Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Wednesday 14 March 2012

Iman mengatasi Akal

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:47 Comments : 0 Labels :



Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Syed Mohd NorHisyam tentang Isra' Mikraj. Topik yang dibincangkan dan dikupas sangat menarik..Ustaz tersebut menulis bahawa apabila bertembung antara akal dan nas (Al-Quran), maka orang mukmin mestilah mengutamakan nas. Ini lah hakikat iman.Dan peristiwa Isra' Mikraj juga yang menyebabkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq mendapat gelaran As-Siddiq kerana mempercayai kisah yang diceritakan oleh Rasulullah sedangkan orang lain tidak mempercayai baginda pada ketika itu. As-Siddiq bermaksud yang membenarkan. Hal ini disebabkan oleh kerana iman mengatasi akal.

Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini, lahirnya 2 kelompok manusia iaitu orang yang kembali murtad dan orang yang semakin bertambah keimanan mereka kepada Allah s.w.t.


Orang yang murtad itu ialah orang yang mengutamakan logik akal berbanding iman mereka..mereka tidak dapat menerima bahawa perjalanan Rasulullah hanya berlaku dalam satu malam sedangkan pada hakikatnya ia mesti berlaku lebih kurang dalam 2 bulan untuk pergi dan balik. Oleh itu, sesatlah mereka.
Orang yang bertambah keimanan pula ialah mereka menilai perkara ini menggunakan keimanan dan bukannya akal fikiran di hadapan. Apabila mendengar ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah, maka mereka terus mengimaninya.
Jika diaplikasikan konsep Isra' Mikraj pada zaman moden ini, sebagai contoh :

Dalam dunia perniagaan
Orang yang menggunakan akal semata-mata percaya bahawa mustahil sekiranya di dalam perniagaan yang tidak menggunakan unsur penipuan akan berjaya, tidak menggunakan unsur rasuah akan mendapat kekayaan. Bagi mereka, ia adalah mustahil.
Bagi orang yang berpegang kepada nas Al-Quran, mereka akan bertegas dan percaya bahawa Al-Quran dan hadis menegah perbuatan tersebut dan mereka menjamin bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah s.w.t.
Dari aspek undang-undang
Masih lagi wujudnya manusia yang mengenepikan hukum hudud dan qisas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah supaya dilaksanakan oleh manusia, manusia yang angkuh ialah mereka yang mengenepikan arahan Allah dan melaksanakan undang-undang ciptaannya sendiri dengan menganggap bahawa undang-undang ciptaan mereka lebih hebat. Akibatnya, jenayah semakin berleluasa dan semakin parah.
Dari aspek pentadbiran
Telah wujud sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin yang dapat dijadikan panduan dalam mentadbir negara berlandaskan Islam, pelbagai masalah yang wujud dapat dijadikan contoh berdasarkan pentadbiran Rasulullah dan para sahabat. Namun, masih lagi mengagungkan pentadbiran Barat yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Jadikan ini satu prinsip hidup : "Apabila bertembung antara akal dan nas, maka nas mesti diutamakan." Walaupun pada hakikatnya akal yang benar dan tulus akan sentiasa selaras dengan nas, tetapi kadang-kadang manusia sering tewas apabila nafsu menguasai akal.


Allah s.w.t menjanjikan pertolongan kepada golongan yang mengutamakan iman dalam perbuatan. Semoga kita kekal dalam keimanan yang dibawa oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

P/s : Isi tulisan ini saya ambil sedikit daripada artikel yang saya sebutkan tadi, tapi terdapat pengolahan daripada ayat saya sendiri. Semoga bermanfaat..

No comments: