Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Sunday 8 July 2012

| Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 02:45 Comments : 0 Labels :


Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH.. Maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita. Usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA. Maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU dan diakhirnya kelak nanti :

~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..



Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA. Yakinlah dengan KETENTUANNYA. :)


Di Sini Menanti, Di Sana Menunggu.. Hal ini berlaku ketika hadirnya banyak pilihan yang hadir, dan ketika ini anda harus memilih pasangan yang betul dan sesuai dengan anda, dan lazimnya hal ini dikhususkan untuk kaum wanita.

Bagi lelaki ianya tidak menjadi masalah, kerana selalunya lelaki akan cenderung memilih pasangan , dan akan lebih fokus kepada seseorang itu jika dia benar-benar inginkan satu perhubungan. Lelaki juga boleh berkahwin 4, jadi ianya tidak menjadi halangan baginya ;).

Bagi wanita, dalam membuat pilihan calon suami yang baik dan sesuai, PakarCinta sarankan langkah pertama adalah berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah. Dan solat istikharah selalunya satu jalan untuk membantu anda mendapat jalan keluar daripada sesuatu perkara yang menghimpit .

Selain itu juga, tanyakan soalan-soalan di bawah ini pada diri anda dengan merujuk kepada lelaki-lelaki yang hadir menjadi pilihan hati anda, dan jawab sendiri:

 1. Siapakah yang saya inginkan sebenarnya?
Ujian lebih mengelamun dengan siapa?.. Ujian ini adalah untuk anda mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang anda inginkan. Siapa yang anda selalu ingatkan, siapa yang selalu datang pada bayangan anda.

 2. Adakah dia mencintai saya?
Ujian cemburu untuk mengetahuinya.. lakukan sesuatu yang boleh membuat si dia jeles. Ini akan membolehkan anda melihat adakah si dia memang betul-betul inginkan anda.

 3. Adakah saya senang berbicara dengan dia?
Ujian kematangan.. Ujian ini adalah ingin menilai sama ada anda dan dia senang atau seronok berbual bersama. Ini penting untuk anda kerana apabila anda berkahwin, anda akan bersamanya sehingga ke akhir hayat anda.

 4. Adakah simtom Kasih, mengharap dan percaya saya kepadanya ada?
Hal ini hanya anda sahaja yang merasakannya. Rasakan satu perasaan kasih, mengharap dan percaya anda kepada si dia. Jika anda betul-betul mempunyai perasaan ini, ianya hanya anda rasakan terhadap seorang lelaki.

 5. Adakah dia lelaki sejati?
Lelaki sejati adalah lelaki yang diberi keburukkan dan membalas kebaikan. Jika dia benar-benar ikhlas, dia akan menyayangi anda biarpun anda tidak menyayangi dia. Adakah si dia begitu?

 6. Adakah dia serius bersama saya?
Seandai si dia benar-benar serius dengan anda, lelaki tersebut akan datang berjumpa dengan keluarga anda, dan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan anda. Justeru, bukan sahaja membuktikan keinginannya memiliki anda, bahkan menunjukkan bahawa si dia adalah seorang yang baik, dan ingin memiliki anda dengan cara yang betul, bukan dengan hanya ber’couple’ dan melakukan benda-benda maksiat.

 7. Adakah dia mampu membimbing saya?
Inilah yang paling utama. Pilih la pasangan anda dengan mengutamakan lelaki yang soleh, dan mampu membimbing anda bahagia dunia dan akhirat. Bertanyalah kepada sahabat-sahabat lain, dan lihat dengan siapa dia berkawan. Selidikilah dia, supaya anda berpuas hati dengan mendapat seorang lelaki yang baik.

Dan sebaik-baik lelaki, pilih lah yang mempunyai agama dan berakhlak mulia ^_^

IKHLAS - RINA

No comments: