Kehilangan segala-galanya? Hilang sesuatu yang amat penting dan berharga dalam hidup? Kecewa sangat-sangat, sedih sangat-sangat?
Senang, solusinya: Sabar dan solat
Solusi kedua: Sabar dan solat
Solusi ketiga: Sabar dan solat.
Dalam solat ada al-Quran, dalam solat ada zikir, dalam solat ada taubat dan keampunan. Pakej lengkap!
Semua yang berlaku adalah ujian. Tabahlah!
Tanda Allah kasih, bukan tanda Allah benci.


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment