Terkadang,
memberi kebahgiaan pada ramai orang dalam kehilangan tawa sendiri itu
lebih indah
dari melihat diri sendiri bahagia
dalam meragut tawa insan lain....
Terkadang...
mengajar hati untuk bahagia itu ..
lebih baik dari..
mengajar hati berjuang mencari hak diri..
namun menyakiti orang lain......
Terkadang..
tangisan hati akan kering sendiri..
dihembus lembut bayu tawa insan yang telah banyak berjasa...
begitulah hidup..
bukan selalunya apa yang kita mahu..
kita peroleh..
kerna itulah..
hati harus sntiasa diajar..
Kerna Terkadang..
tak guna melawan ombak setinggi gunung..
andai diri tak setinggi langit...
tak guna merempuh badai ganasnya samudera..
andai janji Allah telah ada..
bahawasanya..
segala takdir Allah itu adalah yang terbaik.....
pahit itu akan ada...
namun biarlah manis yang menutup lubang lubang hati..
yang telah tertinggal kosong...
kerna peritnya...
sebuah kehilangan...Ikhlas - Rina


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment