

Hari ini akan berjalan tanpa henti. Membina kenangan, mencantum pengalaman, maka lahirlah kuntuman kehidupan. Bukan senang untuk mengisi hari dengan sebaik mungkin. Kadang kala terkial, tersilap langkah, tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Kita kan manusia, tak semestinya sempurna. Ada silap dan salah yang perlu diperbetulkan, yang perlu diambil iktibar dan pengajaran. Sebab itulah Tuhan kurniakan kesalahan, supaya kita belajar daripadanya.
Mungkin hari ini tak sebaik hari semalam. Mungkin juga hari ini lebih baik dari semalam. Semua itu adalah ketetapan yang kita sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan sahajalah yang menentukan perancangan itu. Bahkan, perancangan DIA lah sebaik-baik perancangan.
Esok masih lagi dalam kelam. Dalam gelap. Tiada siapa yang tahu tentang hari esok. Entahkan baik, entahkan buruk. Berdoa untuk hari esok lebih bermakna, lebih baik, dan lebih sempurna daripada hari ini. Memohon, agar perjalanan hari esok, dipermudahkan, walaupun tidak sempurna yang diharapkan.Rasa gementar untuk hari esok kerana esok adelah hari final untuk pertandingan piano,,arhhh,,gementar, Doakan saya ye semua,,Hrap hari esok akan baik2 saja.
..Sekian...Syukran Jazilan for reading.

Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment