
Apa maksud Jalan sempit tu ye? Maksudnya ialah orang yang bersusah-susah dahulu untuk mencapai kejayaan, kesenangan, kekayaan dan lain-lain.
Maksud Jalan Luas tu pula apa ye? Maksudnya ialah orang yang suka mengambil cara atau jalan mudah atau lebih dikenali "short cut" untuk mencapai kejayaan, kesenangan atau kekayaan dalam hidup.
Zaman sekarang ni agak-agak ramai orang yang lalu jalan mana eh? Ada orang kata, dah jalan tu luas, mesti la ramai lalu situ tak kan nak lalu jalan sempit pula kan. Kalau ada yang cakap macam ni, maksudnya diorang tu tak faham bahasa kiasan. Dalam kehidupan kita sekarang ni, kita dapati ramai yang ambil rasuah, berjudi, merompak, dan lain-lain. Mereka semua ni lalu jalan yang luas, ambil cara yang mudah untuk kesenangan hidup di dunia iaitu dengan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.
Namun, ada juga segelintir manusia yang masih lagi taat pada perintah Allah dengan cara mengambil jalan yang sempit iaitu mengumpul dan mencari rezeki dengan cara yang betul. Dengan bersusah payah dahulu. Dengan mengambil kira erti halal dan haram, menjaga setiap apa yang dilakukan. Dalam kehidupan manusia yang serba bercelaru, namun tak ramai yang mengambil jalan yang sempit ini.
Hanya mereka yang taat perintah Allah sahaja yang akan merasa nikmat halawatul iman (kemanisan iman), dunia ni hanya sementara dan akhirat yang kekal abadi. Apa yang dilakukan di dunia, akan memberi kesan di akhirat kelak.. Dunia ini ladang akhirat. Apa yang ditanam, itulah nanti yang dipetik.
Sekian

Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment