
sinar itu..
terkadang terasa begitu sukar untuk ku kecapi,
ku menyelusuri hiruk pikuk liku hidup
mencari kedamaian & ketenangan yang abadi
kelam malam yang tidak berbintang
seolah-olah mengungkapkan kekeruhan danau perasaan..
ada tikanya sanubariku merintih mengenang laluan kehidupun
insan biasa yang ada kalanya mengeluh lantaran yang digapai
tidak seindah impian, tidak seharum mekarnya mawar, tidak seriang beburung di awangan
onak dan duri silih berganti menjadi teman akrab yang mengundang gugurnya deraian tangis walau sehabis daya ditahan..
sinar itu..
ingin benar ku kecapi..namun aku belum pasti..
berbaloikah semua ini..
aku berasa tewas untuk meneruskan perjuangan itu kerana sudah tersurat sebuah hakikat.. manusia hanya mampu merancang, merangka, menaakul berteraskan logik akal semata..namun aku pasrah lantaran iman yang masih tersisa di jiwa menjadi penawarnya..hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..yang pasti aku tidak berseorangan..alhamdulillah..
IKHLAS-RINA

Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment