Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 2 June 2012

Allah ada dalam sendumu.

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 22:39 Comments : 0 Labels :



tika aku mahu mengucap syukur padanya
dengan ungkapan ALHAMDULILLAH
pernah hatiku terasa malu
apa benar aku hayati ertinya?
apa semua tindak dan tandukku telah selari dengan pengucapanku?
lantas hatiku diruntun rasa sedih
tika mana hati mahu melaungkan kebesarannya
dengan kalimat ALLAHUAKBAR
aku terkesima,betapa besar ertinya kalimat itu..
namun adakah aku telah benar menghayatinya
dalam setiap inci kehidupan?
sedang dalam kesulitan yang sedikit pun
aku pernah berputus asa..
aku lemah meyakini pertolonganNya....
dan..
tika mana hati ini..
ingin mencari damai dengan SUBHANALLAH
aku terhenti lagi..
apa benar telah aku hayati MAHA SUCI ALLAH??
atau aku hanya berkata kata....
aku terhenti terhenti dan terus terhenti...
di hati ini sering timbulnya sesalan...
di hati ini sering timbulnya kelukaan...
di hati ini sering timbulnya kerisauan..
apa telah Dia redhai setiap tindak tandukku?
yang penuh dengan kelemahan ini.....:'(
hingga aku terkadang mahu berputus asa...
namun aku sedar...
Allah itu sentiasa ada..
sentiasa mencintai dan terus mencintai...
meski sederhaka mana jua kita kepadaNya..:")
pintu pengampunanNya sentiasa terbuka luas..
tinggal kita sahaja yang perlu mendekati pintu itu..
dan menjadi tetamuNya..
sungguhh...
hidup ini menjadi pemisah antara kita dan Dia...
namun semuanya tidakkan lama..
ajal akan membawa kita bertemuNya sedetik nanti..
untuk dihitung segala amalan....
semoga kita mampu melepasinya..
dengan deraian air mata gembira..
:").
insyaAllah...

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53) 

IKHLAS-RINA

No comments: