Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Wednesday 30 May 2012

usah dicemar indah persahabtan kita.

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 23:31 Comments : 0 Labels :


alhamdulillah,hari ini aku masih bernafas,masih lagi diberi kesempatan illahi untuk menjengah muka bumiNya ini bersama iman dan taqwa,insyaAllah..

Hidup.merupakan satu madah perjuangan yang diberi illahi buat kita.dalam hdup,kite berjumpa,berkenal dengan pelbagai jenis manusia,pelbagai ragam dan rupa.tidak Allah jadikan antara setiap kita itu punya warna kulit yang sama,punya rupa paras yang sama,punya warna rambut yang sama,kerna andai begitu,pasti tiada serinya sesebuah yang dinamakan hdup.sebagaimana Allah mempelbgaikan kjadian fisik,begitu jualah,Dia menjdikan yang dalaman itu jua berbeza beza.

beda mengikut amal ibadatnya,beda selari bersama ingatannya pada Allah.aku jua begitu.aku bertemu dengan ramai insan.meski mungkin aku baru setahun jagung dalam peperangan kehidupan ini,tapi bahangnya sudah sedikit sebanyak bisa aku rasai,tidak kurang jua manisnya.aku punya ramai teman,ramai kenalan,ramai insan yang menyayangi ku dengan izinNya.:)

aku bahagia dengan hdup ini kerna aku bersyukur sekali untuk itu.namun dalam pada itu,hari ini.sedikit rasa terkilan singgah di hatiku.innalillah.:(.aku temui sekeping hati,aku ketemu sekeping hati.yang jauh membawa diri kerna aku.segalanya berlaku begitu pantas tanpa aku sedari.atau mungkin jua aku sendiri yang membuang peluang yang aku punya buat menjaga hati itu.


aku sayang padanya.dia teman yang kiranya akrab denganku satu ketika dahulu.namun,sedari tahun baru ini melangkah tiba,aku sedari perubahan sikapnya.tapi,siapalah aku untuk bertny,kerna itu hak dia.aku biarkan sahaja semua itu.sampailah aku memegang amanah besar di sekolah,jawatan yang Allah amanahkan buatku.aku jalankan segalanya.aku tak sekali mencampur adukkan antara urusan ku yang lain asasnya.berteman,berteman,tugas tetap tugas.

aku tahu aku bukannya sempurna.mungkin kadangkala di mata aku sesuatu itu tampak benar,tersangat betul,ttpi pd hakikatnya,apa yang aku lakukan itu  juah menyimpang dari sebuah yang namanya benar.aku suka andai ada yang menegur,aku cinta andai ada yang membangkitkan silapku,kerna aku mahu jadikan ia pengajaran untuk aku menjadi lebih baik di dunia lebih2 lagi di mataNya.

aku silap percaturan kali ini.terlalu aku mementingkan tanggungjwabku tanpa memikirkan ada hati yang sedang terluka.aku tertwa di saat ada yang menangis kerna aku.kejamnya aku tuhan....tapi syukur jua bertamu di sudut yang paling hujung hati ini.kerna Kau beri aku petunjuk ini.kau beri aku tahu tentang sesuatu yang tak aku sedari.

insyaAllah kita cuba tmpal kembali luka di hati mu kawan...insyaAllah kita bina semula bibit2 persahabatan yang menghampiri sedikit retak ini.demi Allah,aku tak mampu menghadapi sebuah persahabtan yang bertemu rsa tersinggung,kerna aku takut Allah menghukum aku untuk itu.

maafkan aku kerna tersilap langkah kali ini.sungguh,aku tidak menyadarinya.you are already like my sister...
-ya Allahmmoga kau buka pintu kemaafan dengan ikhlas dalam hatinya buatku..aku hanya ingin berlaku adil,namun,aku silap langkah.maafkan aku sahabat..tak ingin aku calari dan cemari indahnya persahbtan kita.
ukhwahfillah ya anti..

ikhlas-rina




No comments: