
Masih jauh lagi perlu saya lalui.. byk sungguh ujian yang mampir.. adakala rasa lelah utk hadapi tapi saya yakin semuanya kehendakMU.. cara kasih sayangMU kepadaku agar jadi insan yang sempurna.. tapi di sebalik semua itu Ya Tuhan.. Kau hadirkan kekuatan dalam diri hamba yang KAU pilih ini.. KAU tetapkan hati ku.. kau hadirkan hati yang mampu menerima segala rasa yang kau hadirkan..
rasa takut…
rasa sedih…
rasa gembira…
rasa teruja…
rasa terharu…
rasa benci..
rasa sakit..
dan macam2 rasa yang kau titipkan ke dalam hati ini..
Agar rasa itu mampu utk menambahkan rasa sayangku terhadapMU..
Ujian IMAN MU mmg adakalanya rasa tidak mampu utk ku hadapi..
Tapi saya tetap dan cuba utk REDHA atas semuanya kerana saya tau KAU hanya menurunkan segala rasa itu atas kemampuan diriku sendiri
Ya Tuhan..
Berilah aku peluang utk terus berbakti ke jalanMU…
Amin….
..Sekian...Syukran Jazilan for reading.


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment