Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Thursday 29 March 2012

Kenapa aku sering diuji ??

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:05 Comments : 0 Labels :


Kenapa aku sering diuji ??

Dalam hidup ni, banyak sangat ujian yang mendatang..kadang kala tak putus-putus, pernah tak tercetus soalan ni dalam kepala masing-masing? Kenapa aku sering diuji ?

Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..

Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka, ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, ujian juga datang adalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita di dunia.

Baik tak ujian ni ?

Bila dilihat dari satu sudut, ujian ini adalah satu masalah dan kesusahan. Tapi bila dilihat dari satu sudut, ujian ini yang menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya. Ia seolah-olah "menyedar"kan kita sebelum kita hanyut di bawa arus dunia, ia seolah-olah nak "ketuk" pintu hati kita supaya jangan jauh daripada yang Maha Esa sebab kebiasaan manusia bila susah baru nak cari Tuhan..kan ?

Tapi..

kenapa hanya aku sahaja yang selalu diuji ? bukan dia..ataupun dia ?

Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita, hanya kita yang terpilih untuk diuji? Untung kan? Sedangkan orang lain Allah tidak hiraukan..kita beruntungkan ? Allah nak kita selalu dekat denganNya.

Contoh :

Belajar di sekolah dah 6 tahun, bolehkan kita katakan dia seorang yang pandai ?
Tak..
Selagi tidak terbukti, no reason kita labelkan dia seorang yang pandai walaupun dah belajar lama di sekolah.
Maka, sebab itu lah wujudnya UPSR untuk menguji siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya.
Ujian itu dapat mengenalpasti status seseorang sama ada dia dapat kuasai isi pembelajaran atau tidak.

Macam tu juga dalam kehidupan..tidaklah dia dikatakan sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji. Kalau dalam keadaan biasa, semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah, tapi bila datangnya ujian..baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak.

Ujian itu satu perkara yang positif..set minda supaya lihat sesuatu perkara itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..

P/s : Dalam kehidupan, jika hidup ini tiada masalah..tidaklah mencabar dan rasa hambar. Masalah ni best jugak kan? Saya belajar dalam subjek Keusahawanan, minda orang usahawan ni..mereka pandang bahawa masalah ini adalah satu peluang. Tak kira la apa pun, yang penting, masalah yang datang telah mengajar diri kita menjadi lebih kuat dan hebat ;)

Tuesday 20 March 2012

Kita Menguap Syaitan Ketawa

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 08:29 Comments : 0 Labels :


Okey korang.... pernah menguap tak?
haha,, tipu lar tu sekiranya anda mengatakan tidak kerana meguap memang diciptakan untuk manusia..

K... bercakap tentang menguap...
bagaimana ye sebenarnya adab menguap dalam Islam?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”
Riwayat al-Bukhari

ok.

1-berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat
2- meletakkan tangan di atas mulut
3-Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap
4-Sunat mengucapkan Astaghfirullah slps menguap

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya "telah bersabda Rasulullah s.a.w., "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)

Rasulullah menjelaskan lagi, daripada Safiyah binti Huyayn, sabdanya, "Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut pembuluh darah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


kesan menguap kepada manusia: manusia menjadi malas beribadat dan malas melakukan kebaikan

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah dari menguap dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi "HAAA" maka syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

menguap dalam solat lebih makruh kerana ia seolah-olah kita tidak mengambil berat dan tidak fokus dalam bacaan solat.

ok,, renung-renungkan dan selamat beramal :)

Saturday 17 March 2012

Inspirasi Hati

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:51 Comments : 0 Labels :

::Inspirasi Hati::
kita tak perlu mencari SESEORANG YANG SEMPURNA untuk menjadi
TEMAN SEJATI cukuplah mempunyai seorang teman yang
menjadikan kita SEMPURNA apabila BERSAMANYA...

❤ Ya Rabb ❤
Ya Rabb! Jangan pernah Kau biarkan aku mengalirkan air mata kerna kecewa mengejar cinta insani. Biarkan aku menangis untuk CintaMu..Jika aku cinta, cintakanlah daku kepada lelaki yang mencintaiMu...ameen..


❤ Future Zauj ❤
“ Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu. Dan juga bukan paras rupa yg ku pandang... bukan harta benda, material yang ku inginkan... bukan nama jua pangkat yg ku banggakan... tapi cukuplah engkau mempunyai ilmu, iman dan agama dan kesetiaan yg teguh di hatimu.. Apalah gunanya diri disayangi andai jauh dari rahmatNya..."


❤ Buat Sahabatku ❤
Buat teman-teman yang mengenaliku,…Terima kasih kerana berkawan denganku,…Syukur ku panjatkan kepada Yang Maha esa kerana mempertemukan kita,…Aku tidak pernah jemu menjalin ikatan denganmu,…Aku berharap dapat berjumpa denganmu di dalam Jannah-Nya,…..Aku berharap kamu tidak akan melupakanku,..Dan aku berharap kamu mendoakanku.. Agar sentiasa thebat dalam jalan ini & tabah menghadapi cabaran dunia… brtemanlah krn Allah,kita pasti xkan kecewa..Mohon maaf atas khilafku yg mgkin xku sdari…

Kosong

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:34 Comments : 0 Labels :


Hati, bile selalu sgt terluka lama2 kan jadi KOSONG. Perasaan, bila selalu sgt didera, lama2 akan jadi KOSONG. Kehidupan, bila mana tiada kasih dan syg akan berakhir dengan KOSONG. Jiwa, bila terlalu lama menjauh dengan Pencipta, juga kan menjadi KOSONG.

Entah bagaimana harus menjaga lagi. Terkadang yg dijaga tidak menghargai yg menjaga. Terkadang yg dicintai tidak menjaga yg mencintai. Yg dikasihi tidak mencintai yg mengasihi, Hmm.

Dan semestinya, setiap manusia punya perasaan ingin disayangi. Dicintai. Dikasihi. Itu pasti. Yg berbeza, bagaimana perasaan itu ditanam di dalam jiwa. Sama ada ditanam bersama baja, atau tidak. Bila mana yg ditanam bersama baja itu berkemungkinan tumbuh lebih pantas dan segar, dan yg tidak itu berkemungkinan yg sebaliknya.

Susah. Sukar menjaga hati yg tidak mahu tunduk pada kehebatan kasih syg. Dan yg menjaga, seolah-olah seperti boneka. Terus dan terus menjaga sedangkan hati sendiri semakin lama semakin tipis dihiris sembilu. Semakin parah dicengkam kesakitan yg mendera, dan semakin pilu ditenggelami tangisan yg menemani malam2 yg sepi..

Kosong lagi. Ruang hati yg dulu terisi cinta yg dirasakan cinta terakhir, kini kosong lagi. Tiada lagi kata2 rindu. Yg ada cume kekosongan ruang hati yg pasti, tidak sewenang-wenangnya dihuni oleh mereka yg tidak bernama. Bagaimana harus diberi ruang hati yg kosong ini kepada yg tidak selayaknya diberi andai luka semalam masih basah dan berdarah? Pedih.

Hati2 yg kosong, isilah hati2 yg kosong itu dengan cinta Illahi. Moga cahaya kan tiba. Yg kosong akan terisi. Yg pudar akan kembali terasa. Yg pilu akan kembali terubat. Cinta yg pergi tidak akan ditangisi. Tapi bergembiralah. Kerana Dia pasti menganugerahkan cinta yg baru, cinta padaNya. Cinta yg hakiki. Tiada penyesalan, Yg ada cuma rasa cinta yg mendalam Membakar, menemani malam2 sepi,

CAHAYA vs KEGELAPAN

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:31 Comments : 0 Labels :



Tiba satu ketika, kita harus fahami semua ini. Percintaan. Perkongsian rasa kasih syg yg tiada di sebut di dalam agama melainkan selepas kita menikah. Satu saat kita harus menerima, kalau hubungan CINTA sebelum nikah itu umpama KEGELAPAN dan AGAMA kita umpama cahaya. Kedua2 mereka tidak akan pernah bisa bersatu, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, Mereka tidak mungkin jua wujud pada satu tempat yg sama. Justeru kedua2nya bersifat saling berlawanan.

CAHAYA. Yg sering dikaitkan dengan ilmu. Yg mampu menghapus kegelapan perkara yg batil. Dan mereka yg melakukan maksiat itu tiada akan dimasuki cahaya ilmu sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan cinta. Tidak mungkin akan ada suatu percintaan yg halal bagi kita melainkan selepas kita menikah. Walhal, kita tidak sama sekali pernah berbicara soal akad kerana kita merasakan kalau itu semua masih terlalu awal untuk menapak beberapa langkah ke hadapan mendahului yg lain2 mereka di luar sana.

Kata Ustaz Azhar Idrus,
"Jangan disentuh hati seorang wanita jika tiada niat dalam hatimu untuk memperisterikannya. Jangan berbicara soal cinta jika bukan satu perkahwinan yg engkau mahukan untuk melengkapkan hubungan ini"

SUBHANALLAH. Ternyata sekali aku telah tewas dengan nafsu cinta, yg dibebani dengan suatu perasaan ingin disayangi sementelah semua ini tiada halalnya bagiku melainkan jika aku menikah.


KEGELAPAN. Ramai yg masih memilih kegelapan sedangkan ada cahaya menunggu.Dan cendekiawan berpendapat kalau sebenarnya kegelapan itu tidak wujud. Hujah yg amat mudah, Kegelapan hanya akan wujud apabila tiada cahaya. Dan cahaya itu sudah kita sedia maklum adalah ilmu. Jika ilmu soal agama tidak kita persiapkan sebaiknya, maka kegelapan menghampiri. Cinta yg kita sulam itu sebelum nikah itu adalah kegelapan, jadi tiada lagi berkat dan suci cinta itu. Oleh itu, saat berada didalam kegelapan, berusahalah. Cahaya itu harus dicari. Tidak ia datang sendiri. Usaha dan taubat. Maka akan dibukakan pintu cahaya seluas-luasnya oleh Dia.

Pintalah cahaya daripada Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang memberi cahaya. Allah berfirman yg bermaksud:
"Cahaya di atas cahaya(berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya sesiapa yg Dia kehendaki"
(surah al-Nur 24: 35)

*peringatan kepada diri sendiri dan juga orng lain.

Thursday 15 March 2012

Awak yang salah !!

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:26 Comments : 0 Labels :

Kita selalu rasa diri kita betul kan..kita selalu rasa kita je yang tak pernah buat silap. Kalau ditimpa sesuatu masalah atau musibah, kita sering je menuding jari kepada orang lain. Kenapa manusia seringkali macam tu? Semua tu disebabkan sifat ego yang ada dalam diri, sifat ego yang sering digunakan pada tempat yang salah. Meskipun itu bukan kesilapan diri sendiri, bukan ke lebih baik kita sama-sama perbetulkan dan jangan mudah menuding jari ke arah seseorang. Hakikatnya bila kita tuding jari ke arah orang lain, 1 jari kita tunjuk dekat orang lain dan 4 jari mengarah pada diri sendiri..itu la hakikatnya.

Kalau dalam masalah apa sekalipun meskipun dalam hidup bekeluarga, bermasyarakat atau bernegara..pasti akan wujud juga masalah macam ni. Kenapa mesti salah kan orang lain? Contohnya dalam masalah atau isu murtad di negara ni. Kenapa mesti saling mempersalahkan pihak lain? Pernah tak kita muhasabah diri sendiri, kita sebagai umat Islam..yang mengaku diri ini Islam, ada tak kita jalankan kerja-kerja Dakwah dan Islah. Pernah kah kita berfikir? Bila timbul je isu murtad, isu lesbian, homoseks dan lain-lain..kita salahkan orang Kristian, betul ke diorang yang salah? Hakikatnya masing-masing menjalankan tugas tersendiri. Mereka percaya bahawa agama mereka dapat menyelamatkan diri di hari kemudian..dah tentu mereka akan jalankan dakyah Kristian. Kita pula..duduk diam tanpa buat kerja dan bila ada isu atau masalah yang timbul, dengan mudahnya menuding jari kepada semua orang. Sedar tak bahawa kita yang tak buat kerja?

Untuk mengelakkan diri daripada suka menuding jari kepada orang lain, kita perlu muhasabah diri sentiasa. Perlu sedar diri. Contohnya dalam isu murtad yang berlaku, tak perlu kita salahkan pihak lain..kita yang perlu ambil tindakan untuk mengelakkan perkara ni daripada berterusan iaitu dengan cara mengukuhan AKIDAH umat Islam. Bila akidah dah kukuh, walau apa dugaan yang mendatang pun pasti tak akan goyah iman di dada.

Umpamanya begini la..akar (akidah), ranting dan batang (ibadah) dan buah (akhlak)..akidah tunjang kehidupan.

Masalah setiap zaman adalah berbeza-beza, jadi..kita sendiri pun tak pasti cabaran dan masalah yang mengancam agama dan umat Islam pada masa depan, jadi, usaha yang kita sentiasa perlu lakukan ialah KUKUHKAN AKIDAH umat Islam itu sendiri. Jangan tuding-tuding jari kepada pihak lain terutamanya kristian, bukan bermaksud saya menyokong mereka tetapi mereka buat kerja mereka (mereka merasakan mereka berada di pihak yang benar) cuma kita sahaja yang tak buat kerja.

Perumpamaan : Walau sehebat mana ujian yang mendatang, tetapi iman yang kukuh tersemat dihati..tetap tak akan tumbang mahupun mengalah ~

P/s : Mula buat kerja dan berhenti tuding-tuding jari ke arah orang lain..

Kawan : Penentu siapa diri kita

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:18 Comments : 0 Labels :

"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"


Itu adalah ungkapan atau pepatah Melayu yang biasa kita dengar kan. Kawan biar ramai, tapi kekasih biar satu je. Betul la tu kan. Tapi, kawan rapat mesti dalam bilangan yang sikit. Sorang or dua orang. Mungkin. Sebab secara fitrah, kita memang tak boleh hidup sorang-sorang. Mesti nak berkawan. Tapi sejauh mana kawan tersebut dapat mempengaruhi hidup kita?

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul. Tu kisah lain la pulak kan. Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Oleh itu, untuk menjadi baik..kita perlu berkawan dengan orang yang baik sebab kita akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan kebaikan mereka. Perkara yang sebaliknya pula berlaku bila berkawan dengan orang yang jahat.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Kawan yang baik itu ialah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan, mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira..dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik.

P/s : Jangan tersilap langkah sampai terjumpa "musuh dalam selimut pula" :)

Best sangat ke kritik orang?

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:04 Comments : 0 Labels :



Kadang-kadang kita ni senang je bercakap kan..cakap macam tu, cakap macam ni. Macam-macam kita cakap..macam-macam kita komen, komplen, kritik, kutuk. Itu ini dan bla bla bla. Best sangat ye perbuatan mengkritik tu?

Bukan apa la..kritik, komen atau yang sama maksudnya memang bagus tapi biar lah kritikan yang membina bukan sebaliknya. Orang lain mudah je memberi kritikan, tu la bagus ini tak bagus. Kena buat macam ni, jangan buat macam tu. Cakap memang mudah..kadang-kadang cakap je banyak, tapi habuk pun takde. Betul kan? Orang yang macam ni nak dikategorikan dalam jenis apa ye? Mereka ni suka menilai dan memberi komen serta kritikan kepada apa yang orang lain lakukan..

Bagi saya kan, kalau nak kritik biarlah dengan cara yang baik..cara yang berhikmah. Sama juga macam kita nak berdakwah..barulah macam perumpamaan "tarik rambut dalam tepung" rambut tak putus, tepung tak berselerak. Lebih kurang la kan. Kadang-kadang juga ada manusia yang bila lebih sikit, mula la nak kritik orang lain. Tak kira la lebih ilmu, lebih harta atau lebih cantik.

Yang paling tak elok ialah bila dia seorang yang berpenampilan baik..maaf saya cakap ye. Ada juga sebahagian mereka yang hanya kelihatan baik pada luaran sahaja tetapi dalaman kurang baik. Hipokrit. Nampak je orang yang penampilan biasa-biasa ni terus je komplen..itu la ini la. Bagi saya, kita tak boleh nak melabelkan seseorang itu masuk neraka or masuk syurga. Mana tau satu hari dia berubah dan jadi baik daripada yang mengkritik tu.

Orang yang selalu mengkritik tu walaupun penampilan yang baik sama la jugak dengan orang yang tak pakai tudung tapi hati baik. Bahkan mereka yang berpenampilan baik tu lagi teruk sebab seolah-olah berpura-pura. Jangan selalu nak kritik orang lain je..yang penting, selalu muhasabah diri sendiri dulu. Kalau nak kritik, biarlah yang membina. Nak mengkritik pun perlu beradab jugak tau ~

Wednesday 14 March 2012

Berkat doa darinya

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 09:40 Comments : 0 Labels :

Ada dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.

Pada suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang daripada doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati masing-masing. Maka si A dan si B berdoa siang dan malam untuk memastikan doa mereka dimakbulkan..

Selepas itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang menghampiri pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu, si A pun di selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga kerana doanya dimakbulkan dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam berdoa berbaanding si B yang tidak dimakbulkan doanya itu. Si A berasa sangat bangga dan merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tuhan.

Doa si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke rumah. Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya berkisar tentang diri sendiri)

Doa si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..

Hakikatnya, bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh Tuhan..kerana hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan berdoa untuk orang lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya hebat dan disayangi oleh Tuhan..

P/s : Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin berkat doa ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang lain. Mungkin juga bukan doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin juga doa mereka semua yang diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan lupa daratan. Barangkali, mungkin seumur hidup ini..semua kejayaan datangnya berkat daripada doa orang lain. Mungkin!!

{ cerita kat atas tu ada pengubahsuaian daripada saya sikit, jalan cerita asal macam dah lupa sikit-sikit :) }

Doa orang yang cepat dimakbulkan dan doa yang tidak dimakbulkan

Kelebihan Wanita Solehah

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:16 Comments : 0 Labels :



Tak terlambat rasanya saya nak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita yang membaca entri saya ni. Seperti mana yang kita tau, dalam setahun ada 365 hari..dan hanya 1 hari sahaja iaitu semalam merupakan Hari Wanita Sedunia. (8.3). Tapi ini tak bermakna hanya semalam sahaja kaum lelaki perlu menghormati dan menghargai wanita, bahkan seluruh hidupnya mereka perlu menghormati wanita kerana wanita jualah yang sentiasa akan mendampingi mereka.

Jika sebelum bernikah, ibu mereka..jasa ibu kita tak kan mampu untuk membalasnya. Jika sudah berumah tangga, isteri pula menjadi pelengkap kehidupan. Walaupun sudah berkahwin, lelaki masih lagi terikat dengan ibunya..begitu tinggi Islam meletakkan martabat seorang wanita. Semoga kaum Adam dapat menyedari perkara ini dan melindungi kaum Hawa yang lemah dan menyayangi mereka.

Wanita yang dipandang tinggi oleh Islam ialah wanita yang solehah, iaitu melakukan suruhan Allah dan RasulNya serta patuh dan taat kepada suami. Wanita seperti ini yang akan menghiasi dunia ini. "Seindah perhiasan adalah wanita solehah". Terdapat beberapa kelebihan seorang wanita yang solehah..jom kita baca..

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab..

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” . Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. ”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.

p/s: Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

Berikut merupakan beberapa kelebihan seorang wanita yang solehah. Sama-samalah kita cuba memeperbaiki diri untuk menjadi sebaik-baik perhiasan duniawi ini.

P/s : Baru sempat nak update blog dan buat entri ni sebab semalam ada 2 mid sem ;)

Sumber

Buat Insan Bernama Wanita

Kenapa tak letak gambar?

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:13 Comments : 0 Labels :



Kenapa tak nak letak gambar langsung?

Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa tak nak letak gambar sama ada di facebook atau belog walaupun dia boleh letak..bukan sebab muka tak cantik atau tak hensem. Masing-masing punyai alasan tersendiri. Dulu saya tak berapa kisah dan ambil berat tentang ni, saya sendiri pun letak gambar di fb or belog tapi kecik-kecik je. Gambar tu pun bukanlah posing mana, biasa je. Tapi, tak lama lepas tu saya dah tak letak langsung.
Kenapa?

Antara sebabnya ialah :

- Dinasihati oleh seorang rakan tentang bahaya letak gambar di internet. Mula- mula dulu memang la tak nak terima, tapi bila dah baca macam-macam kes, ada yang disihir, ada yang dibogelkan dan macam-macam lagi..saya memang dah tak nak letak gambar. Orang dalam dunia ni, macam-macam perangai..kita sendiri tak dapat nak menjangkakan apa yang akan berlaku.

- Saya seorang wanita. Wanita mudah menimbulkan fitnah disebabkan dirinya sendiri, jadi kena jaga diri baik-baik. Kita tak tahu apa perasaan orang yang melihat gambar kita terutamanya lelaki. Mungkin bagi kita biasa, tetapi bagi dia mungkin gambar tu boleh menaikkan syahwatnya atau yang lain-lain. Jadi, jaga diri.

- Nasihat ustaz. Tengok video pendapat ustaz tentang hukum letak gambar di fb, kebanyakan ustaz kurang bersetuju perempuan sebarkan gambar-gambar privacy di laman sosial terutamanya gambar yang posing-posing.

- Memang dah bernekad tak nak letak gambar. Biarlah orang lain kenal saya melalui penulisan saya je, bukan disebabkan rupa paras. Walaupun tak secantik wanita lain, saya bersyukur kerana diciptakan sebagai seorang yang sempurna. Yang mana dah kenal saya, tak pe la. Yang masih tak kenal, saya mahu dikenali kerana hasil penulisan saya di belog je.

Bila dah ramai sangat yang tengok, maka akan pudarlah kecantikan itu ~

- Sifat malu yang perlu ada dalam diri setiap wanita. Malu nak sebarkan gambar posing-posing maut dan tunjuk kepada semua orang.

Wanita @ perempuan memang suka dipuji sebab tu kebanyakannya akan share gambar-gambar yang comel-comel di belog or facebook. Kalau tak comel pun, edit dulu baru share. Apa faedah yang kita dapat?

Antara soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus dalam video ni :

1. Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambarnya dalam fb, twitter dan sebagainya?
2. Apa hukum wanita tak tutup aurat masukkan gambar ke dalam fb atau seumpamanya?
3. Hukum orang yang ambil gambar orang lain yang tidak menutup aurat..

Contoh gambar yang dimanipulasi..jumpa di fb pada 7/2/2012

P/s : Kalau saya tak jaga diri saya , siapa lagi yang nak jaga ??

Duhai Wanita..Anda begitu berharga!!

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:12 Comments : 0 Labels :



Wahai kawan-kawan ku sekalian(khas untuk wanita)...anda sedar tak bahawa anda begitu berharga? Jika anda sedar, letakkan lah diri anda di tempat yang sepatut dan selayaknya. Sebagai contoh, batu permata yang dipandang tinggi nilainya oleh manusia. Diletakkan di dalam balang kaca yang tiada sorang pun yang boleh menyentuhnya melainkan orang yang telah memilikinya. Boleh faham kan perumpamaan ni?

Antara contoh lain pula ialah rama-rama..semakin ramai yang menyentuh, semakin hilang keserian warna kepaknya dan semakin rosak dan rendah nilai corak yang ada pada kepak rama-rama tersebut. Boleh faham jugak kan??

Selain tu, jika diumpamakan dengan lollipop ( mesti ramai yang suke kan!!). Jika dibiarkan lollipop yang terdedah dan yang tidak terdedah...agak-agak kawan-kawan nak pilih yang mana? Yang mana agak-agaknya tak dihinggapi semut atau lalat? Mestilah pilih yang masih dalam plastik balutannya lagi kan?

Hmmmm...pelbagai perumpamaan yang dibuat untuk menggambarkan betapa tingginya nilai wanita dalam Islam. Antaranya ialah :

Batu permata
Rama-rama
Bunga
Lollipop (menggambarkan kepentingan menutup aurat)

Mesti kawan-kawan dah biasa dengar hadith ni kan
"Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Agaknya dah naik jemu kan...tapi, betul ke dah benar-benar memahami hadith tersebut? Adakah kita tergolong dalam kategori wanita solehah? Tepuk dada, tanyalah iman~

Sebelum saya nak meneruskan apa yang saya nak sampaikan ni, saya nak bagitau bahawa ini merupakan pendapat saya sahaja. Yang baik boleh ambil dan yang buruk sila tinggalkan.

Sekarang ni kan..ramai blogger wanita yang suka meletakkan gambar-gambar di blog kan. Macam-macam posing ada, bagi saya..bukan tak boleh..boleh. Mungkin perlu letak beberapa keping gambar saiz yang kecil sebagai tanda bahawa awak pemilik blog tersebut. Kalau tak letak gambar pun tak jadi masaalah saya rasa..sebab orang akan menilai penulisan kita, insyaAllah kalau hasil penulisan kita baik..orang akan datang dan jenguk blog kita selalu kan? Kawan-kawan tak takut ke kalau gambar kawan-kawan tu dicuri?

Kita tak tahu niat orang lain, macam-macam diorang boleh buat dengan gambar kita. Lagipun di internet, semua tu tak mustahil terjadi. Mungkin kalau kawan-kawan nak letak pun, letak lah gambar yang menutup aurat. InsyaAllah tak akan timbul fitnah. Kedatangan Islam telah meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi berbanding sewaktu zaman Jahiliyyah. Wanita di hormati..oleh itu, kita sebagai wanita perlu lah menjaga diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? Wanita mudah menimbulkan fitnah..tak kira tempat dan masa. Walaupun kita tak lakukan perkara yang salah, pasti akan ada fitnah jika kita tidak pandai menjaga diri.

Perisai seorang wanita ialah MALU. Jika perasaan malu tiada, maka akan hilang lah sesuatu yang berharga dalam diri kita. Berbalik kepada topik utama, tentang gambar tadi..mungkin gambar-gambar tersebut dijadikan koleksi peribadi je kan. Video pun sama. Kawan-kawan tau kan..bahawa lelaki punyai nafsu hanya pada wanita. Kalau kita letak gambar or video yang tidak sempurna menutup aurat..mungkin pelbagai tafsiran yang mereka boleh buat, boleh bayangkan and so on.

Kemudian, kalau kawan-kawan dahulunya tidak bertudung..tidak menutup aurat dengan sempurna tapi sekarang syukur Alhamdulillah dah mula bertudung, dah mula menutup aurat..dan ada gambar or video yang masih lagi menunjukkan aurat kawan-kawan, saya rasa..sila lah buang. Bukan apa, itu masa silam, dan tak perlu ditunjukkan gambar tersebut kepada public.Simpan sahaja kecantikan tersebut untuk SUAMI anda. Apa guna kalau kita menjadi perhatian semua lelaki, akan tetapi terdapat murka Allah disitu? Siapakah kita disisiNya? Sedarkah kita? Cuba muhasabah diri kembali..

Saya menulis bukan kerana saya iri hati, bukan kerana saya cemburu, bukan juga kerana saya dengki. Tapi kerana saya juga seorang wanita..saya tak mahu kaum saya dipermainkan dan diperkotak katikkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga menulis kerana SAYANG kepada kawan-kawan. Kalau bukan kita yang sayang pada diri kita..siapa lagi? ( Dah dua kali saya ulang ayat ni~)

Jaga diri..hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia.

P/s : Peringatan buat diri saya jugak..sebab saya yang menaip entri ni ;)

Andai lelaki tahu..

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:10 Comments : 0 Labels :



Andai lelaki tahu..
Dalam hati seorang perempuan..
Ada naluri untuk disayangi, ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada rasa untuk didengar keluh kesahnya..
Ada waktu2 diminta ditemani kesedihannya..

Andai lelaki tahu…
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
Marah seorang perempuan perlu didekati..
Sedih seorang perempuan harus didengari..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andai nya lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut..
Bukan untuk dimanjai..
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
Tetapi..hanya perlu sedikit perhatian..
Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh..

....Andai nya lelaki tahu....

Untungnya menjadi Wanita

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:08 Comments : 0 Labels :



6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


- Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

- Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

- Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

- Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

- Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

- Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita &
isteri agar tidak derhaka denganNya..

P/s : Saya copy artikel ni dari fb..

Bersyukur la kerana menjadi seorang wanita...lelaki pun ada kelebihannya yang tersendiri >__<

Taqlid Buta

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:03 Comments : 0 Labels :



"Hujan lebat. Malam amat gelap. Saya juga tak tahu jalan ke arah bandar. Bagaimana saya mahu memandu untuk pergi ke bandar?" tanya seorang anak kepada ayahnya. "Kalau begitu ayah cadangkan kepada kamu satu cara," kata ayahnya. "Apakah caranya ayah?" "Kamu ikut sahaja lampu kereta yang ada di hadapan." "Baiklah ayah."

Sebaik memandu keretanya keluar dari rumah, pemuda itu menunggu sahaja kereta lalu. Kemudian dia mengekori belakang sebuah kereta yang menuju ke arah bandar, berpandukan lampu belakang kereta itu. 'Mudah sangat,' bisiknya. Apabila kereta tersebut membelok ke kanan, dia ikut belok kanan. Apabila membelok ke kiri, dia pun belok ke kiri. Apabila berhenti, dia juga berhenti. Seratus peratus ikut lampu kereta di hadapan!

Hujan masih lebat, dan cuaca juga masih gelap..namun dia yakin akan sampai ke bandar jika dia terus mengikut kereta itu. Tidak lama kemudian, kereta di hadapan bergerak perlahan dan akhirnya berhenti. Dia menunggu, tetapi kereta itu tidak bergerak-gerak lagi dan kemudian lampu belakangnya dipadamkan.

"Mengapa kamu berhenti? Kita belum sampai lagi di bandar," katanya setelah keluar dari kereta kepada pemandu di hadapan. "La, ini rumah saya! Kenapa saudara mengikut saya sampai ke pintu pagar rumah saya ni?" Pemuda itu menepuk dahinya. Itulah akibatnya mengikut orang lain secara membuta tuli.

Pengajaran : Kita hanya boleh memimpin orang yang celik. Jika kita ingin mengikut sesuatu fahaman, kumpulan, atau apa-apa sahaja dalam hidup ini, kita mestilah mengikutnya dengan ilmu dan penuh kesedaran. Jangan taqlid buta..


(Al-Quran panduan penunjuk jalan~)

Kambing dan Telaga Buta

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:02 Comments : 0 Labels :



Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar jatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir di tuang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94 : 5-6)

P/s : Diri kita sendiri yang dapat menentukan nasib kita di masa hadapan. Saya salin kisah ni dari dalam buku untuk dijadikan pedoman bersama~

Hargailah Orang Yang Kita Miliki

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 07:00 Comments : 0 Labels :



Setelah lama tak berbelog, akhiranya saya update jugak. Kali ni saya nak tulis satu perumpamaan tentang kasih sayang. Saya salin daripada satu video yang saya ambil daripada youtube~

Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah pilih rumput yang paling cantik, bawa ke kelas..


Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu cikgu bertanya..

CIKGU : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik..

CIKGU : Ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan baik walau pun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi yang baik dan cantik macam rumput tadi....

P/s : Sayangilah orang yang kita miliki =]

Tiga Tetamu Misteri

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:58 Comments : 0 Labels :



Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi ke kebun yang berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, " Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman menunggu suami saya pulang?" Salah seorang daripada mereka berkata "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar." Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

" Saya kekayaan," kata lelaki pertama. "Saya kejayaan," kata lelaki kedua. "Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir. Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk." "Jadi, kamu terpaksa memilih antara kami bertiga?" "Ya," jawab mereka. "Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah. "Kita pilih kekayaan," cadang isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini ." "Tidak" kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi. " "Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ibu dan ayah saling berkasih sayang dan menyayangi saya...."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. "Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah. "Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan minta." Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah, namun diiringi dengan kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga msuk ke rumah. "Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang beerti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan kemana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya." Mendengar yang demikian, suami, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!!

Pengajaran : Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali iaitu kaya harta dan kaya jiwa....

Anak Murid Kesayangan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:56 Comments : 0 Labels :



Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu. Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih,tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.


Satu hari,guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang dan masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu, dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.

Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih. "Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?"tanya guru. "Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa." "Maksud kamu?"tanya guru itu lagi.Murid itu pun berkata "dimana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat."ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu.

Kualiti vs Kuantiti

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:53 Comments : 0 Labels :


Apa yang kita faham dengan kuantiti dan kualiti?

Biasanya kuantiti tu ialah bilangan sesuatu dan kualiti tu ialah nilai sesuatu. Tak kira la benda ke perkara ke..semua boleh guna, yang penting sesuai.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, Kan Danbo? ;p

Kenapa pula dengan kuantiti dan kualiti ni?


Kalau nak di ikutkan, kedua-dua sama penting..lagi elok kalau jalan seiring. Tapi, kadang kala kita sebagai manusia ni tak mampu nak dapatkan yang sempurna. Kita boleh buat ikut kadar kemampuan dan pilih mana terbaik buat diri sendiri. Banyak perkara yang kita boleh kaitkan dengan dua perkara ni..saling kait mengait antara satu sama lain.Contohnya : ibadah yang kita lakukan, ilmu yang kita belajar, harta yang kita miliki dan lain-lain.

Bagi saya, kualiti tu lebih penting berbanding kuantiti. Walaupun kita buat hanya sedikit, tapi bermakna. Daripada buat banyak tapi tak memberi kesan apa-apa. Kan?

Contoh situasi :

1 #
Bersedekah walau seringgit tapi ikhlas berbanding sedekah sejuta tapi niat menunjuk-nunjuk.

2 #
Ilmu yang dipelajari walaupun sedikit, diamalkan dalam hidup berbanding banyak ilmu tapi langsung tak amalkan.

3 #
Berubah dan tetap istiqamah walaupun hanya sedikit berbanding mereka yang langsung tak nak berubah sebab memperlekehkan orang yang berubah tapi masih lagi tak betul.

4 #
Kongsi ilmu yang ada dengan orang lain walaupun baru belajar sikit..bukan nak tunggu ilmu banyak baru nak kongsi. Hakikatnya memang tak kan banyak.

5 #
Anak yang sedikit tapi berguna berbanding anak ramai tapi tak mampu beri manfaat kepada masyarakat bahkan beri mudharat.

Saya kongsikan sikit apa yang saya baca dalam buku Aku Terima Nikahnya, ustaz tu kata memang anak ramai itu sunnah Nabi. Nabi suka umatnya ramai bahkan salah satu dasar pemilihan seorang isteri ialah perempuan yang subur dan dapat melahirkan ramai anak. Tapi, kalau ramai dan tak hidup dengan cara hidup Islam serta ikut cara Nabi pun tak guna jugak kan. Bahkan bukan tu je, beri mudarat kepada orang lain pulak. Contohnya pencuri ke. Ikut olahan ayat saya sendiri ni, tapi isi lebih kurang sama.

Biar anak sikit, tapi berguna (^^,)

Biar sikit tapi berkualiti berbanding ramai tapi merosakkan. Anak tu amanah Allah kan, anak ramai pun satu rezeki. Jadi, di akhirat nanti akan dipersoalkan oleh Allah. Ramai dan berkualiti itu lebih baik, kan?

Yang paling penting, biar sikit dan istiqamah (berterusan) buat. Bukan banyak tapi kejap buat kejap tidak..kesimpulannya? Fikir la sendiri.hehe

P/s : Nak berubah pun macam tu jugak..sedikit demi sedikit. Biar hati kita betul-betul tetap. Yang penting ada usaha dan ada perubahan, biar la sikit. Lama-lama nanti banyak la kan?

Manusia yang sombong

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:50 Comments : 0 Labels :



Bersyukur kerana kita menjadi seorang manusia..kejadian kita berasal daripada air, apabila jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu. Tetapi, bila ia tumpah ke rahim, kita menjadi manusia. Allah mengangkat kita ke satu darjat yang paling tinggi antara makhluk-makhluk yang lain. Bersyukur tak kita?

Bukti kita bersyukur atas segala nikmat yang diberi ialah kita patuh akan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Tanda yang paling jelas ialah satu perbuatan kita di dalam solat iaitu sujud. Sujud menunjukkan bahawa kita sedar siapa diri kita di hadapanNya dan menyebabkan akan hilang rasa angkuh, riyak dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Hari ini, berapa ramai yang masih enggan sujud kepadaNya?

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan bahawa terdapat makhluk lain yang bersujud kepada Allah s.w.t :

Malaikat sujud

Maksudnya : (Setelah selesai kejadian adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali..
( Surah Al-Hijr 15 : 30)


Pokok sujud

Maksudnya : Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturannya..
( Surah Ar-Rahman 55 : 6)


Bayang-bayang sujud

Maksudnya : Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

( Surah An-Nahl 16 : 48 )


Makhluk melata sujud

Maksudnya : Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya). Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

( Surah An-Nahl 16 : 49-50)


Semua makhluk sujud kepada Allah

Maksudnya : Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi..
( Surah An-Nahl 16 : 49)

Daripada ayat-ayat Allah ini menunjukkan bahawa kesemua makhluknya sama ada yang berakal ataupun tidak tunduk atau sujud kepadaNya. Daripada sekecil-kecil kejadian hinggalah sebesar-besarnya. Semua berada dalam keadaan yang hina di hadapan Allah. Mereka patuh dengan bersujud kepadaNya. Seharusnya manusia sebaik-baik kejadian, wajib lebih bersyukur dan lebih bersujud dan tunduk berbanding makhluk yang lain.

Ayat yang menunjukkan bahawa tidak semua manusia sujud kepada Allah s.w.t dalam Surah Al-Haj surah ke 22 ayat 18 :

Maksudnya : Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkannya.

Dalam ayat tersebut jelaslah bahawa terdapat sebahagian manusia yang bersujud dan sebahagiannya enggan..semua itu adalah disebabkan kealpaan mereka terhadapa nikmat dunia.

Sujud ini adalah bukti kepatuhan dan ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Orang yang enggan sujud kepada Nya adalah orang yang derhaka. Ketika peristiwa penciptaan Nabi Adam a.s, Allah memerintahkan semua malaikat dan jin sujud kepada Adam. Namun, yang ingkar ialah iblis. Perintah sujud kepada Adam merupakan satu perintah Allah untuk melihat sejauh mana ketaatan makhlukNya kepada perintahNya. Jika manusia juga tidak mahu sujud kepada Allah, manusia juga boleh dikategorikan sama seperti makhluk yang mana? Fikirkan sendiri..

P/s : Allah dah beri kita segala macam nikmat, namun kita masih lagi sombong. Masih ingkar. Kalau kita sesama manusia macam ni, kita mesti dah di cop sebagai manusia tak kenang budi kan? Tapi, Allah itu Maha Pemurah..Maha Pengasih. Dia memberi kita nikmat walaupun kita ingkar kepadaNya. Dia memberi kita masa untuk berubah. Sedarkah kita??

Doa Orang Yang Cepat Dimakbulkan dan Tidak Dimakbulkan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:43 Comments : 0 Labels :



Doa Orang Yang Cepat Dimakbulkan

#Doa mereka yang dizalimi
#Doa orang tua dan kanak-kanak
#Doa ibu bapa kepada anak-anaknya
#Doa anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya
#Doa orang yang soleh dan taqwa
#Doa orang musafir ( musafir yang diharuskan )
#Doa orang yang berpuasa ( waktu berbuka )
#Doa orang sakit dan orang yang berada dalam kesusahan
#Doa para Malaikat dan Rasul/Nabi
#Doa raja atau pemerintah yang adil

Doa Orang Yang Tidak Dimakbulkan

#Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya ( mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangan )
#Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda
#Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan segala isi kandungannya
#Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh kepadanya
#Kamu berdoa memohon dijauhkan daripada api neraka tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat
#Kamu berdoa semoga dimasukkan ke dalam syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya
#Kamu tahu bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia untuknya
#Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri
#Kamu memakan rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya
#Kamu mengebumikan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya

"Sesungguhnya kemungkinan salah satu perkara tersebut menjadi penyebab mengapa doa kamu tidak dimakbulkan"

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:40 Comments : 0 Labels :



Sesungguhhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaibannya yang tersendiri sehinggakan dapat menahan ketetapan Qada' dan Qadar dari Allah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya doa itu pemberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa kerana itu berdoalah kamu"

Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa adala senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya dari langit"

(Riwayat Abu Ya'la dan Hakim)

Jadi wajarlah setiap orang mukmin menjadikan doa sebagai senjata dan perisai dalam menghadapai dunia yang penuh dengan dugaan sama ada ditimpa musibah atau dalam kesenangan, gembira atau dukacita, bahagia atau derita, sakit atau sihat hendaklah kita selalu menggunakan "hadiah" yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. selalu iaiatu DOA.

Terdapat waktu-waktu yang mustajab (mudah diterima ) doa, antaranya ialah :

Selepas azan
Antara iqamah dan sembahyang
Antara 2 khutbah
Waktu sahur
1/3 malam
Waktu hujan turun
Di tengah medan peperangan yang terlalu sengit
Semasa melihat kaabah
Ketika tawaf dan Sa'ie
Selepas setiap kali mendirikan sembahyang
Ketika berpuasa wajib atau sunat
Semasa dalam penderitaan atau kesusahan
Selepas membaca Al-Quran
Waktu hampir berbuka puasa
Semasa meminum air zamzam
Ketika ayam berkokok (pagi/subuh)
Semasa berkumpul di majlis zikir

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam keadaan yang hina"
(Surah Al-Mu'min 40 : 60)


Jom Jaga Tepi Kain Orang Lain

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:55 Comments : 0 Labels :



Kenapa tiba-tiba je saya ajak jaga tepi kain orang lain eh? Mesti ada yang akan cakap.."nak buat ape aku jaga tepi kain orang, jaga diri sendiri je la. Hidup dia, dia punya pasal..hidup aku..aku punya pasal. Kubur kan lain-lain." Lebih kurang camtu la agaknya kan atau pun ada respon yang lain..bila cakap je pasal jaga tepi kain orang, mesti akan fikir yang negatif kan. Cuba kita fikir yang positif, dalam erti kata lain ialah peduli dan ambil berat tentang orang lain. Sebab apa kita fikir negatif, sebab kita dah set dalam minda..tak perlu jaga tepi kain orang lain, tak perlu sibuk-sibuk hal orang lain kan.



Dalam sedar tak sedar rupanya kita dah mengenepikan konsep dakwah yang disuruh oleh Islam, asas untuk berdakwah ialah sikap kepedulian yang wujud dalam diri seseorang. Jaga tepi kain orang yang saya maksudkan ialah kita ambil tahu hal orang lain dan cuba untuk membantu mereka keluar daripada kesesatan ataupun kemungkaran, bukan nya jaga tepi kain orang yang biasa kita maksudkan iaitu ambil tahu hal orang lain dan sebarkan kepada semua tentang keaiban dirinya..macam mami jarum tu la.

Urusan dakwah ni bukan urusan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pak haji, tok iman je..bahkan setiap individu muslim ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk berdakwah iaitu amar ma'ruf nahi mungkar. Tak ada istilah pengecualian..jika dah bergelar muslim, maka tanggungjawab itu turut perlu kita terima. Seperti mana yang saya tulis dulu, menuntut ilmu itu satu keperluan. Oleh itu, tak dapat tidak untuk kita lari daripada amanah ini.


Wasiat Luqman kepada anaknya :

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan."
(Surah Luqman 31:17)

Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita dengan Allah iaitu solat
Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita sesama manusia iaitu amar ma'ruf nahi mungkar
Dalam ayat ini juga bukan sahaja menyebut tentang suruhan berdakwah, tetapi realiti dakwah itu sendiri iaitu " ...dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu."

Dakwah itu sasarannya manusia. Halangannya ialah nafsu dan syaitan. Dakwah itu suatu tugas. Upahnya ialah ujian yang mendatang. Dakwah bukan jalan yang senang, pendakwah pasti teruji.

Menuntut Ilmu itu satu keperluan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:52 Comments : 0 Labels :


Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.

Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muuslim, maka individu tersebut akan berdosa.

Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.

Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara.

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud.

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidup kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya.

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.

Sekadar Peringatan dan Renungan bersama..

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:50 Comments : 0 Labels :



Saya nak kongsikan dengan kawan-kawan satu artikel ni..semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri dan beringat selalu. Betul juga apa yang dikatakan dalam artikel ni. Saya baca di group Jihad Al-Quran.

Mari kita renung-renungkan bersama, fikir-fikirkan bersama.. jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access.dan
selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah.. mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

tetapi..

sedarkah kita, gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna.. macam mana nanti? lelaki/wanita ajnabi terus-terusan tengok.. dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..

macam mana? pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, seluar pendek yang menunjukkan aurat? bagaimana?

mungkin kini.. kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..

tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti.. semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.. di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.. tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.. peliharalah dirimu sebelum dirimu dikafankan..

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah.. mati itu pasti.. persiapkan diri untuk mati itu satu kewajipan..

P/s : Bukan saja di Fb, malah boleh jadi juga di blog dan laman sosial yang lain. Mati tu suatu yang pasti..kullu nafsin zaiqatul maut. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma masa dan ketikanya je yang kita tak tau..cepat ke,lambat ke. Macam tu lah juga dengan penulisan kita, akan menjadi saksi bila kita mati nanti. Kalau kita buruk-burukkan orang lain di fb, di blog, di twitter dan lain-lain..kita tak sempat padam dan tak mintak maaf kepada orang yang kita sakiti. Berdosa kita..sama la juga kalau kita memfitnah orang lain dan sebarkan di fb, blog dan sebagainya. Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kita apabila kita mati..kadang-kadang perkara ni kita tak pernah terfikir kan. Jadi, sekarang apa kata kita mula menulis perkara yang baik-baik dan buang gambar-gambar yang kita rasakan kurang sesuai untuk ditunjukkan kepada umum.

Manusia, Malaikat & Syaitan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:49 Comments : 0 Labels :



Hari tu saya terjumpa satu artikel ni ni Fb, saya rasa menarik..jadi, saya kongsikan di sini. Mungkin ada yang pernah baca dan mungkin ada yang tak pernah. Jom la baca ~

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

P/s : Agak-agaknya mungkin lebih kurang macam ni la bisikan-bisikan yang kita selalu dengar atau yang menyebabkan hati kita menjadi waswas...mungkin juga kan. Apa-apa pun, jadikan ini sebagai satu iktibar supaya kita beringat sentiasa.

Iman mengatasi Akal

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:47 Comments : 0 Labels :



Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Syed Mohd NorHisyam tentang Isra' Mikraj. Topik yang dibincangkan dan dikupas sangat menarik..Ustaz tersebut menulis bahawa apabila bertembung antara akal dan nas (Al-Quran), maka orang mukmin mestilah mengutamakan nas. Ini lah hakikat iman.Dan peristiwa Isra' Mikraj juga yang menyebabkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq mendapat gelaran As-Siddiq kerana mempercayai kisah yang diceritakan oleh Rasulullah sedangkan orang lain tidak mempercayai baginda pada ketika itu. As-Siddiq bermaksud yang membenarkan. Hal ini disebabkan oleh kerana iman mengatasi akal.

Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini, lahirnya 2 kelompok manusia iaitu orang yang kembali murtad dan orang yang semakin bertambah keimanan mereka kepada Allah s.w.t.


Orang yang murtad itu ialah orang yang mengutamakan logik akal berbanding iman mereka..mereka tidak dapat menerima bahawa perjalanan Rasulullah hanya berlaku dalam satu malam sedangkan pada hakikatnya ia mesti berlaku lebih kurang dalam 2 bulan untuk pergi dan balik. Oleh itu, sesatlah mereka.
Orang yang bertambah keimanan pula ialah mereka menilai perkara ini menggunakan keimanan dan bukannya akal fikiran di hadapan. Apabila mendengar ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah, maka mereka terus mengimaninya.
Jika diaplikasikan konsep Isra' Mikraj pada zaman moden ini, sebagai contoh :

Dalam dunia perniagaan
Orang yang menggunakan akal semata-mata percaya bahawa mustahil sekiranya di dalam perniagaan yang tidak menggunakan unsur penipuan akan berjaya, tidak menggunakan unsur rasuah akan mendapat kekayaan. Bagi mereka, ia adalah mustahil.
Bagi orang yang berpegang kepada nas Al-Quran, mereka akan bertegas dan percaya bahawa Al-Quran dan hadis menegah perbuatan tersebut dan mereka menjamin bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah s.w.t.
Dari aspek undang-undang
Masih lagi wujudnya manusia yang mengenepikan hukum hudud dan qisas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah supaya dilaksanakan oleh manusia, manusia yang angkuh ialah mereka yang mengenepikan arahan Allah dan melaksanakan undang-undang ciptaannya sendiri dengan menganggap bahawa undang-undang ciptaan mereka lebih hebat. Akibatnya, jenayah semakin berleluasa dan semakin parah.
Dari aspek pentadbiran
Telah wujud sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin yang dapat dijadikan panduan dalam mentadbir negara berlandaskan Islam, pelbagai masalah yang wujud dapat dijadikan contoh berdasarkan pentadbiran Rasulullah dan para sahabat. Namun, masih lagi mengagungkan pentadbiran Barat yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Jadikan ini satu prinsip hidup : "Apabila bertembung antara akal dan nas, maka nas mesti diutamakan." Walaupun pada hakikatnya akal yang benar dan tulus akan sentiasa selaras dengan nas, tetapi kadang-kadang manusia sering tewas apabila nafsu menguasai akal.


Allah s.w.t menjanjikan pertolongan kepada golongan yang mengutamakan iman dalam perbuatan. Semoga kita kekal dalam keimanan yang dibawa oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

P/s : Isi tulisan ini saya ambil sedikit daripada artikel yang saya sebutkan tadi, tapi terdapat pengolahan daripada ayat saya sendiri. Semoga bermanfaat..

Jalan Luas vs Jalan Sempit

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:44 Comments : 0 Labels :



Apa maksud Jalan sempit tu ye? Maksudnya ialah orang yang bersusah-susah dahulu untuk mencapai kejayaan, kesenangan, kekayaan dan lain-lain.

Maksud Jalan Luas tu pula apa ye? Maksudnya ialah orang yang suka mengambil cara atau jalan mudah atau lebih dikenali "short cut" untuk mencapai kejayaan, kesenangan atau kekayaan dalam hidup.

Zaman sekarang ni agak-agak ramai orang yang lalu jalan mana eh? Ada orang kata, dah jalan tu luas, mesti la ramai lalu situ tak kan nak lalu jalan sempit pula kan. Kalau ada yang cakap macam ni, maksudnya diorang tu tak faham bahasa kiasan. Dalam kehidupan kita sekarang ni, kita dapati ramai yang ambil rasuah, berjudi, merompak, dan lain-lain. Mereka semua ni lalu jalan yang luas, ambil cara yang mudah untuk kesenangan hidup di dunia iaitu dengan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.

Namun, ada juga segelintir manusia yang masih lagi taat pada perintah Allah dengan cara mengambil jalan yang sempit iaitu mengumpul dan mencari rezeki dengan cara yang betul. Dengan bersusah payah dahulu. Dengan mengambil kira erti halal dan haram, menjaga setiap apa yang dilakukan. Dalam kehidupan manusia yang serba bercelaru, namun tak ramai yang mengambil jalan yang sempit ini.

Hanya mereka yang taat perintah Allah sahaja yang akan merasa nikmat halawatul iman (kemanisan iman), dunia ni hanya sementara dan akhirat yang kekal abadi. Apa yang dilakukan di dunia, akan memberi kesan di akhirat kelak.. Dunia ini ladang akhirat. Apa yang ditanam, itulah nanti yang dipetik.

Sekian