Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 25 August 2012

| Ujian Itu Tanda KasihNya |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:29 Comments : 0 Labels :



Assalamualaikum... suatu hari pernah seseorang bertanya "benarkah ujian hidup itu tanda kasihNya?" "bukankah jika seseorang kasihkan kita, dia akan sentiasa memberikan kesenangan kepada kita?" dan "kenapa dikatakan kasih kalau diuji kita dengan derita?" kenapa dikatakan sayang jika hidup dipenuhi sengsara? tanya seorang sahabat sambil matanya berkaca bergenang air mata.. erm.. fuhh tarik nafasku dalam-dalam.. bagaimana untuk ku jawab pertanyaannya?

masih lagi ku ingat pesan guruku, "ketahuilah sesekali Allah tidak pernah menzalimi akan hambaNya, namun kejahilan hambanya yang menyebabkan hamba menuduh Allah menzaliminya." betulkan?

Sesekali difikir ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh kawan ku.. kalau kita sayang seseorang, mesti kita hamburkan dia dengan kesenangan dan kemewahan. jauh sekali kita ingin menyusahkan hidupnya.. betul kan? kita akan cuba untuk beri kepadanya segala-galanya... sesekali kita tidak ingin melihat airmata mengalir dari matanya.. kan?

namun kata guru, perbuatan tersebut merupakan perbuatan dan tindak tanduk manusia. yang sudah tentu manusia amat dangkal ilmunya tentang hikmah sesuatu perkara.. sedangkan Allah Taala itu Maha Mengetahui dan Maha bijaksana. Sudah tentu perbuatan Allah merupakan tindakan yang terbaik bagi hambanya..

Guru berkata lagi: ketahuilah bahawa dunia ini begitu tidak bernilai di sisi Allah, sesekali Allah tidak suka hamba yang disayangiNya karam oleh godaan dunia. kekadang si hamba begitu asyik mengejar dunia sehingga melupakan Kekasih Abadinya. Allah mendatangkan ujian, agar dia kembali tersentak.. agar kembali terjaga... agar dia kembali sedar bahawa dia sebenarnya sudah jauh tenggelam... sudah jauh terbabas dan sesat... agar dia membuat u-turn, pusing kembali kepada Kekasihnya... apabila di timpa ujian, dia kembali rebah di hamparan sejadah memohon maghfirah. air matanya kembali menitis membasahi pipinya yang selama ini gersang kerana terlalu menikmati keseronakan dunia... apabila derita, kita kembali memohon,.. apabila sengsara kita kembali berdoa.. dan kata guru "bukankah itu bukti kasih sayangNya?"

aku mengangguk mengiyakan kata guru. masih teringat lagi dulu masa belajar di universiti, bila balik kampung emak selalu bagi duit untuk buat belanja di universiti. apabila kembali ke universiti, kita akan belanja sakan. dan bilakah kita akan telefon kembali kepada mak ayah kita? ye betul.. bila kita kehabisan duit kita.. bukankah kehabisan duit itu menyebabkan kita kembali kepangkuan ibu bapa kita? dan benar, nikmat selalu menjauhkan dan melenakan kita sedangkan sengsara banyak menyedarkan dan mendekatkan kita..

sahabat... semoga kita sentiasa sedar bahawa tarbiah Ilahi itu mengandungi rahmat dan hikmat yang amat tersirat. sukar untuk manusia yang berstatus hamba untuk memahami dan menyingkapnya. apa yang penting kita perlu sentiasa bersangka baik dan sentiasa bersyukur atas segala anugerahNya..

"Ya Allah jadilah kami hamba yang sentiasa bersangka baik pada Mu dan sentiasa bersyukur atas anugerah pemberianMu"

IKHLAS - HAMBA ALLAH

No comments: