Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 9 July 2013

| Kata-Kata Imam Syafie Tentang Kehidupan |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 22:09 Comments : 0 Labels :


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang terpuji, Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

Salam Jumaat :)

Dengan masa yang semakin suntuk lebih kurang 4 bulan sebelum menghadapi satu peperiksaan penting dalam hidup seorang pelajar tingkatan 5, aku mencuri sikit masa untuk menulis blog dengan niat untuk berkongsi sikit ilmu. Tajuk telah ter-taip di atas dan izinkan saya untuk menyebarkan dan menghebah-hebahkan kata-kata yang penuh hikmah dan penuh manfaat daripada Tokoh Ilmuan terkenal dengan gelaran Bapa Ushul Fiqh.


Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."


Kata-kata mutiara Imam Syafie tentang kehidupan :


1.Belajarlah ilmu fiqh sebelum menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

2.Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

3.Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.

4.Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa yang hendak pada akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu.

5.Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menutut ilmu semasa dalam kemiskinan.

6.Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpa berbuat demikian maka kehalusan ilmu akan hilang.

7.Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

8.Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

9.Bersahabat dengan orang yang tidak takut dengan keaiban akan mendapat malu di akhirat.

10.Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.








Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

No comments: