Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 25 August 2012

| Rasa Seorang Hamba |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:16 Comments : 0 Labels :



Assalamualaikum... Qiyamku di mihrab musolla kali ini benar-benar berbeza. Terasa benar-benar malu, sehinggakan untuk mengangkat kepala pun aku tak mampu. Perasan malu menebal sungguh di hati.. datangnya bertindih-tindih silih berganti.. malah, untuk mengerling mata pun aku tak mampu.. semua ini gara-gara bicara sang guru dalam pengajian sebentar tadi.. terngiang-ngiang kata sang guru:

"Qiyam (berdiri) seorang yang bertakwa berbeza dengan qiyamnya seorang yang fujjar (ahli maksiat). seorang yang bertakwa merasakan dirinya begitu lut sinar di hadapan Allah. Dengan pandangan hatinya, dia merasakan semuanya terserlah sama ada sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besarnya... Dia sedar Allah Maha Menatap... Dia yakin Allah Maha Melihat. Malah tiada sesuatupun dapat tersembunyi dari pengetahuan Allah. Dia merasa malu, kerana walaupun pakaian zahirnya sangat cantik dan bersih, namun hatinya penuh tompok-tompok hitam yang melekit.. dia yakin, walaupun manusia di dalam musolla itu tidak dapat melihat titik-titik hitam hatinya, tapi semua itu begitu nyata dalam pandangan Tuhannya... lantas Qiyamnya itu merupakan ketundukan.. qiyam itu merupakan pengakuan kelemahan dan kehinaan.. Dia merasa cukup kecil dan kerdil di hadapan Allah Yang Maha Kuasa. Dia mula menyedari betapa hinanya diri... bermula diri dari setetes air yang hina, dia dimuliakan dengan Islam sebagai agamanya.. Dan kini, dia diizinkan untuk bersolat di mihrabNya untuk bermunajat kepadaNya..."

kata-kata sang guru tadi begitu begitu berbekas pada hatiku... tidak terbayang betapa banyak titik-titik hitam yang wujud pada hatiku. maka, betapakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku? Sesungguhnya aku tidak mampu.. lantas ku panjangkan munajat dihatiku... ku mulakan dengan menyebut namaMu.. ku puji diri Mu setinggi-tingginya duhai Tuhan sekelian alam... Yang Maha pengasih.. Yang Maha penyayang.. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.. ku akui, ku yakini, justeru hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.. Ya Allah, maka tolonglah tunjuki daku jalan yang lurus.. jalan golongan yang Engkau beri nikmat.. bukan jalan golongan yang dimurkai, bukan juga jalan orang-orang yang sesat... Ya Allah.. kabulkanlah.. aku sangat-sangat berharap pada pimpinan taufiqMu...

Ya Allah, ampunkan segala dosaku.. bersihkanlah hatiku.. hilangkanlah tompok-tompok hitam yang wujud pada batinku.. sesungguhnya aku tidak mampu, jika tanpa pimpinan taufiqMu.. ya Allah pimpinlah daku.. aku benar-benar tidak mampu..

*********

benar sahabatku, pertemuan di mihrab solat merupakan peristiwa yang amat penting dalam kehidupan seorang insan. Bagi orang yang beriman dan bertakwa, solat perlu ditatang dengan sebaik-baiknya... perlu dilaksanakan dengan penuh penghayatannya.. solat menghadirkan gerun, solat menghadirkan harap. solat menghadirkan pergantungan.. solat menghadirkan kehambaan.. berbeza bagi orang yang fujjar, solat dilakukan sambil lewa.. acuh tak acuh sahaja sikapnya... solat tidak menghadirkan gerun.. solat tidak menghadirkan rasa.. solat baginya hanyalah adat semata-mata... malah, solat tidak melahirkan rasa sebagai seorang hamba..

maka bagaimanakah pula solat kita?

IKHLAS-RINA

No comments: