Wahai Manusia,
Janganlah kau bermuka-muka,
Di hadapan kau senyum dan menyapa,
Di belakang kau cebik dan mencela,
seperti kalulah insan yang sempurna.
Wahai Manusia,
Janganlah kau bangga
dengan apa yang kau ada,
jawatan dan harta berjuta,
seperti kaulah raja semua.
Wahai manusia,
Janganlah kau anggap kau insan luar biasa,
asyik bangga dengan segalanya,
kelak pasti kau akan mati jua,
belum tentu kau masuk syurga dengan jaya,
tanpa melalui api neraka,
akibat dosa yang berjela-jela.
Wahai manusia,
janganlah alpa,
janganlah leka,
hidup kita cuma sementara,
marilah kita berbuat amal sentiasa,
kerana kita adalah sekadar hamba,
kepada sang Pencipta
iaitu ALLAH Azza Wajalla.
JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment