Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Thursday 27 March 2014

| Ukhwah Memerlukan Cinta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 19:12 Comments : 0 Labels :




Ukhwah itu sangat sinonim dengan cinta..
tanpa cinta, mana mungkin ukhwah yang dibentuk tersimpul erat..
Ukhwah tanpa pemahaman tak ada erti..
Rukun usrah selalu di perdengarkan..
Taaruf, tafahum dan takaful..
Kenal, Faham dan saling memerlukan..

Sahabat itu seumpama pelengkap kehidupan..
Seseorang tanpa sahabat hidup pasti tak bermakna..

Fahamkah kamu akan erti kenal?
“Jika tak kenal maka tak cinta..”
Aku punya ramai kawan..
Namun tidak semua kenal aku..
Hanya beberapa sahaja kenal aku..
kenal macammana tu?
Dia sahabat yang memahami aku..
Tahu kelemahan aku..
Tahu kekuatan aku..
Tahu sikap aku..
Tahu makanan kegemaran aku..
Tahu jaga hati aku..
Tahu menasihatiku..
Tahu manjakan aku..
Tahu apa yang aku suka dan tidak..
Tahu hormati aku..

Pernah aku marah..
atas sebab terlalu stress..
dia akan mendengar luahan hati ini tanpa jemu..
dia menghormati tindakkan aku..
dia juga akan memberi nasihat yang buat aku rasa sangat tenteram..
aku sangat bertuah memiliki dia..

kau sahabatku..
Pasti aku terharu mengingatimu..
tak sangka wanita yang begitu faham dan miliki ilmu agama yang tinggi
suka bersahabat dengan diri ini yang masih jahil..
Dan kau anggap aku sahabat baikmu..
Aku sungguh terharu..

Sahabat dan kawan itu berbeza bukan?
Sahabat pasti faham kita dan penenang hati kita..
Sahabat itu kita percayai untuk meluah segala masalah..
kawan tidak faham kita, tapi tetap kita dapat bersamanya..
Dan menerima nasihatnya..

Mungkin kita pernah berada di situasi ini..
Salah seorang teman kita menganggap kita sahabat baiknya..
Itu normal.. Mungkin kita tidak dapat menganggap dia begitu,
tetapi cubalah jadi seorang pendengar yang baik dengar luahan hatinya..
Bergembiralah, ada orang mempercayai kita..
Dan ada orang merasa senang berkawan dengan kita..

Jika kenal maka cintalah yang akan hadir..
Kenallah sahabat kita itu..
Fahamilah dia, pasti setiap kata-kata kita terhadapnya tidak akan mengguris hatinya..
Pasti dia akan menganggap kita sangat memerlukan dalam hidupnya..

Mahukah kau tahu adakah dia menganggapmu sahabat baiknya..
Jika kau dia anggap sahabat baik..
Kau boleh nampak dari layanannya,
Dari tutur katanya..
Dan yang penting, apabila berjumpa,
Pasti terasa tak cukup masa untuk bercerita denganya..
Sehari bercerita pun tak kisah..
Kerana rindu dalam hati hanya dapat diubati dengan berjumpa dengannya..

Kenal, Faham, pasti erat…
Ukhwah sangat memerlukan cinta..
Semoga ukhwah kita semakin erat..
dan kau juga sahabat aku yang selalu bersama aku..
Kerana setia menemani setiap bait kata-kataku..

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Cinta Ulama' yang Cukup Indah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:59 Comments : 0 Labels :




Bersama Al-Imam Al-Hafiz Al-Mutafannin Al-Jihbiz Amirul Mukminin Fil Hadith Syaikhul Islam Syihabuddin Ahmad bin Ali as-syahir bi Ibni Hajar Al-Asqalani As-Syafiie Al-Asy'ari hafizahullah ta'ala pengarang kitab masyhur Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari..

||Sedikit kisah cinta Al-Imam yang jarang-jarang kita dengar ;)||

Syahadan, srikandi itu telah sekian lama begitu sabar mendampingi Al-Imam mengarang kitab Fathul Bari dalam kurun waktu seperempat abad. Wanita ini bukan termasuk insan yang dikenal. Tidak juga tercatat sebagai orang-orang masyhur. Tetapi dia hidup di dalam lingkungan ulama dan bangsawan terkenal di zamannya.

Ya, beliau adalah Al-Muhaddithah Syaikhah Uns binti Abdul Karim rahimahallah. Puteri bangsawan Mesir. Puteri keluarga terpandang di Mesir. Ayahnya adalah orang sangat terpandang di seluruh Mesir. Ibunya yang bernama Sarah binti Nasruddin juga orang yang sangat terkenal. Sebahagian keluarganya juga merupakan ulama terpandang. Lengkaplah sudah bahwa Uns hidup di kalangan orang berada yang dikawal dan penuh dengan kesenangan.

Mesir menjadi tempat kelahirannya. Tahun 780 H tepatnya. Kehidupannya sejak kecil seperti kehidupan para puteri bangsawan. Pendidikan yang diraihnya cukup tinggi. Dengan etika kebangsawanan yang tinggi. Hingga Syaikhah Uns di usianya yang baru menginjak dewasa sudah menjadi rujukan bagi para wanita bangsawan lain untuk bertanya. Hal ini kerana dia mempunyai ketajaman pemikiran dan kecerdikan minda.

Taqdirlah yang menjodohkannya dengan Sang Imam Ibnu Hajar. Melalui perantara guru Ibnu Hajar, Imam Ibnu Qotton. Pada bulan Syaban tahun 798 H, Mesir menjadi saksi kebahagiaan Ibnu Hajar dan Syaikhah Uns yang melangsungkan pernikahan mereka.

Ibnu Hajar ketika itu berusia 25 tahun sedangkan Syaikhah Uns berusia 18 tahun.

Syaikhah Uns telah memasuki dunia baru. Di sampingya kini adalah suami yang sekaligus ulama terkenal di zamannya. Ahli hadits yang tiada bandingnya. Dan Ibnu Hajar sungguh beruntung juga mendapat isteri solehah yang sangat mencitai ilmu. Allah telah menjodohkan pasangan yang sangat serasi ini. Tidak mustahillah walaupun telah berkahwin, ratusan kitab berjaya ditulisnya termasuk karya agung Fathul Bari yang siap ketika di alam rumah tangga...

Perkahwinan tidak sekali menghalangi sang Imam untuk terus berkarya dan berjasa kepada ummah..

Dengan penuh ketekunan dan cinta, Syaikhah Uns belajar hadits di rumah bersama suami tercinta yang mengajarnya juga dengan segala kesabaran dan kasih sayang.

Seiring dengan perjalanan waktu, Syaikhah Uns mulai menjadi wanita yang memiliki ilmu hadits. Hingga suatu saat, Syaikhah Uns menjadi salah satu dari ahli hadits wanita yang sangat jarang didapati ketika itu. Syaikhah Uns mulai memasuki dunia keilmuwan dan namanya dikenal oleh para pecinta ilmu.

Syaikhah Uns pun mulai disibukkan dengan mengajarkan ilmu hadits yang dipelajarinya dari sang suami. Seperti juga suaminya, Syaikhah Uns mempunyai murid-murid yang banyak. Ada yang membaca shohih Bukhari dari awal hingga akhir.

Syaikhah Uns tetap seperti wanita lain. Yang suka memasak dan membuat kueh istimewa. Setelah murid-muridnya menamatkan shohih Bukhari, biasanya Syaikhah Uns membuat kueh dan makanan serta buah-buahan. Uns mengundang penduduk daerah tersebut. undangan terbuka untuk umum. Semua murid dan penduduk kampung dari yang besar hingga yang kecil semua berduyun-duyun menghadiri kenduri besar itu. Apalagi hari itu, adalah hari menjelang bulan Ramadhan. Pesta itu ikut dihadiri oleh suami tercinta Ibnu Hajar.

Bahkan Imam As-Sakhowi yang juga murid Ibnu Hajar, pernah meminta untuk belajar hadits dari Syaikhah Uns. Dengan begitu sabar Ibnu Hajar duduk di samping isterinya yang sedang menyemak bacaan As-Sakhowi. Kebersamaan yang sangat indah.

Kebahagiaan keluarga berkah ini dilengkapi dengan hadirnya anak-anak buah cinta mereka. Syaikhah Uns memang luar biasa. Bukan saja sebagai pecinta ilmu, tetapi juga wanita yang memiliki kecintaan dan kasih sayang yang besar kepada suaminya dan memberikan keturunan untuk Ibnu Hajar.

Setelah empat tahun mereka menanti, Allah berkenan memberikan keturunan pertama, perempuan. Yang diberi nama Zein Khotun. Sebuah keluarga yang tertata rapi, kerana isteri yang terdidik di keluarga bangsawan yang penuh dengan kedisiplinan. Jarak dari satu anak ke anak yang lain hampir rata. Sekitar tiga tahun. Allah memberikan puteri kedua yang diberi nama Farhah. Berikutnya yang ketiga juga puteri yang diberi nama Gholiyah. Jarak tiga tahun berikut lahir puteri keempat yang diberi nama Robiah. Dan akhirnya yang kelima pun putri dengan nama Fatimah.

Pasangan dengan lima puteri yang cantik dan comel. Suasana keluarga semakin terasa indah dan meriah. Syaikhah Uns yang telah mengabdikan hidupnya untuk suaminya membuat Ibnu Hajar selalu merindukannya. Ketika Ibnu Hajar harus pergi meninggalkannya menuju Mekah dalam rangka melanjutkan menuntut ilmu, jarak Mesir-Mekah mengukir kerinduan yang mendalam di hati Ibnu Hajar. Kerinduan terhadap kelima puterinya dan ibu dari puteri-puterinya. Ibnu Hajar sempat menguntai bait-bait syair untuk mengungkapkan kerinduannya yang sangat dalam.

Begitu romantik dan puitis. Kalah kisah romeo dan juliet. Begitulah kisah cinta Ulama.

Perpisahan itu, semakin menambah, kebersamaan mereka semakin indah. Saat-saat Allah mempertemukan mereka kembali. Pada suatu hari Syaikhah Uns meminta untuk ditemani pergi haji. Ibnu Hajar pun pergi dengan isteri tercintanya itu untuk membangun kebersamaan itu di atas ibadah.

Setelah haji yang pertama ini, Syaikhah Uns kembali merindukan Mekah setelah kira-kira lima belas tahun berikutnya.Syaikhah Uns meminta izin kepada suaminya untuk pergi haji. Ibnu Hajar mengizinkannya. Kali ini Uns ditemani oleh cucunya Yusuf Syahin yang masih kecil.

Bersama kebahagiaan ini, Allah mempunyai kehendak lain. Kebahagiaan Syaikhah Uns bersama suami tercinta dan puteri-puterinya serta cucunya, harus menghadapi taqdir Allah. Satu persatu puterinya meninggal di pangkuannya. Puterinya yang ketiga dan keempat meninggal terlebih dahulu setelah tertimpa penyakit yang mewabah waktu itu. selang beberapa tahun berikutnya, putrinya pertama menyusul kedua adiknya. Untuk kemudian giliran Allah memanggil putrinya yang kedua dan terakhir.

Dengan segala keteguhan hati,Syaikhah Uns menerima taqdir Allah, melepas kepergian belahan jiwanya. Tidak ada keluh kesah, yang ada adalah pasrah Kepada Allah.

Syaikhah Uns bak mutiara kilauannya semakin bersinar dari hari ke hari.

Setelah lima puluh empat tahun mereka berbahagia bersama. Saling membantu, memahami, memaafkan dan bercinta. Pada bulan jumadil awal tahun 852 H Ibnu Hajar mendapat musibah sakit. Sakit itu berlanjutan sampai tujuh bulan lamanya. Dengan penuh pengabdian yang tulus dan kesabaran yang luar biasa, Uns merawat suaminya. Hingga pada malam Sabtu tanggal 28 Dzul Hijjah tahun 852 H Uns harus melepaskan orang yang paling dicintainya dalam hidupnya. Harus melepas kenangan indah bersama suaminya. Untuk dilanjutkan kelak di akhirat sana.

 Syaikhah Uns adalah wanita yang sangat setia. Tidak terfikir olehnya untuk menikah lagi. Padahal Syaikhah Uns masih hidup 15 tahun lagi setelah ditinggal suaminya. Dalam rentang 15 tahun itu Syaikhah Uns menghabiskannya untuk iimu, ibadah dan pengabdian kepada masyarakat. Allah berkenan memberinya usia panjang. Pada usianya yang ke-87 tepatnya bulan Robiul Awal tahun 867 H, Syaikhah Uns harus menghadap Penciptanya menyusul suami tercintanya rahimahumullahu ta'ala di taman-taman syurga...

" kenali ulama' kerana nanti akan disoal oleh Allah,masa hidup kita adakah kita cenderong kearahnya atau sebaliknya.."

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Tuesday 25 March 2014

| Hakikat Sebuah Perjalanan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:51 Comments : 0 Labels :




Bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah , syukur ke hadrat ALLAH , selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih memberi nikmat iman , islam , hidup dan banyak lagi nikmat-nikmat yang DIA beri kepada hamba-hambaNYA dalam keadaan kita sedar dan tidak sedar . Maha Suci ALLAH , DIA sangat pemurah :') Apa khabar sahabat-sahabat ana yang ana sayangi dan rindui kerana ALLAH ? . Terima kasih kerana masih sudi kekal mengikuti apa yang ana update di twitter , facebook dan blog yang usang ini :) . Semoga membawa manfaat kepada banyak pihak dan semoga ALLAH redha .

Alhamdulillah , ana sangat-sangat terharu bila baca setiap inbox kalian di facebook , mention kalian di twitter tentang niat ingin berhijrah ke arah yang lebih baik . Segala puji bagi ALLAH , kerana DIA telah menyentuh hati-hati kalian untuk kembali ke jalan yang DIA redha . Teruskanlah niat baik itu , jangan biar hanya separuh jalan . Sekali ALLAH sentuh hati kalian untuk berubah , pegang dan peluklah ia dengan erat . Kerana tidak semua bernasib baik mendapat hidayah dariNYA . Bersyukurlah ~

Sahabat-sahabatku , berubah itu mudah . Siapa-siapa pun mampu berubah , tetapi harus ingat ! Untuk istiqamah tidak semudah yang disangkakan . Diri harus benar-benar kuat , iman perlu benar-benar teguh. Mintalah dengan ALLAH sentiasa dalam setiap doa dan sujudmu agar ditetapkan hatimu dijalan yang DIA redha .Hakikat sebuah perjalanan menuju redha ALLAH itu sukar , kerana pengakhiran itu serba indah . Apa-apa sahaja perkara yang baik , pasti akan ada halangan kerana disitu DIA dapat menguji kekuatan iman dan kesungguhan kita dalam merebut redhaNYA . Apa pun perkara yang baik pasti akan ada rasa malas , tidak suka dan pelbagai perasaan negatif . Itu semua hasutan dan tipu daya syaitan agar dapat menyesatkan kita dan sekaligus mengheret kita di lembah kehinaan bersamanya . Adapun segala perkara yang berbentuk kejahatan , yang mampu mendatangkan murkaNYA akan dipenuhi dengan hiburan , rasa suka untuk melakukannya , rasa gembira , kerana itulah tipu daya dan muslihat yang ALLAH beri kepada hamba-hambaNYA . Jika kita meletakkan dunia di hati kita maka mudahlah untuk kita tewas dalam perjalanan menuju kepadaNYA , nauzubillahminzalik .


Ku akui hakikat diri yang juga lemah :( , tidak bermakna diriku yang berkata-kata ini sudah sempurna , hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang mengetahui . Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan nampak kita sentiasa tabah ,tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui sejauh mana ketabahannya :) Apa yang terzahir tidak semestinya benar . Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL .

Sahabat-sahabat yang ku kasih kerana ALLAH ,


Dalam perjalanan ini , kita pasti akan diuji . Semakin kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH , semakin berat ujian yang akan hadir . Kadang-kadang ujian itu hadir jua tanpa kita sedar . Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri . Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri . Tanpa kita sedar , ujian juga mampu mematangkan kita .

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.W.T kenapa kita diberi ujian yang berat sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita harus mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita :'(Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar , ingatlah bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya . Jadi mengapa harus kita mengalah dalam perjalanan menuju redhaNYA ?
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bisikkanlah pada hati , andai kita yakin hidup ini hanya sementara , jadi mengapa kita merasa yang setiap musibah itu akan berlarutan selama-lamanya ?

Bila dirimu ditimpa musibah , bila dirimu rasa diri benar-benar tidak berdaya dan hatimu menangis pedih . Lihatlah seluruh alam ini , lihatlah langit yang cantik membiru , lihatlah laut yang tenang . Tidakkah kau nampak kebesaran ALLAH ? Yakinlah DIA sentiasa bersama kita dan akan terus kekal bersama kita sehingga dunia ini tidak mampu lagi bertahan. Tabahkanlah diri , jangan mudah menyerah kalah , jangan benarkan diri kamu rebah menyembah bumi , teruslah berdiri , teruslah berjuang , teruslah bangkit tanpa menoleh kebelakang , tanpa menghiraukan segala duka . Yakinlah , kamu mampu :)

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Hati Bercerita |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:46 Comments : 0 Labels :




Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Entah kenapa saat ini , hati ini, jari jemari ini bergerak untuk mengimbau kenangan lalu. Ya Rabbi, cepatnya masa berlalu meninggalkan segalanya, dan yang tinggal hanya kenangan, Usah di tanya ada apa pada kisah silam , tetapi cukup di nyatakan ia hanya kenangan yang tidak mahu aku ulangi . Tapi sering kali ia menyapa mengingatkan aku tentang kealpaan aku terhadap Rabb yang satu . Kenapa ? Mengapa ia hadir , hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad.

Aku bermonolog sendirian, siapakah aku sekarang ini jika aku belum tersedar dari kejahilan yang menjatuhkan ? Siapakah aku saat ini seandainya hati ini tidak terketuk oleh hidayahNYA . Siapakah aku saat ini jika aku masih jauh di bumi sarawak suatu masa dahulu . Betapa indahnya perancangan DIA, betapa cantiknya ketentuan DIA . Penuh rahsia, penuh hikmah . Menitis air mata mengingatkan setiap detik kenangan silam , menangis kerana mengingatkan kebesaranNYA . Subhanallah , alhamdulillah .


Ya Rabb , jangan Kau bolak balikkan hati ini lagi. Biarlah ia tetap bberada di jalan yang Kau redha . Kuatkanlah hati dan semangatku untuk terus menjadi hamba yang baik buatMU . Dunia akhirat . Sudahlah.... aku penat dengan kealpaan , aku penat dengan kegelapan , aku penat dengan kesakitan jiwa yang dahagakan keimanan . Aku tidak mahu kembali kepada saat yang menjatuhkan diriku tanpa sedar .

Entah kenapa jari jemari pada malam ini laju membawa ke arah perkara-kara silam di laman sosial ini . Sakit apabila melihat gambar-gambar lama yang masih tidak di padam setelah aku meminta untuk di padamkan . Tidakkah kau mengerti sahabatku, aku bukan yang dulu lagim bantulah aku . Aku tidak mahu di azab dek kerana kesilapan lamaku . Ya benar, Allah itu Maha Pengampun . Tetapi izinkan aku untuk memadamkan segala kenangan lampau agar tidak aku mengingatinya lagi :(

Laju jari jemari ini menari di atas papan keyboard ini, meluahkan apa yang terasa di hati sehinggakan tidak mampu untuk bibir ini berkata-kata . Setiap wajah yang pernah berada dalam kehidupan silamku, tidak pernah aku lupakan . Kadang-kadang tertanya..... kemanakah mereka ? apa yang mereka sedang lakukan ? adakah mereka seperti yang dahulu lagi ? Aku memohon kepadaMu Ya Rabb, lindungi mereka . Suntiklah hati2 mereka untuk menerima hidayahMu sebagaimana Kau izinkan aku menerima secalit kasih sayangMu .

Ku kongsikan bersama-sama kalian tentang apa yang ku rasa untuk mengajak kalian bersama-sama memikirkan kebesaran dan kasih sayangNya yang tiada berbelah bahagi . Tetapi sayangnya , kita yang menyombong diri , angkuh !! Walhal kita amat memerlukanNYA . Ada apa pada dunia ? Melainkan hanya tipu daya , keseronokan yang bersifat sementara . Allah Allah Allah !! Selamatkan dunia ini daripada tipu daya syaitan dan musibah yang berpanjangan . Matikan kami dalam nikmat islam dan keimanan , matikanlah kami dalam keadaan bertakwa kepadaMu dengan sebenarnya takwa . Allahumma Amin .

Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala cerita. Yang tinggal hanyalah kenangan . Pergilah segala derita, datanglah bahagia . Nyah lah segala kegelapan , berikan aku cahaya yang menyinar.........

Selamat Tinggal wahai diri yang angkuh . Selamat datang diri yang menjadi hamba kepada Pencipta yang satu .

Aku lepaskan segalanya demi kebahagiaan di sana . Aku berlari meninggalkan semuanya demi menggapai keredhaanNYA ~



Sedarlah wahai hati yang resah bahawa Dia sentiasa ada bersamamu. Sentiasa dekat denganmu . Di kala kau berduka, kau bacalah ayat-ayat cintaNYA , Kau akan merasakan... dia seolah-olah berkata-kata denganmu. MasyaAllah, ketika itu tangisanmu akan menjadi lagu, kerana kau tahu di saat itu Dia berada di sisimu . Bila kau ingin bercakap denganNYA , panjatkanlah kesuh kesah dalam doa dan sujudmu , dirikanlah solat . Allah..... ku merinduiMU .

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| LINKS |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 10:11 Comments : 0 Labels :

Korang Follow lah link2 yang sy mention ni dorang awesome  :)

| FRIENDS |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 10:11 Comments : 0 Labels :


IkhlasDalam persahabatan, ikhlaskanlah diri kita terlebih dahulu. Ikhlas bererti tidak mengharapkan balasan. Sebagai contoh, kita menolong seorang rakan sewaktu dia dalam kesusahan tetapi apabila kita dalam kesusahan dia hilang entah ke mana. Sabar dan bertenanglah duhai hati. Situasi ini adalah perkara biasa dan menjadi lumrah dalam kehidupan tetapi ingatlah bahawasanya Allah akan sentiasa ada ketika hambanya dihimpit kesusahan dan Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan. Mungkin Allah kirimkan sahabat lain yang akan membantu kita atau dibukakan jalan dalam mencari penyelesaian kerana sesungguhnya kesusahan yang dihadapi hanyalah ujian dalam menguji tahap keimanan. Pokok pangkalnya, ikhlaslah tanpa mengharap balasan sesama manusia, kerana hanya pada Allah swt tempat kita bergantung harap.

Tanggungjawab
Sedar atau tidak duhai manusia, sahabat itu sebenarnya merupakan tanggungjawab kita bersama. Dalam bersahabat tegur menegur itu adalah perkara biasa. Bezanya, cara teguran itu dilaksanakan. Masa sentiasa berjalan dan kadangkala manusia juga turut berubah. Namun, perubahan samada baik atau buruk teman kita bukanlah modal untuk kita terus meninggalkannya. Syukur sekiranya perubahan itu merupakan ke arah kebaikan tetapi bantulah dan bertanggungjawablah sekiranya perubahan sahabat itu lebih ke arah kebinasaan. Sebagai sahabat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan dia ke jalan yang benar-benar diredhai Allah. Ingatlah, dia pernah menjadi sahabat kita, bersama-sama dalam menghadapi suka dan duka tetapi tatkala dia hilang arah wajarkah kita meninggalkannya dan terus membiarkan dia hidup dalam kegelapan? Benar-benar tulus dan sejatikah persahabatan kita dengan cara itu? Ingatkah kalian pada satu kata-kata yang berbunyi,

“Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."

Sahabat, Apa ertinya persahabatan kalau hanya muncul diwaktu bergembira tapi menghilang saat kedukaan melanda, Apa ertinya persahabatan kalau hadirnya sering melukai hati tanpa di sedari, Apa ertinya sahabat kalau hadirnya hanya menambah duka di hati, Apa ertinya sahabat andai tak mampu untuk berkongsi masalah, Apa ertinya sahabat bila kita gagal tak mampu memberi kata semangat, Apa ertinya sahabat kalau kelemahan kita di hebahkan kepada orang lain, Apa ertinya sahabat andai hadirnya membuat kita lupa pada Yang Maha Esa, Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih sahabat jangan sampai kita tersalah memilih,carilah sahabat yang boleh mengingatkan kita di saat kita alpa,memberi teguran di saat kita salah dan bila bersamanya kita sentiasa mengingati Allah…Sahabat till jannah..insyallah 

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| OWNER |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 10:10 Comments : 0 Labels :


Saya bukan seorang artis untuk DISEGANI,
Bukan seorang DAIE yang ingin dipandang tinggi dan mulia 24 hours,
Buka seorang hamba Allah yang inginkan pujian setiap UKHUWAH
Tetapi saya seorang HAMBA ALLAH yang dahagakan Cinta,Kasih dan Ilmu serta
keredhaan dari Sang Pemberi Nafas, Sang Pencipta.
Hanya Hamba Allah yang sedang mencuba menjadi seorang yang baik di pandangannya.


Latar belakang :
Nama : Cahaya Kesabaran ,
Umur : 16 tahun (2014) ,
Tmpat Lahir : Kuala Lumpur Hospital Pusrawi
Pendidikan
Sekolah Rendah :SK K
Sekolah Menengah :SMK (P) JI

Harapan :
Ingin menjadi seorang anak yang solehah
Ingin menjadi seorang isteri yang taat
Ingin menjadi seorang hamba Allah dan khalifahNya yang patuh kepada perintahNya
dan meninggalkan laranganNya
ya Allah
berikanlah aku hati yang sungguh mencintaimu
kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat , rezeki yang baik dan amalan yang diterima
ya Allah
jadikanlah aku redha dengan keputusanMu
sehingga aku tidak suka meminta agar dipercepat apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan
..Amin..


JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Monday 24 March 2014

| Manusia |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:54 Comments : 0 Labels :



Wahai Manusia,
Janganlah kau bermuka-muka,
Di hadapan kau senyum dan menyapa,
Di belakang kau cebik dan mencela,
seperti kalulah insan yang sempurna.

Wahai Manusia,
Janganlah kau bangga
dengan apa yang kau ada,
jawatan dan harta berjuta,
seperti kaulah raja semua.

Wahai manusia,
Janganlah kau anggap kau insan luar biasa,
asyik bangga dengan segalanya,
kelak pasti kau akan mati jua,
belum tentu kau masuk syurga dengan jaya,
tanpa melalui api neraka,
akibat dosa yang berjela-jela.

Wahai manusia,
janganlah alpa,
janganlah leka,
hidup kita cuma sementara,
marilah kita berbuat amal sentiasa,
kerana kita adalah sekadar hamba,
kepada sang Pencipta
iaitu ALLAH Azza Wajalla.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Jiwa PositifJika Hidup Bertuhan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:52 Comments : 0 Labels :



“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada Basyirah (yang tahu)”.
(QS, Al-Qiyamah, 75:14)


Ketika kita berbohong, yang tahu ini sangat tahu kita berbohong walaupun kata-kata kita sepertinya benar belaka.

Ketika kita tidak ikhlas, yang tahu ini sangat tahu kita tidak ikhlas walaupun kelakuan dan tutur kata seperti seorang yang ikhlas.

Ketika kita tidak khusyuk, yang tahu ini sangat tahu kita tidak khusyuk walaupun kita mengatakan kita khusyuk.

Kita tidak boleh lari dari “yang tahu” ini kerana “yang tahu” ini sentiasa ingin melakukan taqwa. “yang tahu” ini sentiasa mendapat instruksi-intruksi (arahan) Allah dan sama sekali “yang tahu” ini tidak pernah melayani nafsu.

“yang tahu” sentiasa berada dalam fitrah dan ia hanya bersikap diam tidak memaksa seperti nafsu yang sentiasa melonjak memaksa jiwa.



Ketika sedar Allah, kita sebenarnya cuba mendengar kehendak “yang tahu” ini. Kita melatih diri (nafs) ini mengikut kehendak “yang tahu” kerana “yang tahu” sentiasa mengikut kehendak Yang Maha Tahu.
Biarlah kita memiliki teknik atau kaedah apa pun jua dengan nama teknik itu teknik ini yang kita namakan. Namun seandainya kita tidak melakukan dengan kesedaran akan Allah SWT, dibimbangi kita tidak mendengar kata “yang tahu” ini akibat lebih banyak mengikut kata nafsu dan emosi.

JPHBT tidak memberikan apa jua teknik untuk diwar-warkan kerana teknik atau kaedah yang wujud hari ini semuanya ada dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul. Yang ingin ditekankan, LAKUKAN APA JUA KEBAIKAN, namun yang utama SEDARLAH ALLAH SETIAP SAAT.

Semoga kita mampu bukan sekadar memahami kehendak “yang tahu” ini tetapi mampu mengikutnya (“yang tahu”) ini kerana “yang tahu” ini sentiasa ingin melakukan kehendak-kehendak Tuhan.
 Cubalah sekarang ini diam… dan dengarlah kata-kata “yang tahu” ini. Kita sering namakannya sebagai hati kecil, suara hati, mata hati dan pelbagai namun di dalam Al-Quran ia dikenali sebagai Basyirah
Sentiasa sedar dan sebut nama Tuhanmu

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Keindahan Sementara |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:47 Comments : 0 Labels :



Kita mengharapkan sesuatu yang kita lalui di akhiri dengan sesuatu yang indah.
Masuk sekolah rendah, mendapat 5A dalam UPSR adalah impian.
Masuk sekolah menengah, 10A dalam genggaman itu lah harapan.
Semuanya kerana kita mahu satu kepuasan, hasil daripada usaha yang dilakukan.

Di alam universiti, bermula dengan degree, Master kemudian PhD.
Kalaupun tidak mampu mencapai tahap PhD, paling tidak di peringkat degree, kita mahukan keputusan yang sangat baik.
Kita mengharapkan sesuatu yang indah.

Apabila sudah dewasa, kita berkenalan dengan seseorang.
Pada kita, dia lah istimewa.
Semasa tempoh berkenalan, kita menjaga batas-batas pergaulan yang ada.
Bukan dengan dia semata, tetapi dengan semua manusia di sekeliling kita.
Kerana, kita yakin, ia akan memberi pengaruh yang besar semasa kita sudah berkahwin nanti.
Kita menjaga ikhtilat, kerana kita mengharapkan perkahwinan kita nanti lebih diberkati dan terlihat keindahannya.

Para mujahidin Palestin bersungguh-sungguh membebaskan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis.
Dari sekecil-kecil usaha melempar batu, hinggalah mengangkat senjata berada di medan tempur, telah pun mereka lakukan.
Hingga kini usaha itu masih berterusan.
Walaupun kemenangan yang dijanjikan Tuhan pasti tiba, namun, jika mata tak sempat melihat nya,
syahid di jalan-Nya juga adalah suatu yang indah.

Janji Allah suatu yang indah.
Syurga yang digambarkan di dalam Al-Quran, dimana mengalir sungai-sungai di bawahnya,
bukanlah seperti yang kita sangka, dan yang kita bayangkan di dalam kepala.
Ianya pasti lebih hebat dari yang kita 'rasa-rasa'!

Hakikatnya, kita asyik membayangkan keindahan yang dapat di capai oleh mata seperti sekarang.
Mana mungkin, kerana ianya pasti tidak sama.

Kita mengharapkan sesuatu yang dapat dilihat dan dicapai dengan segera.
Mana mungkin, kerana jika begitu, tiadalah manusia mahu bermujahadah.
Mujahadah itu penting dalam menggapai redha-Nya yang bukan semurah cinta dunia!

Kita manusia yang tergesa-gesa.
Mengharapkan keindahan yang datang dengan cepat dan mudah.
Kalau berdoa tika ini, kalau boleh esok juga kita mahu.

Tidak mustahil pun bagi-Nya!

Cuma untuk kita yang kadang-kadang cepat merungut, cepat menyalahkan,
Hati itu cepat sahaja mengatakan, "Aku dah usaha! Asyik tak dapat je!"

Kerana kita ini mengharapkan keindahan yang sementara.
Bermujahadah memang kita tak mahu rasa.
Sebagaimana degree itu bukan untuk mereka yang TIDAK berusaha,
Begitu jugalah syurga, yang bukan untuk mereka yang TIDAK bermujahadah melawan al-hawa.

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Cintakan Allah atau Harta |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:45 Comments : 0 Labels :




Betulkah harta yang selama ini kita cari dalam dunia?

Hartakah yang memberikan kita kebahagiaan?

Akan selamanya kah kita mampu membeli segalanya dengan harta?

Jom kita lihat bagaimana Rasulullah menyedarkan hambanya,

Ini ucapan nabi memujuk kaum ansar yg terkilan setelah nabi memberikan kesemua harta ghanimah kepada penduduk Islam Makkah.

“Hai kaum Anshar, aku telah mendengar perkataan kalian! Bukankah ketika aku datang kalian masih dalam keadaan tersesat kemudian ALLAH memberikan hidayah kepada kalian dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kalian masih bermusuhan kemudian ALLAH mempersatukan hati kalian dengan perantaraanku? Bukankah ketika itu kalian masih hidup menderita kemudian ALLAH membuat kalian berasa cukup dengan perantaraanku?“

Setiap kali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya, mereka menjawb: “Benar! ALLAH dan Rasul-NYA lebih pemurah dan utama.“
Selanjutnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: “Hai kaum Anshar, kenapa kalian tidak menjawab?“

“Apa yang hendak kami katakan wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ? Dan bagaimanakah kami harus menjawab? Kemuliaan bagi ALLAH dan Rasul-NYA”, sahut mereka.

Nabi melanjutkan: “Demi ALLAH, jika kalian mahu, tentu kalian dapat mengatakan yang sebenarnya: Anda datang kepada kami sebagai orang yang didustakan, kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai orang yang diusir kemudian kami lindungi. Anda datang sebagai orang yang menderita kemudian kami santuni.“

Mereka menyahut dengan menjerit diselangi esak tangis: “Kemuliaan itu bagi ALLAH dan Rasul-NYA.“

Rasulullah meneruskan: “Hai kaum Anshar, apakah kalian berasa marah kerana tidak menerima sampah kemewahan dunia yang tiada ertinya? Dengan sampah itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru saja memeluk Islam sedangkan kalian telah lama Islam. Hai kaum Ansahr, apakah kalian tidak puas melihat orang lain pulang membawa kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah? Demi ALLAH, apa yang kalian bawa pulang itu lebih baik daripada apa yang mereka bawa. Demi ALLAH yang nyawa Muhammad berada di tangan-NYA, kalau bukan karena hijrah nescaya aku menjadi salah seorang dari Anshar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung yang lain, aku pasti turut berjalan di lereng gunung yang ditempuh kaum Anshar. Sesungguhnya kalian akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (surga). Ya ALLAH limpahkanlah rahmat-MU kepada kaum Anshar, kepada anak-anak kaum Anshar, dan kepada cucu kaum Anshar.“

Mendengar ucapan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tersebut, kaum Anshar menangis sehingga janggut mereka dibasahi air mata. Kemudian mereka menjawab: “Kami rela mendapatkan ALLAH dan Rasul-NYA sebagai pembahagian dan kepunyaan kami.“

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

Sunday 23 March 2014

| La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 09:05 Comments : 0 Labels :


|

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf: 18]

Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

"Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati." [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

| Jatuh Bangun Kehidupan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:52 Comments : 0 Labels :




Hati..

Bahagian paling sukar difahami.

Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.

Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.

Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.

Kadang menghegeh mencari ruang.

Menebar rasa yang lama terpendam.

Mencari ruang untuk menyembuh.

Dek luka semalam.

Belum sembuh, barangkali.

Jiwa..

Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.

Perit lagi ya?

Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.

Luahkan.

Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.

Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.

Sukar kan.

Memapar senyum.

Membalas tawa.

Saat diri terbenam dalam duka.

Kau sendiri pernah rasa kan?

Karena itu.

Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.

Kita, jangan sesekali hina hidup orang.

Jatuh bangun dia. Naik turun dia.

Cuma Allah tahu.

Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.

Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.

Berhentilah.

Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.

Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.

Dulu, pernah ada yang bilang,

“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

Ketahui-lah.

Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.

Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.

Puas. Kau akan puas.

Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.

Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.

Bisik sama hati,

“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.
Satu benda kau kena faham.

Satu benda.

Kita ini, bukan kuat mana.

Bukan tabah mana.

Bukan cekal mana.

Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.

Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.

Ingat Tuhan. Cari Tuhan.

Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,

“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”

“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”


Moga nanti kan kau fahami.

Hikmah-hikmah yang ter-alir.

Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;

Syurga.

“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]

………………
Kekal tegar ya,

Moga Allah menjaga.