
Kata-kata Dr. Najlaa, isteri kepada Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya :
" Dihari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik, kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya. Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi. Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Maralah wahai Sang Presiden, Demi ALLAH, jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu! "
.............................
"Sungguh mereka (orang kafir) merencanakan tipu daya yang jahat, dan Aku pun membuat rencana yang jitu. Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir. Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu." (at-Thoriq :15-17)
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment