Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 11 February 2014

| Antara Cita-Cita Dan Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:43 Comments : 0 Labels :




Apa nilai cita kalau cinta itu tiada?
Apa nilai cita kalau hati ini sepi tanpa teman?
Apa nilai cita kalau diri terseksa?
Apa nilai cita kalau jiwa raga terasa kosong?
dan...

Apa nilai CITA.???
kalau nilai CINTA itu sendiri lebih besar dari nilai CITA..!

Jangan rasa diri tak laku kerana tiada orang cintakan kita,
Kerana CINTA ALLAH sentiasa ada bersama kita..
Jangan rasa tiada yang nak romantik dengan kita,
Kerana kita sudah ada surat CINTA yang abadi iaitu AL-QURAN..


#Bolehkah kita berCINTA dan diCINTA???

 Bolehkah kita bercinta? Aku kan dah cakap kat atas... Aku suka CINTA dari CITA-CITA!!! CITA-CITA macam panjang je nak eja.. CINTA tu kan ringkas je bunyinya.. SWEET AND NICE! Takdelah lenguh nak taip. muahaha...

 Jawapan yang dibagi oleh ustaz: BOLEH!!!!

Tapi berdasarkan 5 hukum dibawah:

1. Cinta WAJIB!
- Cinta pada ALLAH dan RASULNYA.
"Sesungguhnya tidak berimanlah kamu sehingga kamu tak bercinta pada ALLAH dan RasulNYA.." *lupa nak catat firman ni dari surah mana.. Sorry2..


2. Cinta SUNAT!
-Cinta pada Alim Ulama, Cinta pada Isteri, Cinta pada Ibubapa dan ahli keluarga...
Cinta pada ibubapa adalah wajib bagi seorang anak.. Begitu juga si Isteri kepada si Suami.. Cinta si ISTERI adalah wajib pada si SUAMInya..


3. Cinta HARUS!
- Cinta pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


4. Cinta MAKHRUH!
- Cinta yang boleh melalaikan pelajaran kita. Contohnya: minat pada mamat bangla yang jual kat kedai roti canai. No No No No!!! Nanti u ollz nak study asyik terbayang roti canai.. Masak u ollz nak jawab exam nanti asyik ingat roti bulat bangla!


5. Cinta HARAM!
- Bercinta dengan orang yang bukan muhrim kita sehingga sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Itu amat ditegah dalam ISLAM! Kerana boleh mendekatkan diri kearah pengzinaan.

#DATING ITU HARUS!

Kalau dating secara beramai-ramai. Contohnya kalau korang dah gatal gelennya nak berdating sangat..korang bawak lah satu family berdating kat mana-mana... Pergi makan kat hotel ke! Wahhh!! Untung satu family dapat makan free.. hahaha!!! Dan bagi mane-mane awek yang teringin nak bonceng dengan pakwe..konon-konon nak rasa angin semula jadi... boleh bawak bapak jadi orang tengah. Pakwe duk depan, bapak duk tengah, awek duk blakang. HAHHHH!!! Yang ni lagi sweet! Sharing is caring.. Sampai bapak pun boleh rasa nikmat bonceng ngan pakwe! hahaha..=p

#BERDUA-DUAAN ITU HARAM WALAU DIMANA ANDA BERADA!

Sesungguhnya istilah berdua-duaan sesama bukan muhrim adalah Haram disisi ISLAM. Bukan sahaja berdating, tetapi jugak berYM, berChating,berGayut,berFB dan segala bagai jenis 'BER'!


Yang info kat atas baru aku tahu semalam. Dulu masa zaman jahiliah aku pernah juga buat salah satu-dua jenis 'BER' diatas..tapi bukan BERDATING!!! Isyk! Selisih malaikat 44... Naya aku kena retap dek ayah aku derr!!!
 Tapi tu zaman jahiliah..tak tahu apa-apa lagi.. sekarang ilmu dah ada...pemikiran dah matang.. dah boleh pikir sendiri baik buruk sesuatu perkara.

'Cinta ibarat cermin mata kepada si rabun... Hilangnya cermin mata..hilanglah arah tuju si rabun tersebut.. Terkapai-kapai dalam mencari jalan keluar...'

Cinta pada bunga, bunga akan layu.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada ALLAH, ALLAH kekal abadi...

Kadang-kadang kita menangis..merungut...marah..
Kenapa ALLAH turunkan kita hujan yang lebat...kemudian panas yang terik..
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG CANTIK.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

No comments: