Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Thursday 19 April 2012

| Amalan idaman hati~~jom istiqamah ! |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 05:30 Comments : 0 Labels :

Hurm, semakin hari kita belajar, dekat dengan ilmu, semakin terasa betapa kerdilnya diri ini. lebih-lebih lagi dalam mengutip setiap satu ilmu-ilmuNya.

Kadang-kala terasa diri ni sungguh lemah ya Allah. Yup, lemah untuk memahami, menjalani dan mencepatkan segala kerja baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan. Dengan erti kata yang mudah, dalam diri penuh dengan virus sifat MALAS. Astaghfirullah ! exam pulak is in coming…siapa lar ada jual anti virus MALAS ni..nak bli 1..hee.. Ya Allah, jauhkan sikap kemalasan dalam diriku ini plizzz. Permudahkan segala urusanku !

Okie~ let’s straight to the point..today saya nak share amalan baru yang menjadi idaman hati saya. Moga akan tetap kukuh menjadi rutin harian dan terus istiqamah sebab mencari istiqamah tu lah yang paling payah sebenarnya. Dan semoga hati akan sekuat mungkin, rezeki akan melimpah ruah, ketenangan datang menerpa, sentiasa positif dengan aturanNya ! ameen~ yukk kita sama2 kita jadikan amalan2 berikut sebagai rutian harian kita :

1) Membaca Al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar
2) Membaca zikir harian
3) Bacaan Al-Quran setiap hari
4) Solat hajat seminggu sekali
5) Banyakkan membaca buku2 agama
6) Sentiasa muhasabah diri.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Permudahkan perubahan ini Ya Allah dan semoga kita istiqamah dalam melaksanakan amalan2 kebaikan :) biarlah perkara/amalan yang kita lakukan sedikit asalkan kita berterusan melakukannya..daripada amalan yang banyak tapi hanyalah sementara..an..jangan pandang pada kuantiti tapi pandanglah pada kualitinya..biar sedikit asal diberkati..daripada banyak tapi memudaratkan hati.. so kepada mereka yang di luar..sape-sape saje yang ingin berubah.. jangan TAKOT atau MALU my dears..kita tak keseorangan...kita ade ALLAH..itu yang penting! kaloo kite ikhlas,inshaallah ALLAH akan tolong kite tolong luruskan jalan kite dan iman kite supaya teguh untuk berubah dan istiqamah! Saya tahu Saya pun bukannya baik sangat pun.. masih nipis lagi iman saya…xsemua orang sempurna an..tapi,mari kita berusaha mencari kembali ALLAH... kita boleh k..fitrah manusia sentiasa mahu kebaikan…jadi takpe....kuatkan semangat dan mula mencari dan berusaha ! dan mudah2an amalan2 yang nampak susah dilakukan seperti dalam checklist kat atas tu akan nampak mudah dengan niat ikhlas lillahi taala !

At last.....jangan tungu lama2..tapi berubahlah sekarang.. sebab kita tak tau bile malaikat IZRAIL akan jemput kite satu hari nanti..takkan kite nak cakap dengan malaikat.."emm jap eyh,nak berubah lahh..."…huhuhuhu..so,mari berubah sekarang...=)

Nota Hati 1 : Kadang2 kita hambaNYA yang penuh dengan kekurangan menganggap segala amal yang perlu kita lakukan sangat sulit dari meniti sehelai rambut .. tapi bila buat kejahatan sangat2 senang... T_T.

No comments: