
Sayang..
Aku sedang mempersiapkan diri
Membentuk hati supaya kelak menjadi yang terindah buatmu
Belajar dari Siti Hajar yang dengan sabar daN
Tanpa mengeluh menghadapi segala dugaan yang Allah berikan
Belajar dari Siti Khadijah yang setia dan
Tanpa lelah menemani Rasulullah dalam perjuangannya
Belajar dari kekasih yang setia menunggui Arjuna
Belajar dari Raihana yang tak lelah mencintai dan memberi ketulusan pada suaminya
Dan belajar pada isteri-isteri teladan yang lain
Yang suatu masa akan aku tanamkan pada diriku
Sayang..
Akan aku simpan kesucian cintaku untukmu
Untuk engkau yang nanti akan memberi cinta
Dan ketulusan serta perlindungan padaku
Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku
Kerana aku potongan tulang rusukmu
Sayang..
Aku selalu berdoa sehingga nanti aku menjadi isteri solehah yang setia
Dan dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu
keranaNya
IKHLAS-RINA


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment