Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 25 August 2012

| Ku Syukuri NikmatMu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 18:31 Comments : 0 Labels :



Assalamualaikum... syukur adalah satu perbuatan hamba yang amat berkait rapat dengan nikmat kurniaan Ilahi kepada kita. memang tidak dinafikan setiap kali nafas kita disedut, tak pernah sekali ia sunyi dari sebarang nikmat ilahi. antara nikmat yang selalu penulis fikirkan ialah automatiknya sistem pernafasan kita. Ini bermakna kita tidak perlu bersuusah payah memikirkan denyutan nadi, jantung, perjalanan darah dan sebagainya. Bayangkan jika kita terpaksa mengendong tangki oksigen selagi hayat dikandung badan. ataupun, tiba-tiba kita terlihat seorang lelaki bergegas diusung ke hospital kerana dia terlupa untuk bernafas sebentar tadi.. erm.. bayangkan betapa kalutnya kehidupan kita.. ku syukuri nikmat pernafasan automatik ini ya Allah..

lantas bagaimana caranya untuk merafakkan kesyukuran kita kehadratNya? masih ingat pembelajaran agama masa muda-muda dulu, kata guru, jika kita ingin mengira semua nikmat Allah kepada kita, pasti kita tidak akan mampu menghitungnya. jika nikmat yang besar-besar pun kita tak mampu menghitung, masakan kita mampu nak menghitung nikmat yang kecil-kecil. selamanya kita tak akan mempu menhitungnya. maka guru menyuruh menulis nikmat yang nak dihitung. malangnya, kepala ini tergaru-garu memikirkan nikmat yang patut ditulis. lantas guru tersenyum sambil berkata "jika kita ada masalah untuk menulis nikmat Tuhan, maka macamana kita nak bersyukur? ehehe aku tersenyum mengenangkan semua itu... justeru setelah ditulis semua nikmat yang mampu ku tulis di buku kecil ku (sedangkan banyak lagi nikmat yang tidak mampu ku tulis) ku rasakan alangkah jauhnya aku dari kesyukuran yang sepatutnya sedangkan nikmat yang dikurniakan terlalu banyak..

kekadang kita mendapat kekurangan dalam hidup berbanding dengan orang sekeliling. kata guru: inilah kehidupan. ada kaya ada miskin. ada suka ada duka... ada sihat ada lemah. inilah warna-warna kehidupan. justeru kata guru jika dapat kekurangan, belajarlah memandang orang yang lebih kurang dari kita, pasti kita akan bersyukur. jika kita bekerja dengan pendapatan yang sedikit, maka renungkan orang yang papa kedana tiada pendapatan. malah hidupnya hanya meraih simpati masyarakat. maka kita akan rafakkan kesyukuran kita mengenangkan alangkah bertuahnya hidup kita yang tidak semalang dia..

satu lagi caranya.. jika kita mendapat kelebihan.. tak kiralah kelebihan itu berupa harta atau ilmu ataupun apa saja, maka guru kata: belajarlah berkongsilah kelebihan itu dengan masyarakat sekeliling.. jika kita berharta, maka sedekahkanlah harta kita.. jika kita berilmu, maka sedekah ilmu dengan masyarakat sekeliling.. dengan itu, kita akan dapat mensyukuri nikmat kelebihan yang dikurniakan kepada kita..

justeru, alangkah cantiknya, setiap kali apabila kita bangun tidur, kita rafakkan kesyukuran kita setinggi-tingginya dengan nikmat nyawa pada hari yang baru dan setiap kali sebelum kita lelapkan mata, kita bersyukurnya semaksimum mungkin dengan nikmat kehidupan yang tidak pernah putus dikurniaan Ilahi kepada kita pada hari itu. alangkah bahagianya hidup ini jika kita mula belajar bersyukur.... ke guane?

IKHLAS - HAMBA ALLAH

No comments: