
Segala sesuatu yang Allah kurniakan pada kita adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Sangat banyak hikmah dan kenikmatan yang Allah pinjamkan untuk kita rasai kemanisan dalam melalui liku-liku kehidupan.
Rindu adalah tersirat. Tak mampu digambar dengan kata-kata tetapi dapat dirasai dan difahami oleh mereka yang terlibat.
Bisikan rindu yang kita meterai dihati, sedikit sebanyak pasti dapat dirasai oleh orang yang kita rindu itu walau dia jauh beribu batu.
Dan mungkin dia juga akan merindui kita sepertimana rindu kita padanya. Hanya Allah yang berhak mengatur segala kerinduan itu menjadi suatu realiti yang sukar untuk di telah dan dijangka tetapi mampu membuatkan kita tersenyum dan gembira.
Bersyukurlah kepada Allah atas kerinduan yang dipinjamkannya, berterima kasihlah pada orang yang kita rindu itu dan hargailah rindu itu sebaik-baiknya..
Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..
[ IKHALAS-RINA ]


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment