dari sudut harta mahupun anak bahkan menjadi penyejuk mata serta sedap memandang begi pasangan hidup masing-masing. Bukankah itu lebih baik?

Saya pernah menonton satu slot di tv al hijrah iaitu Madrasah Syariah tentang kriteria pemilihan pasangan hidup. Ustaz tu kata, kalau nak diikutkan statistik..mereka yang bernikah disebabkan agama..penceraian yang berlaku adalah lebih kecil berbanding mereka yang bernikah atas dasar nafsu semata-mata. Bahkan daripada penceraian tersebut pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan bukan atas dasar pasangan itu sendiri contohnya masuk campur ahli keluarga dan lain-lain.

Memang dalam Islam, penceraian itu adalah halal dan bercerai juga adalah salah satu jalan terbaik sekiranya sudah tiada persefahaman dalam hidup. Namun, ia adalah jalan terakhir. Setiap orang yang bernikah pasti ada impian untuk bersama-sama sampai bila-bila dan yang paling penting, cinta sampai ke syurga. Betul kan?

Sumai perlu menjadi imam..bukan sahaja di dalam solat, bahkan di luar solat. Imam juga bermaksud ketua, suami jadi tempat rujuk dan dia juga perlu pastikan isteri dan keluarganya tetap pada jalan Allah. Jika tiada ilmu agama, mana mungkin keluarga sakinah ini akan wujud? Isteri juga begitu, menjadi makmum. Perlu mengikut apa yang disuruh oleh suami selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Jika tiada agama, mana mungkin ia akan berlaku?

Jika lelaki seorang yang kuat, dia boleh memilih wanita yang kurang agamanya untuk dijadikan isteri. Namun, janji Allah itu pasti. Jika inginkan pasangan beriman, kita mesti jadi orang yang beriman.

Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”




Dalam kriteria pemilihan pasangan hidup, pastikan agama adalah yang paling penting malah melebihi syarat-syarat yang lain. InsyaAllah akan selamat hidup kita ♥

"Kerana agama, aku jatuh cinta"

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Aku Cuma An-Nisa' |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:52 Comments : 0 Labels :


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah..

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah..

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat..

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..

Amin Ya Rabbal A'lamin...


Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..


| Jerat Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:48 Comments : 0 Labels :



Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”

Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut. Itulah cinta monyet.

Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati? kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita? Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.

Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta. Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita. Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya? dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri. Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?

Lepaskanlah diri dari jerat cinta. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan.

Cinta tidak wajar menyekat hak – hak kita sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita. Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat.

Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita. Aneh bukan?

Kita ada ayah yang perlu diutamakan. Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah.

Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita.

Persoalannya, sampai bila kita akan begini?

Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita. Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.

 Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Sayang sahabatingat-ingatkan , Sayang muslimah lindung-lindungkan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:46 Comments : 0 Labels :


Allah suruh 'tutup'. Tak kisah la pakai apa pun. Janji rambut tertutup. Nak pakai kain selimut ke tuala mandi ke tak kisah, janji tertutup. Tapi kalau nak senang dan mudah, eloklah pakai tudung. Lebih cantik dan molek daripada guna kain selimut atas kepala. Kan? ^^

Orang yang tak pakai tudung, mereka ini murah sebenarnya. Sebab, dia bagi 'freeshow' pada lelaki ajnabi untuk melihat mahkotanya.

Orang yang pakai tudung tapi tak tutup dengan sempurna, mereka ini menfitnah agama sendiri sebenarnya. Sebab, dia tak ikut garis panduan yang Allah dah susun cantik untuknya.

Orang yang pakai tudung tapi tidak berakhlak, mereka ini bermasalah sebenarnya.

Sebab, dia sengaja cacatkan keindahan berhijab itu dengan ke'binatang'annya.

Orang yang kononnya berakhlak tapi tak pakai tudung, mereka ini berpura-pura baik sebenarnya. Sebab, dia langgar perintah Allah terang-terang dengan ke'tiada'an hijab di kepalanya.

Bagi yang freehair, dan sudah mula nak pakai tudung. Maka teruskan, mantapkan Iman. Pedulikan semua sindiran teman-teman, kerana kamu sedang mengenggam redha Allah dalam melakukan perubahan !

Bagi yang bertudung biasa, dan sudah mula nak bertudung labuh. Maka teruskan, mantapkan Iman. Kerana sememangnya DIA yang suruh melabuhkan. Pedulikan sindiran, terus ke hadapan !

Bagi yang bertudung labuh, sememangnya kamu yang sering menjadi 'perhatian'. Keep istiqamah, dear.

Dan bagi yang freehair, saya doa'kan kamu 'terasa' dengan tulisan ini. Kerana dengan izin Allah, dari 'terasa' itulah akan mencetuskan perubahan dalam diri.

Wallahua'alam.

*Sayang sahabat, ingat-ingatkan. Sayang muslimah, lindung-lindungkan.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Siapa Wanita Cantik |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:08 Comments : 0 Labels :



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.



7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Who Love U |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:05 Comments : 0 Labels :



You are being hurt by the betrayal, listen to this ...
Retaliation for her to betray the prettiest love, is a person wanted by the people better than she.
Do not lower your personal classroom because his fraud.
Do not ruin the yourself because she lied.
Do not dim the light beauty of your face because of his ugliness.
And do not obey the general trend to take anything as a replacement so you do not feel disposed.
You are more classy than that.
Heed you. Announce to your heart in a more socially respectable.
It's hard to look good behind the wounds of betrayal.
But be patient.
Be the first person more attractive to people who are more classy than a traitor in love.
You'll appreciate it later, because the real betrayal is your salvation.
Say also ...
I might lose from time to time, but I'm not a loser.
A winner is a humble soul, who rose again every time she falls.
I just have to get up one more than the amount of my fall.
I may fall a hundred times or a thousand times, but I'm going out as the winner, as long as I got a hundred and one times, or the thousand and one times.
It's my life. My fall was not significant, but I will wake up.
Is not love if easily discouraged.
Love is the beauty of the river feeling, which always finds a new flow path if it is blocked.
Love can not give up hope.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

| Kembali Senyum |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:03 Comments : 0 Labels :

Senyum...X perlu kata apa2...hehehe

Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah SWT:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]

Ini adalah sunnatullah; ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi.
 





YA RABB.
CUKUPLAH ENGKAU BAGIKU.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..