Orang kata..
cinta itu buta..
tapi sedarkah kita..
bahawa yang buta itu kita,bukan cinta anugerah Allah..
Orang juga kata..
tak kenal maka tak cinta..
maknanya,ramai lagi yang tak kenal Allah..
sebab ramai yang tidak mencintai Allah..
ramai yang lebih cinta pada harta dan dunia..
Cinta juga boleh diibaratkan seperti angin..
ianya selalu bertiup sepoi-sepoi bahasa..
tapi berhati-hatilah..
jika ribut datang menjelma..
berpegang teguh lah pada asas yang kukuh(Islam)..
Ada juga yang kata..
cinta tidak perlu dicari..
kerana cinta itu akan datang sendiri..
tapi,adakah cinta Allah tidak perlu dicari?
adakah ianya perlu ditunggu hingga datang sendiri?
kelak mati,kita yang rugi..
Sekadar renungan bersama..
Sekian~


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment