
Ujian tuhan itu datang tanpa kita duga,
tanpa kita sedar,
tanpa kita bersedia,
dan mungkin pada saat kita terleka..
Tapi,
DIA lagi tahu apa yang terbaik untuk hambanya,
apa yang menanti dihadapan mungkin sangat istimewa,
tak terkata nikmatnya,
dunia ini hanya sementara,
ia sebuah penjara untuk mukmin
syurga untuk yang menolak kebenaran.
Nanti,
yang kekal itu pasti akan tiba,
dan sebagai hambaNya kita wajib percaya...
IKHLAS-RINA

Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment