Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana
kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk
dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang
ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala
akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan
sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik.
Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan
tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa
yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga
adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan,
kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan
tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan
kegundahan perasaan yang wujud itu.
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma
yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati
itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu
mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal
fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu
kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini
suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik
dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik
batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan
juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya
memerlukan prasangka tapi bukan prasangka yang membantutkan
hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..
Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu
mengikut kata hati.
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk,
dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu
dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai
hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku
di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah
kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan
yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang
tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...
niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan
orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita
sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam
hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain.
Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan
niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah
jualah yang lebih mengetahui.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.
Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan
hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga
menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering
berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana
diri ini sendiri.
-iluvislam-
IKHLAS-RINA
No comments:
Post a Comment