Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Wednesday 14 March 2012

Menuntut Ilmu itu satu keperluan

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 04:52 Comments : 0 Labels :


Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.

Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muuslim, maka individu tersebut akan berdosa.

Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.

Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara.

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud.

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidup kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya.

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.

No comments: