Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Sunday 3 March 2013

| Orang Cakap |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 06:27 Comments : 0 Labels :

Orang cakap..
.Kenapa la poyo sangat nak tunjuk baik.
. Kenapa la nak ajak-ajak orang buat kebaikan.
. Aik? Dah taubat ke?
. Wah, buat amal jariah ke? Macam tak lama je lagi ni. (cakap jela mati hak alah)
. Fuyo pergi solat masjid dah skang.
. Peh back up lecturer. Dah tak join kutuk sekaki.
. Kamon la, kita remaja kot. Kena enjoy habis-habisan.
. Cey dah study je skang ni mana nak lepak-lepak dah.
. Takpayah la nak tunjuk alim dekat sini. Pergi masuk masjid sana.
. Nak berdakwah pun diri sendiri belum tentu baik. Piiirah!
. Eh jaga tepi kain sendiri la!
. Kubur masing-masing kot. Dosa pun masing-masing! Jangan busy body la.
. Mak ayah aku tak bising k0 nak bising pehal?
. Kau siapa nak nasihat aku? Dah bagus sangat?


Yang bercakap tu satu agama dengan kita ke bukan? Muhasabah diri, kalau diri sendiri tu asik nak mengata/memaki je baik back off daripada tambah dosa. Cuci dosa, minta ampun pada Allah kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, dan minta maaf dekat ibubapa/guru-guru/rakan-rakan/orang sekeliling kita.

Dan cuba postitif serta matang sikit. Umur dah belas-belasan dan dah ada gak yg puluhan. Takkan selama hidup ni nak enjoy je, memang tak a. Haish remaja-remaja, berubahlah. Kita yg bangkitkan agama nanti tahu tak. Kalau bukan kita siapa lagi? Ibu bapa kita? Orang-orang yg lagi tua drpd kita? Habis kalau dorang dah takde nanti sape nak ganti dorang? Ye tepat sekali bebeh sekalian, kita la sape lagi en en en.



Ayuh rakan dan taulan (wakaka takleh blah rasa nak tonyoh muka kat bantal) kita mula berubah dengan:-

1) Menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui menjaga solat. Memasing dah handsome dan cantik dan tomei takkan la hadap Allah pun takmau. Aipp hang biaq betoi, hang jangan buat gila (ceh). Ala 10 minit je pun pastu yang bestnya lepas solat boleh doa! Minta je pape kat Allah. Minta la masuk syurga! :D bestnya. Minta dengan tulus biaq sampai nangis, biaq sampai hiba. Biaq sampai menyesal. Allahuakhbar, romantik gile masa nangis tu. Rasa macam Allah ada bebetul depan kita dan kita lepaskan segala beban dekat Dia. Masha Allah, dekat sungguh Allah dengan kita, malah lebih dekat drpd urat leher kita sendiri! Power kan!

2) Menjaga hubungan dengan ibu/bapa. Kalau dulu selalu jap jap jap jap masa mak suh gi kedai lepas ni takpayah jap dah. Kalau dulu selalu tinggi suara, sekarang toksah bersuara hahaha. Takdelah, rendahkan suara. Dia mak kita kot, dia yg lahirkan kita kot. Hormat la sikit. Syurga di bawah tapak kaki ibu (bagi lelaki). Bagi perempuan? Malas a cakap. Korang ni kalau cakap pasal suami ha mula ah. Pastu belajar la hargai ibu dan bapa kita. Oh btw, hari Ahad haritu kitorang kat kolej ada program apa benda tah for uitm tau. Pastu ada satu part ni fasilitator ( suruh semua keluarkan satu kertas, pastu tulis wasiat untuk ibubapa. Wei, kita yg tulis wasiat ok. Masa tu kita dah kat hujung nyawa dah, dah nak K.O dah pastu kena tulis apa benda yg kita nak sampaikan dekat parents kita. Aku takleh betul la kalau dorang sentuh bab parents ni, aku mcm tersentuh sangat. Tulis 2 perkataan, pap air mata jatuh. Murah gile air mata aku. Tulis satu perenggan ha amek k0 basah kot kertas hahaha. Tacing tak tacing gak la masa tu. Yela dah lah suh bayangkan yg kita dah nak mati dah. Kalau dah nak mati.. Allah, matikan hambaMu ini dalam keadaan yg beriman :') in sya Allah.

3) Menjaga hubungan dengan guru. Paham-paham la ek sebab kebanyakan viewersz blog ni adalah hadek-hadek yg masih tomei dan bersekolah. Ceh yeke, aku teka jela. Sowi a kalau salah sobs.

4) Menjaga hubungan dengan rakan-rakan/ orang yg hidup di persekitaran kita.

In sya Allah segalanya akan berjalan dengan lancar, in sya Allah. Ujian tu biasa lah kan, jangan give up pulak! :D ingat apa ganjarannya nanti. Ingat yg janji Allah SWT itu pasti!

..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

No comments: