Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 25 March 2014

| FRIENDS |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 10:11 Comments : 0 Labels :


IkhlasDalam persahabatan, ikhlaskanlah diri kita terlebih dahulu. Ikhlas bererti tidak mengharapkan balasan. Sebagai contoh, kita menolong seorang rakan sewaktu dia dalam kesusahan tetapi apabila kita dalam kesusahan dia hilang entah ke mana. Sabar dan bertenanglah duhai hati. Situasi ini adalah perkara biasa dan menjadi lumrah dalam kehidupan tetapi ingatlah bahawasanya Allah akan sentiasa ada ketika hambanya dihimpit kesusahan dan Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan. Mungkin Allah kirimkan sahabat lain yang akan membantu kita atau dibukakan jalan dalam mencari penyelesaian kerana sesungguhnya kesusahan yang dihadapi hanyalah ujian dalam menguji tahap keimanan. Pokok pangkalnya, ikhlaslah tanpa mengharap balasan sesama manusia, kerana hanya pada Allah swt tempat kita bergantung harap.

Tanggungjawab
Sedar atau tidak duhai manusia, sahabat itu sebenarnya merupakan tanggungjawab kita bersama. Dalam bersahabat tegur menegur itu adalah perkara biasa. Bezanya, cara teguran itu dilaksanakan. Masa sentiasa berjalan dan kadangkala manusia juga turut berubah. Namun, perubahan samada baik atau buruk teman kita bukanlah modal untuk kita terus meninggalkannya. Syukur sekiranya perubahan itu merupakan ke arah kebaikan tetapi bantulah dan bertanggungjawablah sekiranya perubahan sahabat itu lebih ke arah kebinasaan. Sebagai sahabat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan dia ke jalan yang benar-benar diredhai Allah. Ingatlah, dia pernah menjadi sahabat kita, bersama-sama dalam menghadapi suka dan duka tetapi tatkala dia hilang arah wajarkah kita meninggalkannya dan terus membiarkan dia hidup dalam kegelapan? Benar-benar tulus dan sejatikah persahabatan kita dengan cara itu? Ingatkah kalian pada satu kata-kata yang berbunyi,

“Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."

Sahabat, Apa ertinya persahabatan kalau hanya muncul diwaktu bergembira tapi menghilang saat kedukaan melanda, Apa ertinya persahabatan kalau hadirnya sering melukai hati tanpa di sedari, Apa ertinya sahabat kalau hadirnya hanya menambah duka di hati, Apa ertinya sahabat andai tak mampu untuk berkongsi masalah, Apa ertinya sahabat bila kita gagal tak mampu memberi kata semangat, Apa ertinya sahabat kalau kelemahan kita di hebahkan kepada orang lain, Apa ertinya sahabat andai hadirnya membuat kita lupa pada Yang Maha Esa, Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih sahabat jangan sampai kita tersalah memilih,carilah sahabat yang boleh mengingatkan kita di saat kita alpa,memberi teguran di saat kita salah dan bila bersamanya kita sentiasa mengingati Allah…Sahabat till jannah..insyallah 

JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

No comments: