Dua anak beranak sedang dalam perjalanan ke rumah yang baru dibeli oleh si ayah. Sepanjang perjalanan anaknya tidak habis-habis mempersoalkan mengapa rumah yang dibeli itu mahal berbanding harga biasa. "Kamu akan tahu apabila sampai ke sana nanti",jelas ayahnya.
"Inilah rumah baru kita," kata si ayah sambil menunjuk sebuah rumah yang sederhana. Ia terletak di sebuah penempatan yang agak besar. "Eh,tidak ada apa-apa kelebihan pun. Rumah ini biasa sahaja ayah,"kata si anak. "Nanti kau akan tahu apa kelebihan rumah ni."
"Oh,mungkin kerana itu ya,"kata si anak sambil menunjuk ke luar tingkap. Sebuah masjid tersergam indah tidak berapa jauh dari rumah mereka. "Itu mungkin salah satu sebabnya." "Mungkin?"kata si anak tidak puas hati.
Sejurus kemudian,kedengaran salam,dan muncul di muka pintu beberapa orang. "Kami jiran awak. Selamat datang ke kampung kami. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"kata salah seorang daripada mereka.
Berkata seorang yang lain,"Jika tidak keberatan,jemputlah makan tengahari di rumah saya. Tentu awak belum bawa peralatan memasak kan?" "Petang nanti jemput minum di rumah saya. Boleh kita berbual-bual tentang aktiviti di tempat ini,"ujar lelaki yang ketiga. Kesemuanya begitu ramah dan mesra.
Si ayah berkata kepada anaknya,"Sekarang kamu faham kenapa ayah beli rumah ini,walaupun harganya mahal sedikit kan?" "Ya,ya. Saya faham ayah. Jiran-jiran kita ini baik-baik belaka..."
Pengajaran: Jiran-jiran di sekeliling kita,itulah yang menyumbang kepada keselamatan, ketenangan,dan keharmonian hidup kita sekeluarga. Rumah yang baik memang penting, tetapi jiran yang baik jauh lebih penting....


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment