
Harapan yang terlalu menggunung itu boleh buat si hati menjadi seperti kaca. Nampak kuat tapi kalau diberi tekanan kuat . . . rapuhnya sampai serpihan kecil tidak nampak dengan mata kasar. Kadang-kadang memanglah pandai jadi pelakon sampai air mata pun boleh dibazirkan begitu saja tapi kalau ketika itu tiada orang di sisinya, dia akan menangis dengan penuh makna. Pernah merasainya?
Manusia ada cabarannya tersendiri. Ada yang diuji perkara yang kita nampak senang tapi susah bagi orang itu. Semua itu mengikut kemampuan kita dan kita sendiri tahu kemampuan kita. Ya benar, orang lain tak ramai tahu kemampuan atau kekuatan kita sebenar bagaimana jadi mereka boleh berkata itu dan ini kepada kita. Oleh sebab itu, kita bertindak untuk membatukan diri.
Memanglah pada mulanya tidak faham tapi err... Saya pasti kalau seseorang itu akan 'meletup' kerana menanggung rahsia seorang diri, itu menandakan dia sudah penat nak tanggung bebanan yang ada. Hal sebegini jangan dibawa main-main. Takut terkena tempias.
Walau bagaimanapun, Allah kaunselor terbaik. Saya percaya Dialah Pendengar yang terbaik. Dia tahu rahsia yang terbungkam dalam jiwa saya, awak, kita semua. Itulah KEKUATAN sebenar yang kita ada.
IKHLAS-RINA


Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.
Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


No comments:
Post a Comment