Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 11 February 2014

| Mencari Cinta? |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:30 Comments : 0 Labels :




Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok bagi kita..jangan tunggu lagi..mulakan langkah kanan.

ingat lagu ni 'jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang'

InsyaAllah andai memang dia jodoh kita takkan kemana jua...

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| 10 Resepi Rahsia Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:28 Comments : 0 Labels :




1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita.Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yangtepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintaiseseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apayang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dariorang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanyapada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta,kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamuberi, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya denganmemberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukanberbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yangceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yangdapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.



4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintaikeperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakanpersahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhanmembuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapiagama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatanini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang,bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu.Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalamhubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajaruntuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hatikita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hariini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapatmempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untukberkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintaiseseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamucintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernahtakut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernahmelewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintaidengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhirkamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatanuntuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon,apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cintayang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmentersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalahujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuhcinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yangmembezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta danmembiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanyadatang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam,kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembalidengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dankejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dankegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari –hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadikomponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorangbisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasaterperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak bolehmencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secarautuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamucintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakahseseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri“Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jikajawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalamsebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

ikhlas....

| Adakah dia mencintai Kita? |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:24 Comments : 0 Labels :




ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??... Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.

jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya! "

| Al-Baqarah 2: 216 |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 22:54 Comments : 0 Labels :


[Surat al Baqarah: 2:216]

''Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you,,
But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you,,
And Allah Knows, while you know not.''


^_^
Never doubt that there is wisdom to every one of Allah’s decrees,,
There always is - it’s just sometimes that we humans with our limited comprehension are not always able to perceive it,,
Have faith that Allah knows what is best for you.



We always ask what we want ~ ^_^



Think positive! Everything happens for a reason :'D
and,,yes,,He knows best! ^_^ ~



He gave what you need,, not what you want for He knows best ;) ~

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Memilih Dan Dipilih |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 09:03 Comments : 0 Labels :




Apa itu dipilih, dan apa itu memilih?

Memilih itu, bermaksud kita yang memilih pasangan kita..
Dipilih bermaksud, pasangang kita yang memilih kita..

Bagi memilih..
Lebih yakin dia yang terbaik
Namun mungkin boleh jadi tersalah pilih
kerana kita yang memilih bersedia untuk ditolak
Terima risiko kerana kita memilih, jadi pilih betul-betul

Bagi dipilih
kita akan berada diposisi yang lebih tinggi
Yakin dia boleh membahagiakan- sebab dia yang pilih kita
Ada yang bersikap ego,yela aku orang pilihkan..
Boleh menerima atau menolak lamaran..

Ciri-ciri wanita dan jejaka pilihan

*Kahwin wanita atau lelaki kerana 4 perkara:.

“Hartanya, rupanya,keturunannya, dan agamanya.. Pilihlah agamanya..”

>>> seorang lelaki menemui Hassan bin Ali (cucu Rasulullah SAW)
Bertanyakan tentang bagaimana mahu memilih lelaki sebagai suami

Hassan menjawab:. “Lelaki yang bertaqwa”

Surah An-Nur ayat 26 maksudnya:.
“Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji, lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji (pula), sedangkn perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik( pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”

1. Kisah Julaibib iaitu Pahlawan perang. Merupakan pemuda Ansar, wajahnya tidak menarik dan pendek. Menyebabkan dia sahaja dikalangan sahabat2nya yang belum berkahwin. semua orang sudah berkahwin, hanya dia sahaja yang tak berkahwin lagi. Dia berusaha bertanyakan semua orang, tetapi tiada siapa sukakan dia, oleh kerana rupanya yang tak menarik.

Julabib berjumpa Rasulullah SAW dan meluahkan rasa hatinya

“Ya Rasulullah, tak ada siapa nakkan aku”

Rasulullah berjanji untuk bertanyakan sahabatnya untuk meminang bagi pihak Julaibib.
Rasulullah berjumpa sahabatnya dan memberitahu untuk meminang anak sahabatnya itu untuk Julaibib.
Sahabat Nabi tidak sampai hati dan bertanyakan isterinya, isterinya secara tegas tidak menerima Julaibib yang tidak menarik wajahnya itu sebagai menantunya. Puterinya mendengar kata2 ibunya itu, dan membantah kata2 ibunya itu.

“Ibu,aku menerima pinangan Julaibib, tidak baik ibu berbuat begitu, aku yakin dengan Rasulullah, Rasulullah pasti mengetahui akan kebaikan Julaibib, aku yakin dengan pilihan Rasulullah.”

Ketaqwaan puterinya sangat tinggi terhadap Rasulullah SAW..sesuailah dengan Julaibib berakhlak dan yang sanggup berjuang demi Islam..akhirnya, Julaibib mendapat jodohnya, walaupun selepas itu Julaibib syahid di medan perang.. di sini menunjukkan bahawa ,jodoh itu telah di tetapkan, dan sampai masa, akan dipertemukan.


“Bolehkah perigi mencari timba???”

Tiada istilah perigi mencari timba sebenarnya, istilah ini digunakan pada waktu sekarang. Sesungguhnya, perempuan mengtaqdim lelaki adalah baik. Ini kerana ia memudahkan proses perkahwinan. Contoh, lelaki yang susah mengeluarkan kata2 hatinya. Hati nak tapi tak nak cakap..^^ Wanita boleh menggunakan khidmat orang tengah..




Surah Al-Nahl ayat 92
Maksudnya:. “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipital dengan kuat ,menjadi cerai berai kembali. Kamu menjadi sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu,disebabkan adanya satu golongan yang lain. Allah hanya menguji kamu dengan hal itu, dan pasti pada hari Kiamat akan dijelaskan –Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan.”

(kisah ayat ini adalah gadis Bani Ma’zhum yang tak di lamar)

Wanita ini merintih pada ibunya yang dia tak ada jodoh.Maknya berusaha dengan bomoh. Namun usahanya tidak berhasil juga.

Suatu hari, mak saudaranya membawa seorang jejaka untuk dia. Dia yang lanjut usia menerima lelaki muda itu menjadi suaminya tanpa unsur periksa kerana sudah lama di menunggu jodohnya . Akhirnya mereka berkahwin, suaminya tidak pernah memandangnya. Selepas itu, suaminya meninggalkannya.

Niat suaminya itu adalah mahukan hartanya,setelah mendapat hartanya, suaminya meminggalkannya tak tahu pergi ke mana. Dia yang sedih, termenung menunggu suaminya pulang. Dia duduk termenung, membuat tenunan benang yang cantik, kemudian apabila siap tenunan itu menjadi baju, dia akan menguraikan kembali benang tersebut. Dan membuat balik tenunan itu,dan mengurai kembali.. sehingga ke akhir hayatnya.. Keadaannya seumpama orang yang kurang waras.

Di sini, kisah ini menunjukkan , kita jangan memberi kita hati kepada seseorang itu 100% , apabila dia meninggalkaan kita, dengan hati kita di bawanya ^^, dan kita hidup tak tentu arah. Ingat, hanya Allah yang layak di cintai 100%,jangan mencintai seseorang itu melebihi cinta kepada Allah.

Dan di sini, pilihlah pasangan itu betul2,siasat latar belakangnya, bukan menerima tanpa unsur periksa walaupun kita terdesak mahukan jodoh dan terdesak kerana usia yang sudah lanjut,namun ingat,dia adalah pasangan kita yang akan hidup dengan kita sepanjang hayat,bukan sehari dua. Dan dari dia kita akan melahirkan zuriat, jika dia seorang yang soleh, pasti zuriatnya juga soleh.. sebab itu,sangat penting mengetahui peribadi seseorang itu sebelum berkahwin dengannya.

Jodoh itu ketentuan Allah dari azali.

Rasulullah SAW bersabda ; “Ketika ditiupkan roh dalam perut ibu, telah ditentukan Allah tiga perkara kepada anak adam ini, rezeki,jodoh dan maut .”

Jika sudah sampai jodohnya, lari pun tak dapat, kena terima juga. Begitu juga seperti kisah tadi, kalu jodoh tak sampai, lagi di kejar pun takkan dapat.

Bagaimana dalam penantian ini?
Usaha mengadap Allah, berdoa
Berusaha mencari jodoh (jika ada yang berkenan, taqdimlah, dan jika ditolak, janganlah cepat putus asa, mungkin Allah menjanjikan jodoh yang lebih baik kepada kita)
Bersabar mencari jodoh . Kenal dulu orang itu,dengan ta’aruf. Ingat, jaga iman kita, solat yang khusyuk boleh jaga iman.
Kena terima hakikat yang Allah tentukan jodoh.
Bila mencintai seseorang itu, mesti cinta tinggi2 pada Allah dan Rasul. Dan pilihlah seseorang itu yang mencinta Allah dan Rasul dihatinya.

Peringatan penting!
1. Jangan belakangkan ibu bapa
2. Keredhaan ibu bapa penting

Hadis Rasulullah SAW “Redha Allah terhenti pada redha kedua ibu bapa”

Bolehkah memilih dan dipilh semasa masih dalam kampus?
1. Pilihlah yang sesuai,baik, dan sekufu (serasi)
2. Wanita banyak pilihan dan wajar memilih.
3. Cara memilih: Dengan istikharah , berbincang dengan keluarga, meminta nasihat (betul ke calon ni), melakukan solat taubat.
Ingat!
1. Jangan bagi cinta melebihi cinta Allah dan Rasul
2. Tiada cinta yang lebih agung dari Cinta kepada Maha Pencipta
3. Jika perlu memilih antara semua, pilihlah nan satu, cinta hanya pada Allah.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Saya Mahu Kahwin Dengan Awak |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:58 Comments : 0 Labels :




Seorang anak lelaki berkata kepada bapanya : "Saya melihat seorang perempuan dan saya ingin berkahwin dengannya. Dia begitu cantik dan dia mempunyai mata yang cantik.” Bapanya menjawab kepada anaknya “Anakku,sudah tentu, mari kita melamar dia dan bertanya pendapatnya dalam perkahwinan". Apabila bapa melihat gadis itu , bapanya mengkagumi kecantikannya dan kata bapanya kepada anaknya. "Kamu tidak berhak untuk bernikah dengan gadis ini, dia memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan dan yang boleh dia bergantung harap kepadanya, seseorang itu seperti saya "

Budak lelaki itu terkejut dengan sikap bapanya dan dia menjawab "Gadis ini akan berkahwin dengan saya, bukan kamu." Mereka mula melawan dan akhirnya mereka memutuskan kedua-dua untuk pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Apabila mereka memberitahu cerita mereka kepada pegawai polis itu, pengawai polis itu memberitahu mereka, "Bawa gadis itu supaya kita boleh bertanya tentang pendapat dia tentang perkara ini."

Apabila pegawai itu melihat keindahan gadis itu dia berkata kepada budak lelaki dan bapanya: "Kamu kedua-dua tidak layak, dia memerlukan seseorang yang mempunyai prestij seperti saya." Tiga lelaki mula bergaduh dan memutuskan untuk pergi berjumpa menteri untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Apabila menteri melihat gadis itu, beliau berkata: "Dia sepatutnya berkahwin dengan seorang menteri seperti saya". Putera mendengar tentang permasalah mereka dan memanggil mereka semua untuk membantu mereka menyelesaikannya masalah mereka itu tetapi apabila putera itu melihat gadis itu beliau berkata: "Gadis ini akan berkahwin dengan saya".

Semua lima lelaki mula berjuang. Akhirnya, gadis itu berkata "Saya ada jalan penyelesaian! Saya akan mula untuk berjalan dan sesiapa yang pertama dapat menangkap saya , dia akan menjadi suami saya". Apabila dia mula berjalan , budak lelaki itu , bapanya, pegawai polis, menteri dan putera mula berlari untuk menangkap perempuan tersebut. Tiba-tiba 5 lelaki itu jatuh ke dalam lubang yang dalam.

Gadis itu memandang kepada mereka dari atas dan dia berkata “Adakah kamu semua tahu siapa saya ???" “Saya adalah DUNIA !!!! Orang kejar untuk menangkap saya, mereka berlumba-lumba untuk mempunyai saya. Dengan berbuat demikian , mereka lupa AGAMA mereka, sehingga mereka berakhir di dalam kubur dan masa tu mereka tidak perlukan saya lagi.”

....................................................................................................................................................

CK: Cerita ini asalnya dalam versi bahasa Inggeris CK tukarkan untuk bacaan sahabat semua dalam versi bahasa Melayu..

Sesungguhnya dunia itu adalah indah semuanya, namun kerana keindahan dia, ramai manusia tergoda dan lupa akan syariat yang telah Allah gariskan dalam hidup ini.. Sehingga saat kematian menjemput, ketika itu baru tersedar akan kejahilan diri yang membuang agama dan tergoda dengan keduniaan.. tetapi, ketika itu, penyesalan yang tiada guna, kerana kita takkan dapat kembali kedunia lagi..

Jangan marah muslimat semua, cerita ini sekadar cerita yang memberi pengajaran, bukan mengatakan muslimat itu penggoda dunia, bukan… bukan…. ^^ semoga kita muslimat bukan muslimat yang membawa keindahan dunia yang merosakkan umat dunia.. sesungguhnya muslimat itu penting dalam agama, pernah dengar kata2 ini, CK tak tahu ini hadis ataupun sekadar kata2:

“Jika mahu melihat bagaimana generasi akan datang, lihatlah wanitanya sekarang bagaimana sikapnya, jika solehahnya mereka, maka soleh dan solehahlah generasi akan dilahirkan kerana mereka yang bakal melahirkan generasi yang akan datang”

Betapa besarnya peranan wanita dalam membentuk generasi akan datang, kerana apa, wanita yang mengandungkan, yang melahirkan serta mendidik, ayah mungkin bekerja tak selalu bersama, sebab itulah wanita itu sangat penting dalam pembentukkan generasi akan datang. Buat wanita semua, bentuklah diri dari kamu masih gadis sunti supaya roh yang ada dalam diri kamu itu adalah roh yang terbaik untuk agama.. Peringatan untuk CK juga..

Wallahu’alam.. Wassalam sayang~



JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Katanya Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:47 Comments : 0 Labels :


 Manusia kalau tak kenal erti susah, mereka ini takkan menghargai erti penghargaan. Dan manusia yang biasa sangat dengan kesenangan, pahit untuk menelan erti kesusahan. Kata orang "bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah."

Cinta tidak perlu dicari, ia datang sendirinya.

Bahagian ni aku tak berapa berkenan.. Kenapa perlu menanti cinta itu datang walhal cinta itu sememangnya telah lama wujud dalam diri seseorang. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada ibubapa. Cinta kepada adik-beradik.. bukankah itu dinamakan Cinta? Dalam konteks Cinta itu sendiri ramai orang yang salah dalam menafsirkannya. Bagi muda-mudi masa kini mereka beranggapan yang Cinta itu merujuk kepada sebuah perasaan yang terputik dihati antara 2 insan yang berlainan jantina dimana perasaan yang wujud itu seringkali menyebabkan insan-insan tersebut sering termimpi-mimpi, terbuai-buai, teringat-ingat akan sesama mereka. Itu bukan cinta dik..itu dusta. Cinta yang sebenar adalah cinta yang halal. Sebagaimana sabda Rasulullah;

At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadis yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

Bilamana nafsu menguasai iman, segala yang pahit dikatanya manis, segala yang dusta dikatanya benar. Aku tertarik dengan petikan daripada filem Ketika Cinta Bertasbih 1;

"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah syaitan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah."

Lihat bagaimana iman itu sering dibutakan dengan cinta palsu sehinggakan syaitan jadi nabi, iblis jadi malaikat. Ya, Cinta itu memang adalah kekuatan.. Tapi apabila ianya bersandarkan pada landasan yang benar. Cinta kepada Allah dengan beribadat kepadaNya. Cinta kepada Rasul dengan mencuba beramal segala sunnah Baginda. Cinta kepada ibubapa disitu terletaknya keberkatan seorang anak.

Bagaimana kalau perasaan Cinta itu terterbit kepada seseorang yang bukan muhrim? Berdoalah.. kekuatan doa itu mengatasi segala yang ada didunia ini. =)

"Ya Allah, sekiranya dia 'si polan' ternyata baik untukku, maka kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah. Akan tetapi sekiranya dia mendatangkan kemudaratan buat diriku, jauhkanlah dia dariku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaMU."


Bagi si perempuan jalan yang terbaik sekiranya ada lelaki yang cuba-cuba nak 'cucuh iman', boleh sampaikan ini pada si dia;
 Jauhi diriku, dekati waliku- Fatimah Syarha

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Antara Cita-Cita Dan Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:43 Comments : 0 Labels :




Apa nilai cita kalau cinta itu tiada?
Apa nilai cita kalau hati ini sepi tanpa teman?
Apa nilai cita kalau diri terseksa?
Apa nilai cita kalau jiwa raga terasa kosong?
dan...

Apa nilai CITA.???
kalau nilai CINTA itu sendiri lebih besar dari nilai CITA..!

Jangan rasa diri tak laku kerana tiada orang cintakan kita,
Kerana CINTA ALLAH sentiasa ada bersama kita..
Jangan rasa tiada yang nak romantik dengan kita,
Kerana kita sudah ada surat CINTA yang abadi iaitu AL-QURAN..


#Bolehkah kita berCINTA dan diCINTA???

 Bolehkah kita bercinta? Aku kan dah cakap kat atas... Aku suka CINTA dari CITA-CITA!!! CITA-CITA macam panjang je nak eja.. CINTA tu kan ringkas je bunyinya.. SWEET AND NICE! Takdelah lenguh nak taip. muahaha...

 Jawapan yang dibagi oleh ustaz: BOLEH!!!!

Tapi berdasarkan 5 hukum dibawah:

1. Cinta WAJIB!
- Cinta pada ALLAH dan RASULNYA.
"Sesungguhnya tidak berimanlah kamu sehingga kamu tak bercinta pada ALLAH dan RasulNYA.." *lupa nak catat firman ni dari surah mana.. Sorry2..


2. Cinta SUNAT!
-Cinta pada Alim Ulama, Cinta pada Isteri, Cinta pada Ibubapa dan ahli keluarga...
Cinta pada ibubapa adalah wajib bagi seorang anak.. Begitu juga si Isteri kepada si Suami.. Cinta si ISTERI adalah wajib pada si SUAMInya..


3. Cinta HARUS!
- Cinta pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


4. Cinta MAKHRUH!
- Cinta yang boleh melalaikan pelajaran kita. Contohnya: minat pada mamat bangla yang jual kat kedai roti canai. No No No No!!! Nanti u ollz nak study asyik terbayang roti canai.. Masak u ollz nak jawab exam nanti asyik ingat roti bulat bangla!


5. Cinta HARAM!
- Bercinta dengan orang yang bukan muhrim kita sehingga sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Itu amat ditegah dalam ISLAM! Kerana boleh mendekatkan diri kearah pengzinaan.

#DATING ITU HARUS!

Kalau dating secara beramai-ramai. Contohnya kalau korang dah gatal gelennya nak berdating sangat..korang bawak lah satu family berdating kat mana-mana... Pergi makan kat hotel ke! Wahhh!! Untung satu family dapat makan free.. hahaha!!! Dan bagi mane-mane awek yang teringin nak bonceng dengan pakwe..konon-konon nak rasa angin semula jadi... boleh bawak bapak jadi orang tengah. Pakwe duk depan, bapak duk tengah, awek duk blakang. HAHHHH!!! Yang ni lagi sweet! Sharing is caring.. Sampai bapak pun boleh rasa nikmat bonceng ngan pakwe! hahaha..=p

#BERDUA-DUAAN ITU HARAM WALAU DIMANA ANDA BERADA!

Sesungguhnya istilah berdua-duaan sesama bukan muhrim adalah Haram disisi ISLAM. Bukan sahaja berdating, tetapi jugak berYM, berChating,berGayut,berFB dan segala bagai jenis 'BER'!


Yang info kat atas baru aku tahu semalam. Dulu masa zaman jahiliah aku pernah juga buat salah satu-dua jenis 'BER' diatas..tapi bukan BERDATING!!! Isyk! Selisih malaikat 44... Naya aku kena retap dek ayah aku derr!!!
 Tapi tu zaman jahiliah..tak tahu apa-apa lagi.. sekarang ilmu dah ada...pemikiran dah matang.. dah boleh pikir sendiri baik buruk sesuatu perkara.

'Cinta ibarat cermin mata kepada si rabun... Hilangnya cermin mata..hilanglah arah tuju si rabun tersebut.. Terkapai-kapai dalam mencari jalan keluar...'

Cinta pada bunga, bunga akan layu.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada ALLAH, ALLAH kekal abadi...

Kadang-kadang kita menangis..merungut...marah..
Kenapa ALLAH turunkan kita hujan yang lebat...kemudian panas yang terik..
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG CANTIK.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Daie Itu .. |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:36 Comments : 0 Labels :


Duhai hati-hati yang celik,

Hari ini, kita sudah mempunyai ramai penghafaz al-Quran. Kita juga sudah mempunyai ramai graduan agama. Setiap tahun, beribu-ribu pelajar agama merayakan konvokesyen. Begitu juga, kita mempunyai ramai professional dalam pelbagai bidang.

Syukur, alhamdulillah! Tapi kita masih kekurangan satu perkara. Kurang apa? Kita kekurangan daie. Kita kekurangan golongan agamawan dan profesional ini bangkit menjadi pendakwah.


Seorang Mengesani Ribuan Orang

Ummah rindukan daie yang mampu mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.

Kalau daie itu jumlahnya ribuan orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.

Umat hajat untuk melihat Islam yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.


Penyeru Kepada Allah

Siapa mempunyai cita-cita mahu menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi daie.

Samada kita seorang jurutera, atau doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi daie.

Daie yang macam mana?
Daie ini ada macam-macam sebenarnya. Ada:

1. Ad-daie ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.
2. Ad-daie ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.
3. Ad-daie ilallah- mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.



Sebaik-baik Perkataan

Sungguh hebat kedudukan ad-daie ilallah ini sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).


Duhai hati yang hidup,

Mari bermonolog dengan Allah…
Aku datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak sukai, duhai Allah.

Semoga niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu, dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi melantunkan ahsanu qaulan, sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang mengajak orang kepada Allah SWT.

Biar orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa yang terdekat,

“Jom, kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin ada hati yang berbisik,
“Erk! Macam poyo!”

Ya. Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian. Takut nanti orang kata,

“Hek eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit! Uweks..”


Duhai hati,

Seronokkah kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita. Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain. Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?

Terpulanglah kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.

Pilihlah untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.


Cahaya Daie

Tanpa daie, masyarakat akan menderita penyakit bodoh. Mereka akan diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin. Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.


Dakwah perlukan Kaedah, Baru Berfaedah

Hendak menjadi daie, bila-bila masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.

Hendak menjadi daie sejati perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada manfaat.

Daie dengan kaedah berdakwah bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja, hilang nilainya.

Moga dengan kaedah dakwah ini, musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.

Apa kaedahnya? Tidak cukup ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.


Daie Terbaik

Daie terbaik ialah Nabi Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24 jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar. Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.

Apabila kita mempelajari kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi daie buat umat.


Berjiwa Daie

Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.

Jika kita tidak mahu berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh jiwa.

Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian manusia,
Jika ada 10 orang yang membenci,
ada 1000 yang lain sudi menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.

Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,

Dengan setulus-tulus cinta.

---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."

- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)



JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Wanita Bukan Fitnah Semata-Mata |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:32 Comments : 0 Labels :




Saling Memahami Baru Harmoni Ada suami mahukan isterinya berada di rumah sepenuh masa. Isteri pula mahu berperanan bukan sahaja dalam domestik keluarga bahkan juga dalam kehidupan sosial. Lalu, konflik tercetus.
Sebelum sang suami memperalatkan kuasa ‘kena taat’ setelah bernikah, wanita yang bakal bergelar isteri perlu celik isu ini. Bincangkan dan harmonikannya sebelum bernikah lagi.
Benar, tugas isteri dalam rumah tangga menjadi prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini tidak menafikan peranan wanita di tengah masyarakat. Kita hidup bermasyarakat. Ia memerlukan kerjasama yang erat antara suami dan isteri agar wanitanya dapat turut berperanan dalam masyarakat. Barulah masyarakat lebih berkembang dan maju. Anak-anak juga tidak terabai.

Wanita Juga Ada Amanah di Luar Rumah
Ada orang menganggap wanita tidak boleh berperanan begitu begini hanya dengan menggunakan hujah, wanita itu fitnah lelaki. Sedangkan Islam mempunyai lautan dalil-dalil yang lain untuk menggambarkan keadaan sebenar peranan wanita pada zaman Nabi. Realistik dengan kehidupan.
Wanita turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki, ianya berlaku sejak zaman Nabi lagi. Penglibatan ini disertai beberapa aturan dan ingatan. Ingatan tentang fitnah itu sifatnya untuk memelihara bukannya menghalang!
Samalah seperti ingatan Islam tentang ‘fitnah’ harta dan anak-anak. Ia untuk memelihara kita daripada terleka. Namun, Islam tidak sesekali menghalang mengumpul harta dan mempunyai anak, bukan?
Maka, wajarkah menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Antara contoh dalil wujudnya kegiatan sosial yang bermanfaat antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi ialah:

1. Kaum wanita berdialog dengan kaum lelaki mengenai ilmu.

“Dari Ummu al-Fadhl al-Harits dikatakan bahawa sekelompok manusia berdebat di sampingnya pada hari Arafah mengenai puasa Nabi…”
(HR Bukhari dan Muslim)

2. Kaum lelaki belajar ilmu pengetahuan tentang sunnah dari isteri-isteri Nabi.

“Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Datang tiga rombongan (lelaki) ke rumah isteri Rasulullah, untuk menanyakan ibadah Nabi.”
(HR Bukhari Muslim)

Ketika mengajar mereka, antara aturan yang khusus untuk isteri Nabi ialah tetap berada di rumah dan memakai hijab (seperti tabir langsir). Aturan ini tidak diwajibkan ke atas Muslimah lain.

3. Kaum lelaki memutuskan perkara yang mereka pertikaikan dengan pertimbangan kaum wanita.

“Dari Thawus, dia berkata: “Aku sedang bersama Ibnu Abbas ketika Zaid bin Tsabit berkata, ‘Kamu memfatwakan bahawa wanita haid harus pulang sebelum masa terakhirnya dengan Baitullah?’ Ibnu Abbas menjawab, “Mungkin tidak. Cuba tanyakan kepada wanita ansar itu, apakah Rasulullah menyuruhnya demikian?”
(HR Muslim)

4. Rasulullah menjawab persoalan wanita di perjalanan.

Dari Anas dikatakan bahawa seorang perempuan terlintas dalam fikirannya sesuatu, lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, aku ada hajat.”Nabi berkata, “Wahai Ibu si Fulan, pilihlah jalan mana yang kamu suka sehingga aku dapat menjawab hajatmu.” Lalu Rasulullah berangkat dengan perempuan itu melewati beberapa jalan sehingga selesai hajat perempuan itu.”
(HR Muslim)

5. Ummu Syuraik si penyambut tetamu.

Rasulullah SAW bersabda, “….Ummu Syuraik adalah wanita yang banyak tetamu…”
(HR Muslim)

6. Asma binti Abu Bakar menyusun strategi agar niatnya direstui suami.

Datang seorang lelaki miskin dan meminta izin untuk berniaga di perkarangan rumah Asma’. Asma’ tidak keberatan tapi beliau risaukan suaminya mungkin keberatan. Asma lalu meminta lelaki miskin itu mengikutinya untuk berjumpa dengan suaminya. Lelaki miskin itu meminta izin sekali lagi di hadapan suami Asma’. Asma’ menjawab dengan nada pura-pura tidak mengizinkan. Lalu Zubair simpati dengan lelaki miskin itu dan mengizinkannya.
(Rujuk lanjut HR Muslim)

Ini contoh terbaik kita!

| Khutbah Terakhir Rasulullah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:12 Comments : 0 Labels :




Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.


Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.


Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.

Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.

Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


p/s : Hidupkanlah sunnah Rasulullah, nescaya kamu akan melalui jalan yang lurus.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God