
Bila terjatuh, baru teringat mengadu pada tuhan..
bila tersungkur, mula rebah hilang pedoman..
maafkan aku ya Allah..
ujian itu tanda Dia sayangkan hambaNya..
meningkatkan iman membina jiwa..
membawa hambaNya kembali ke jalan redha..
terima kasih ya Allah..
Kau mengisi kekosongan hati ini..
tiada lagi resah dihati..
kekuatan itu terasa melindungi..
pada redhaMu segalanya berpaksi..
tapi ya Allah ikhlaskan hati ini..
beramal beribadah cuma untukMu ya Rabbi..
jangan ada rasa riak dan ujub dihati..
salah niat, amal tiada berguna lagi..
Pstt :
Aku tidak sehebat Khadijah yang amat Rasulullah sayangi,aku tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara demi meraih cintaMu, aku juga tidak sesolehah Fatimah, penghulu bidadari syurga..
juga aku tidak sekuat Sumaiyyah dan Asiah, jauh sekali seperti Hajar dan Sarah..
lalu bantulah aku Ya Allah.. teguhkan imanku.. sentiasalah bersamaku dalam mengharungi kehidupan ini.. :’(
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment