
Hati sentiasa ingin berbicara
Tapi, masih adakah hati lain yang ingin mendengar, mengerti??
Apa yang pasti, PEMILIK mutlak hati ini setia menanti,
Mendengar dan mengerti setiap keluhan yang diratapi...
Allah,
jadikan aku seorang anak yang solehah,
yang berusaha membahagiakan hati dan kehidupa orang tuaku..
yang menjadi penyejuk mata mereka..
penenang hati mereka...
Jadikan aku seorang saudara yang solehah,
yang mengasihi adik-adikku,
yang mengembirakan kehidupan mereka...
jadikan aku seorang sahabat yang penyayang,
yang menyayangi sahabat-sahabatku dunia dan akhirat
yang menjadi cerminan kehidupan mereka...
hati ini memohon Ya Allah,
jadikan aku seorang hamba
yang kenal erti kehidupan sementara
tahu jalanku pulang ke tempat asalku...
Kuatkan aku Ya Tuhanku,
dalam meneruskan langkah hidupku,
meniti hari-hari yang terus berlalu,
pimpin diriku Ya Tuhanku,
dalam mencari kebahagian milik-MU...
sebagai bekalan sepanjang hayatku..
Semoga rahmat-Mu sentiasa memayungi perjalananku
dan hatiku tenang walau tanpa sesiapa di sisiku kecuali ENGKAU,
untuk selamanya.... Allah...
IKHLAS-RINA

Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment