Status
Setiap yg berlaku,tak kira baik atau buruk,pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu.

Saturday 4 August 2012

| Kala Cinta dan Wahyu Bersatu |

Penulis : Cahaya Kesabaran Masa : 01:02 Comments : 0 Labels :



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga.....

Ya Allah, Tuhan yang memeprjalankan awan, mengiwirkan angin dan memutarkan bumi. Engkau merajai segala yg wujud di alam maya. Aku tunduk dan patuh pada segala takdir-Mu. Sesungguhnya bicara sepiku adalah bukti bahawa aku meyakini setiapa ratapan hamba-MU ddidengari. Aku teramat yakin bahawa Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yg tersisip di dalam perdu sanubari seorang manusia.

Atas dasar diriku ini seorang hamba yang berhajatkan kepada pencipta, maka aku memohon kepada MU, memohon agar kau berikan kebahagiaan padaku. Aku mohon kebahagiaan itu hadir khusunya dari seorang lelaki yang bergelar suami. Sesungguhnya aku tidak cenderung pada sesiapa, adakah aku ini wanita sombong? Ya Allah, aku tidak mengerti mengapa jiwaku begini.

Ya Allah, aku hanya wanita biasa, ketika tirai hatiku diketuk oleh seiras wajah lelaki. Pintu hatiku seakan goyah. Lantaran aku dilanda musibah, dihurung susah, dirempuh walah dan lelaki itu hadir memberi kekuatan yg tersembunyi. Sesungguhnya, lelaki tidak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan itu juga adalah kekuasaanMU.

Ya Allah, aku tidak mencari lelaki yang mahu memberikan aku kemewahan dunia. Aku tidak mecari lelaki kacak yang dipuja wajahnya oleh ramai wanita. Aku mahukan seorang lelaki yang ikhlas untuk menjadi suami, punya hati kudus untuk memdidik di bawah syariatMU. Dia juga amat teguh hati dalam melaksanakan perintah-MU. Itulah lelaki yang aku mahukan.

Ya Allah, aku umat akhir zaman, aku berdiri dibawah langit yang penuh kekabutan nafsu, di bawah taufan maksiat yang menggila, di bawah hegemoni kebendaan yang kian bermaharajalela, aku merayu agar Engkau selamatkan aku dari ancaman syaitan durjana. Pandulah aku ke syurga-MU, yang teamat mahal. Pimpinlah aku dengan rahmatMU, dalam kehidupan yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini agar aku selamat sampai ke pintu syurga al-firdaus. Begitu juga dengan bakal zauji, aku mahukan zauj yang takutkan nerakaNMU, cintakan syurgaMU dan mahu membawaku menuju keabadian firdausi.

Aku memohon dalam hela nafas agar lelaki yang menjadi suamiku adalah penyelamat jiwaku. Dia akn membawa aku keluar dari daerah kecewa dan putus asa. Mewarnakan puing-puing jiwaku yang kusam terkena palitan kesepiaan supaya bertukar menjadi warna-warna jingga romantis. Aku benar-benar mahu berasakan bagaimana suamnya hela nafas seorang pencinta yang mencintai sepenuh jiwa. Aku mahu menganyam setiap detik waktu yang berlalu dalam pelukan kekasih yang halal untukku.

Ya Allah, engkau mampu memberikan kekayaan berjuta-juta kepada manusia yang ingkar, Engkau mampu berikan kenikmatan berlimpah-limpah kepada manusia yang melawan-Mu, apatah lagi untukku selaku insan yang lemah dan takut kepada kekuasaanMU. Aku tidak mahu meminta pada yang lain, aku tidak mahu mengadu pada sesiapa , hanya pada MU ya Allah. Aku taramat yakin dan percaya, hanya dengan kekuasaanMu, sahaja kami bisa dipertemukan, dan menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad dan ahli keluarganya
Dan segala puji bagi Tuhan Rabbulalamin........



IKHLAS-RINA

No comments: