Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Wednesday 14 March 2012

Jom Jaga Tepi Kain Orang Lain

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:55 Comments : 0 Labels :



Kenapa tiba-tiba je saya ajak jaga tepi kain orang lain eh? Mesti ada yang akan cakap.."nak buat ape aku jaga tepi kain orang, jaga diri sendiri je la. Hidup dia, dia punya pasal..hidup aku..aku punya pasal. Kubur kan lain-lain." Lebih kurang camtu la agaknya kan atau pun ada respon yang lain..bila cakap je pasal jaga tepi kain orang, mesti akan fikir yang negatif kan. Cuba kita fikir yang positif, dalam erti kata lain ialah peduli dan ambil berat tentang orang lain. Sebab apa kita fikir negatif, sebab kita dah set dalam minda..tak perlu jaga tepi kain orang lain, tak perlu sibuk-sibuk hal orang lain kan.



Dalam sedar tak sedar rupanya kita dah mengenepikan konsep dakwah yang disuruh oleh Islam, asas untuk berdakwah ialah sikap kepedulian yang wujud dalam diri seseorang. Jaga tepi kain orang yang saya maksudkan ialah kita ambil tahu hal orang lain dan cuba untuk membantu mereka keluar daripada kesesatan ataupun kemungkaran, bukan nya jaga tepi kain orang yang biasa kita maksudkan iaitu ambil tahu hal orang lain dan sebarkan kepada semua tentang keaiban dirinya..macam mami jarum tu la.

Urusan dakwah ni bukan urusan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pak haji, tok iman je..bahkan setiap individu muslim ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk berdakwah iaitu amar ma'ruf nahi mungkar. Tak ada istilah pengecualian..jika dah bergelar muslim, maka tanggungjawab itu turut perlu kita terima. Seperti mana yang saya tulis dulu, menuntut ilmu itu satu keperluan. Oleh itu, tak dapat tidak untuk kita lari daripada amanah ini.


Wasiat Luqman kepada anaknya :

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan."
(Surah Luqman 31:17)

Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita dengan Allah iaitu solat
Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita sesama manusia iaitu amar ma'ruf nahi mungkar
Dalam ayat ini juga bukan sahaja menyebut tentang suruhan berdakwah, tetapi realiti dakwah itu sendiri iaitu " ...dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu."

Dakwah itu sasarannya manusia. Halangannya ialah nafsu dan syaitan. Dakwah itu suatu tugas. Upahnya ialah ujian yang mendatang. Dakwah bukan jalan yang senang, pendakwah pasti teruji.

No comments: