Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Thursday 5 December 2013

| Lihatlah , Pujilah , Hargailah |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:10 Comments : 0 Labels :



Satu cara untuk menghidupkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat ialah dengan memberi perhatian & penghargaan kepada hal-hal yang baik. Kalau kita lebih cakna, kita akan dapati bahawa kebanyakan tindakan & ucapan kita ialah untuk membuat orang lain berasa selesa & berasa bahagia :)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Biarlah seseorang itu menghampiri masyarakatnya sebagaimana dia mahu masyarakat menghampirinya."

Bermakna kita seharusnya melayan orang disekeliling kita sebagaimana yang kita idamkan mereka melayan kita. Puji memuji adalah satu kaedah untuk mewangikan jalinan ukhuwwah yang dibina. Pada awal penghijrahan saya menutup aurat memakai tudung, seorang teman saya memberi komen,
"Engkau dah pakai tudung. Tak tahulah bila masa aku pula nak pakai tudung."

Saya hanya tersenyum & menjawab dengan rasa yang sangat kerdil di dalam diri,
"Insya Allah.. Apabila tiba waktunya, awak akan bertudung.."
Dan beberapa bulan kemudian saya bertembung dengannya yang memaka skaf untuk menutup rambutnya. masih ada sedikit anak rambut berjuntaian di dahi. Saya mendakapnya seerat mungkin & membisikkan ke telinganya,
"Awak sangat cantik & manis bila bertudung."

Dia ketawa ringan tetapi saya dapat merasakan kebahagian bergelora pada canda tawanya. Dan selang beberapa bulan, saya berpeluang menjumpainya yang pada ketika itu dia sudah pun bertudung litup sempurna. Alhamdulillah. Masya Allah, saya sangat kagum dengan ketrampilannya.
"Awak macam bidadari syurga,"
saya membisikkan ke telinganya lagi :)


Rasulullah s.a.w memiliki personaliti luar biasa - prihatin, penyayang terutamanya kepada mereka yang lemah & miskin. Baginda akan membuat mereka berasa sangat dihargai & kehadirannya membawa erti yang besar dalam kehidupan Baginda. Tanpa segan silu, Baginda akan menyatakan rindu kepada mereka jika sudah sekian lama tidak berjumpa. Jasa baik mereka akan diperkatakan dengan pujian yang sewajarnya. Maka sahabat sahabat Baginda akan meneladani apa yang Baginda lakukan.

Di Madinah, ada seorang wanita berkulit hitam yang beriman. Biasanya wanita ini akan membersihkan masjid. Rasulullah akan menemuinya sekali sekala & memuji tentang kerajinannya. Selepas beberapa ketika, Rasulullah tidak lagi nampak wanita tersebut membersihkan masjid.

Baginda bertanya kepada sahabat sahabat tentang wanita berkulit hitam tersebut. Baginda amat terkejut apabila diberitahu bahawa wanita itu sudah meninggal dunia. Rasa dukacita menyelubungi Baginda kerana tidak diberitahu tentang kematian wanita itu.

Baginda dibujuk oleh sahabat sahabat dengan mengatakan bahawa wanita itu meninggal pada waktu tengah malam & mereka tidak mahu menyusahkan Baginda. Apatah lagi, wanita itu bukanlah orang yang berpangkat, berpengaruh & bukan seorang yang penting dalam masyarakat.

Tetapi bagi Rasulullah, jasa wanita itu yang membersihkan masjid ialah jasa yang amat tinggi nilainya di sisi Allah meskipun tidak diketahui ramai, mahupun dihargai. Baginda mengarahkan supaya Baginda dibawa ke pusara wanita itu. Baginda menyembahyangkan pusara itu. Baginda bersabda,
"Pusara pusara di sini dalam keadaan zulmat bagi penghuninya, tetapi Allah akan menerangkan pusara ini setelah aku menyembahyangkannya."

Demikian sekali Rasulullah menghargai jasa seorang wanita berkulit hitam yang lemah lagi miskin. Jasanya membersihkan masjid itu meninggikan tarafnya di mata Rasulullah s.a.w & memuliakannya di sisi Allah.


Begitu juga jika seseorang memberi hadiah kepada kita. hadiah itu tidak semestinya mahal atau besar. Sehelai tudung yang berharga tidak sampai RM20 akan membuat pemberinya amat bahagia apabila kita memakai pemberiannya itu.

Sebentuk cincin yang bukan emas tulen, bukan platinum, bukan berbatu rubi, mutiara atau delima mahupun zamrud akan berjaya memancarkan warna kebahagian pada wajah si pemberi yang memberi kita hadiah tersebut. Pakailah cincin itu apabila menemuinya, lihatlah wajahnya yang tiba-tiba berseri dengan pancaran kebahagiaan. Yang mahal itu tidak terletak pada jenama atau harganya,
tetapi terukir pada sebuah penghargaan & pujian ikhlas terhadap pemberian tersebut.

Ada banyak perkara yang dapat dilihat keindahannya & sewajarnya diberi penghargaan. Apabila melihat seorang anak menyuap ibunya makan di hospital, kenapa tidak kita memberikan komen yang menggembirakan kepada anak itu?

Apabila seorang anak muda memberikan tempat duduknya di dalam komuter atau bas, alangkah indahnya jika ucapan 'terima kasih' diucapkan kepada anak muda itu dengan senyuman yang paling manisss. rugi ke dalam memuji? pujilah. teman & sahabat kita akan rasa bahagia. kita pula? rasailah kebahagian itu. Percayalah :)

Tetapi jangan pula menujiberlebihan sehingga timbul rasa pelik. Dipuji dengan ikhlas bukan berpura-pura memuji tidak berasas. Aneh namanya tu~

Hidupkan aura kasih sayang dengan membawa kebahagiaan & menghargai jasa orang lain. kebahagiaan jangan susah payah, penat lelah dicari sehingga ke hujung dunia.
Sebarkanlah kebahagian kepada mereka di sekeliling kita.
insya Allah, kau akan temui juga kebahagian itu :)


JazakumuAllah hu Khairan for reading this.
May We All In The Grace of God

No comments: