Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Tuesday 25 June 2013

| Selagi Ada Allah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 00:04 Comments : 0 Labels :



Bingkisan tanpa suara,
Bingkisan yang hanya bermain di jiwa,
Bingkisan yang terukir senyum disebaliknya,
Senyum penuh tabah buat dia, kamu, mereka.

Sahabat,

Andai mencari kekuatan, tidak ku punya walau secebis pun, kerna diri ini juga meminta-minta padaNya, Ya Rahman. Andai mencari pegangan, langkah kaki ini juga kadangkala tersadung penuh alpa. Andai mencari nasihat, hati ini juga kadangkala berdusta dengan bicara, kerana jujur, yang terucap belum tentu terlaksana.

Namun bahu ini masih ada untuk disandarkan, tangan ini masih ada untuk menyambut tangan yang memerlukan, menyeka air mata yang tumpah, hati ini masih ada untuk dilapangkan, telinga ini masih ada untuk mendengar rintihan.

Ingatlah, Allah lebih lagi,
sentiasa ada buat hambaNya.

Makin ku tepuk bahu sahabat agar kuat, makin diasak penuh ujian. Makin ku genggam erat tangan sahabat agar tenang hatinya, makin diriku jua sakit melihat dirinya, tanpa mampu mengurangkan bebannya, tanpa mampu berbuat apa-apa. Makin ku tiupkan kata semangat buat sahabat, makin lekas hati terasa mahu menangis dalam diam. Namun, hikmah terunggul dariNya, Allah mengajarku erti ukhuwah keranaNya, hingga tersungkur jua dalam deraian air mata saat memohon pada Penciptaku, kerana Dia tahu apa impiku buat mereka.

Ayuh sahabat,

Tidak Allah menguji melainkan untuk merasai halawatul iman, kemanisan iman yang tiada tara, atas tiket redha dengan ketentuanNya. Sungguh, ayuh sahabat! Diri ini sedang mengajakmu... Untuk terus tabah, kerana jalan ini jalan menuju redhaNya, maka redhalah akan tiap ujian yang sering ada buat hamba yang punya iman dalam hatinya. Sabar sahahat, sabar wahai hamba, sabar wahai khalifah :')

Tidak mahu mengajakmu mengejar dunia, hanya mahu dirimu meniti jambatan dunia dengan penuh sabar, kerana di hujung sana akhirat menanti, tiada lagi persinggahan saat detik itu hadir, kerana itulah destinasi terakhir, yang pasti, yang abadi.

Ana terkenang kata-kata seorang sahabat Rasulullah, Abdullah bin Zubair, antara pejuang Islam semasa Perang Uhud, hingga mengalir air mata saat membaca bait pesannya buat para pemanah yang tinggal di puncak bukit. Katanya...

"Bertarunglah sehingga titisan darah yang terakhir,
wahai rakan-rakanku.
Kita berjumpa kembali di syurga nanti!"

Dan beliau gugur syahid. *menangis*

Mantapkan langkah :)

Selagi kita ada Allah,
kita masih punya segala.

Fi hifzillah...



Semoga sentiasa dalam rahmat Allah:)
..Sekian...Syukran Jazilan for reading..

No comments: